Mengapa Perlu Simpan Emas?

Tahukah Anda?

photo ping to nowiknow


Amerika mempunyai rezab emas terbanyak di dunia iaitu 74%? Tetapi Malaysia mempunyai hanya 1.4% sahaja. Mengapa negara yang menguasai wang kertas dan mencetak sesuka hati, mereka menyimpan emas sebanyak itu? Mari kita kaji.




  1. Wang kertas susut nilainya dalam jangka masa lama.
  2. Wang kertas mengalami inflasi - lihat barang hari ini, semakin hari semakin mahal
  3. Wang kertas tidak bersandarkan kepada sesuatu yang berharga dan nilainya diberi oleh kerajaan yang memerintah - jika ada perang, darurat, bencana alam, krisis ekonomi, wang kertas tak bernilai.
  4. Wang kertas tidak mempunyai nilai dan US boleh merompak harta benda di seluruh dunia dengan memperdagangkan wang mereka.
  5. Wang kertas TIDAK BERNILAI jika terkoyak, terbakar. Tapi emas, anda fikirkanlah sendiri.
  6. Simpan wang kertas RM100 selama 1 tahun dalam tabung. Cukup setahun, dalam tabung tu tetap ada RM100. Tapi cuba anda simpan emas 1gram dalam laci. Lepas setahun, pergi kedai, tanya harga dia.

KEISTIMEWAAN EMAS

  • Bernilai tinggi. Cantik. Pemilik akan berasa bangga jika memilikinya.
  • Diiktiraf benda beharga di seluruh dunia - bawalah emas ke pelosok dunia ni, sah laku. Tapi cuba bawa RM100 di US, laku tak?
  • Bernilai untuk selama-lamanya dan tak boleh binasa.
  • Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi.
  • Mudah ditukar kepada duit.
  • Simpanan terbaik sebab dia menjamin kekayaan pemiliknya.

Comments

  1. tak perlu berniaga dengan emas. hanya simpan. jangan melebihi quota zakat. jangan buat pinjaman di bank. kan kita ada simpan duit banyak. beli emas dengan duit kita sahaja.

    ReplyDelete

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan