ptehoto credit to: facebook
Assalamualaikum dan
salam sejahtera kepada seluruh rakyat dunia. Hari ni aku ada satu teka-teki. Sesiapa
yang dapat jawab dengan tepat soalan ni, akan diberikan hadiah berupa topup
Maxis @ Celcom sebanyak RM5. Sesiapa yang confius dengan soalan
ni, boleh berbincang dengan rakan-rakan di bahagian comment
Syarat dan peraturan:
- Penyertaan terbuka kepada seluruh warga Malaysia
- Jawapan mestilah beserta cara pengiraan.
- Jawapan mestilah tepat.
- Jawapan mestilah di email kepada naimalkalantani@gmail.com atau di IM kepada fb.me/naimmml atau mengisi borang di bawah (penggunaan email dan facebook lebih digalakkan)
- Jawapan tidak boleh dalam bentuk 'kemungkinan'
- Jika anda menang, anda mestilah memberi nombor telefon untuk aku masukkan kredit.
- Nombor telefon mestilah Maxis @ Celcom sahaja.
- Peserta hanya boleh menyertai pertandingan ini sekali penyertaan sahaja yang menggunakan satu user.
- Jawapan di kotak comment TIDAK akan dilayan.
- Teka-teki ini tidak akan tamat selagi tak ada seorang pemenang yang pertama.
Soalannya begini:
Ada seorang Sultan di negeri sekian-sekian & ada seorang pemuda di negeri itu yang bernama Kamal. Sultan ingin menghadiahkan sesuatu kepada Kamal kerana banyak pertolongan yang telah diberikan kepada negeri.
Sultan: Mintalah apa sahaja wahai Kamal. Beta akan tunaikan.
Kamal: Patik hanya mahu beras, tuanku.
Sultan: Beras? Berapa kampit yang kamu mahu?
Kamal: Patik hanya mahu dua butir, tuanku.
Sultan: dua butir sahaja?
Kamal: Ya, tuanku. Tetapi dua butir hari ini, digandakan dengan dua untuk hari esok & hari esok digandakan dengan dua juga untuk hari lusa sehingga habis papan dam, tuanku.
Sultan: sikitnya, Kamal.
Kamal: tak apa, tuaku. patik hanya mahu itu.
Soalan: Berapa butirkah beras yang perlu Sultan bagi kepada Kamal?
Sakit kepala pikir. Hahahaha
ReplyDelete