Zon menutup aurat

photo credit to abusholihin


Aku lama dah melihat sign ni di sesetengah masjid yang aku lawati. Aku hairan. Kenapa perlu ada sign macam ni? Pelik. Aku nak membahaskan secara universal sign ni.

Aku ni, nak dikatakan belajar agama dengan tekun, tak juga. Tapi, aku tak pernah dengar la pula ada zon untuk menutup aurat. Ok kita bincang dalam skop Islamis. Aku tak pernah dengar mana-mana nas atau ayat yang mengatakan perlunya menutup aurat di kawasan masjid. Yang aku pernah dengar, orang Islam perlu menutup auratnya bila ada manusia ajnabi dengannya. 

Isu yang seterusnya, adakah di zon ini saja Islamis perlu menutup aurat? Adakah apabila tidak berada di kawasan ini, maka aurat boleh dibuka? Kenapa sign ni tiada di kawasan lain? Dan yang lebih fundamental, kenapa sign ini wujud?

Ok aku bincang dalam skop non-muslim pula. Dulu aku pernah melawat Masjid Negara. Ada pengawal di situ. Apabila orang bukan Islam nak masuk ke kawasan masjid, mereka diberi hijab oleh pengawal masjid untuk memakainya. Aku hairan. Sejak bila nak masuk kawasan masjid, perlu tutup aurat? Kalau nak masuk, cukup sekadar bersih fizikal, jangan kotorkan masjid. Mereka bukan Islam dan mereka tidak terikat dengan hukum dan hukuman Islam. Mengapa mereka perlu menutup aurat di sesetengah zon?

Aku tahu bahawa ada adab berada di dalam masjid. Tapi perkara paling asas, kenapa zon macam ni ada? Sebenarnya tak perlu pun zon ni. Cukuplah kita tekankan orang Islam perlu menutup aurat ketika berada dengan bukan mahramnya. Ustaz Azhar telah menjawab soalan ini, beliau berkata “tak wajib tutup aurat ketika berada dalam masjid. Tapi kalau ada orang lain dalam masjid tu, kena tutup aurat. Tapi kalau tak ada orang, nak berbogel pun tak apa”.

Dan orang bukan Islam perlu menjaga tatatertib berada di dalam masjid. Tidak perlu menutup aurat pun. Tapi kalau kita nak beri mereka pakai hijab bila masuk masjid, cukuplah sekadar berkata “ini pakaian yang sepatutnya bagi agama kami, agama kami perlu menutup rambut dan pakaian longgar. Adakah kamu mahu memakainya dan masuk ke dalam pusat ritual agama kami?”.

Comments