Tahukah Anda?

photo ping to nowiknow
Amerika mempunyai rezab emas terbanyak di dunia iaitu 74%? Tetapi Malaysia mempunyai hanya 1.4% sahaja. Mengapa negara yang menguasai wang kertas dan mencetak sesuka hati, mereka menyimpan emas sebanyak itu? Mari kita kaji.
- Wang kertas susut nilainya dalam jangka masa lama.
- Wang kertas mengalami inflasi – lihat barang hari ini, semakin hari semakin mahal
- Wang kertas tidak bersandarkan kepada sesuatu yang berharga dan nilainya diberi oleh kerajaan yang memerintah – jika ada perang, darurat, bencana alam, krisis ekonomi, wang kertas tak bernilai.
- Wang kertas tidak mempunyai nilai dan US boleh merompak harta benda di seluruh dunia dengan memperdagangkan wang mereka.
- Wang kertas TIDAK BERNILAI jika terkoyak, terbakar. Tapi emas, anda fikirkanlah sendiri.
- Simpan wang kertas RM100 selama 1 tahun dalam tabung. Cukup setahun, dalam tabung tu tetap ada RM100. Tapi cuba anda simpan emas 1gram dalam laci. Lepas setahun, pergi kedai, tanya harga dia.
KEISTIMEWAAN EMAS
- Bernilai tinggi. Cantik. Pemilik akan berasa bangga jika memilikinya.
- Diiktiraf benda beharga di seluruh dunia – bawalah emas ke pelosok dunia ni, sah laku. Tapi cuba bawa RM100 di US, laku tak?
- Bernilai untuk selama-lamanya dan tak boleh binasa.
- Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi.
- Mudah ditukar kepada duit.
- Simpanan terbaik sebab dia menjamin kekayaan pemiliknya.