gambar sekadar hiasan
ping to Google
Assalamulaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabatku sekalian. Harap anda semua in pink always. lol. Selalu bila hari jumaat, aku selalu ke Masjid Besar Bandar TAR Jengka, Pahang untuk menunaikan solat Jumaat. Jarang pergi masjid lain sebab jauh sikit. Ok. Merujuk kepada tajuk di atas, anda semua hairan ke? Fatwa dari mana pula ni si Naim ni bawa. Ada ke khutbah Jumaat tak wajib dengar? Bukan ke wajib? Di sini aku akan menghuraikan serba sedikit mengenainya. Atas huraian aku ni, bukan bermaksud aku cakap anda semua tak payah dengar khutbah. Tetapi ingin mengubah mentaliti orang kita mengenai ini.
Aku terfikir untuk update blog ni mengenai tajuk ni sebab ketika aku berada di Masjid Besar Bandar Jengka tu, aku terlihat satu papan tanda yang bertulis "MENDENGAR KHUTBAH ADALAH SYARAT SAH SOLAT JUMAAT". Lepas tu bawah tu tertulis 'daripada JAKIM kalau tak salah (kalau salah aku akan update balik blog ni). Aku pun hairan melihat papan tanda ni? Sepanjang aku berada belajar di Sekolah Pondok dahulu, aku ada dengar bahawa mendengar khutbah Jumaat tidaklah wajib.
Balik dari masjid tersebut, aku pun menyemak balik kitab-kitab Lama (Kitab Thurath @ Kitab Kuning) karangan ulama' muktabar yang tersohor. Semak punya semak, akhirnya aku mendapati bahawa tidak wajib mendengar Khutbah Jumaat.
Inilah hasil pencarian aku:
Kitab: Kitab Furu' Al-Masail Wa Usul Al-Wasail
Karya: asSyeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani
Soalan: Disyaratkan sah Jumaat dengan jemaah seramai 40 orang & 40 orang tu pula hendaklah terdiri daripada mereka yang jelas pendengarannya sekadar jika mereka mendengar pasti mereka akan mendengarnya. Tetapi (persolannya) bagaimanakah pula sekiranya mereka sengaja tidak mahu mendengar @ tidak dapat mendengar disebabkan sesuatu perbuatan @ pekerjaan lain yang mereka lakukan? Apakah hukum solat Jumaat tersebut?
Jawapan: Sebenarnya yg menjadi WAJIB ialah KHATIB MESTI MENINGGIKAN SUARANYA sekadar dapat didengari oleh 40 orang makmum. Adapun untuk menjadikan semua makmum itu mendengar TIDAKLAH MENJADI SYARAT. JIKA INI DISYARATKAN NESCAYA SEMUA MAKMUM DIWAJIBKAN SUPAYA DIAM DAN MENDENGAR KHHTBAH YG DIBACA KHATIB.Cuma para ulama' mengatakan bahawa hukumnya adalah SUNAT sahaja. Maka memadailah jika sekiranya khatib dapat meninggikan suaranya sekadar dapat didengari oleh 40 orang jemaah.
Kitab: Hidayatush Shibyan Fi Ma'rifatil-Islam Wal-Iman
Karya: Abu' Abdullah Husain Nashir bin Muhammad Thaib Al-Mas'udi Al-Banjari.
Dalam bab Syarat Sah Jumaat, mengandungi 12 syarat. Tiada mengatakan bahawa wajib mendengar khutbah, yang adanya ialah membaca khutbah.
Kitab: Fiqh Mazhab Syafie
Karya: Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa A-Bugho & Ali Asy-Syarjabi.
Lebih kurang sama seperti kitab-kitab di atas, tiada yang mengatakan wajib.
Kitab: Munyatul Musholli
Karya: asSyeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani
Sama seperti di atas. Tetapi ada 'diam semasa mendengar khutbah' dalam adab-adab Jumaat
Pernah dengar kisah nabi ditanya soalan ketika baginda sedang berkhutbah Jumaat? Jom dengar:
Ada suatu kisah di zaman Rasulullah SAW. Pada ketika itu, baginda sedang berkhutbah Jumaat. Sedang baginda berkhutbah, ada seseorang dikalangan jemaahnya bangun dan bertanya dengan lantang, "Hei Muhammad, bila akan kiamat?" Orang itu telah dilarang oleh para jemaah untuk bersabar & duduk menghormati Rasulullah. Tetapi orang itu berdegil dan bertanya soalan yang sama beberapa kali kepada baginda yang sedang berkhutbah itu. Selepas beberapa kali diajukan soalan, baginda pun menjawab, "Kamu mahu tahu kiamat, cukupkah amalan kamu untuk menghadapi kiamat nanti?" Maka orang itu pun duduk kembali.
( kisah ini sama seperti yg asal atau yang seumpamanya)
Oleh itu, dari kisah ni, kita dapat lihat, kenapa nabi tak cakap "Kamu berkata-kata dalam khutbah, maka Solat Jumaat kamu telah terbatal", Tetapi baginda telah menjawab soalan orang tersebut.
Diingatkan, bila kita sebut 'NABI', nescaya beliau tidak akan sesekali membiarkan sesuatu yang haram dihadapan baginda terjadi. Jika kita kata bahawa wajib mendengar khutbah, maka kenapa nabi tidak cakap sedemikian kepad si yang bertanya itu?
Sama juga pada zamab sekarang, adakah org yg terlewat dtg ke tmpat solat jumaat (dtg semasa khatib membaca khutbah), adakah semuanya terbatal solat jumaatnya?
Hadith dari Abu Hurairah RA: katanya; Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila engkau berkata kepada temanmu, (walau dengan perkataan) diamlah! pada hari Jumaat. Padahal imam sedang berkhutbah, maka kamu benar-benar telah melakukan satu perkara yang sia-sia iaitu lalai. ( Muslim )
Merujuk hadis di atas, ya, memang hadis ni Hadis Sahih, tetapi ramaikah yang tahu maksud sebenar hadis ni? Ramai ke yang baca syarah untuk hadis ni? Sebenarnya hadis ni yang mengatakan 'sia-sia' itu adalah menegur rakan, bukannya sia-sia dlm jumaat itu. Kalau lah kita menegur rakan kita, adakah kita boleh balik makan nasi kat umah sebab kita dah terbatal solat jumaat?
Di sini juga aku ada sertakan link dari DigitalMukmin. Web ini adalah kepunyaan Ustaz Azhar Idrus yang menjadi ikon anak-anak muda sekarang.
Dalam ni UAI sekadar mengatakan makruh tidak mendengar khutbah jumaat.
Sekarang ni, aku sertakan link dari youtube pula. Jawapan dari UAI juga.
Adui, penat aku taip panjang-panjang.
DIINGATKAN BAHAWA DI SINI BUKAN AKU CAKAP JANGAN DENGAR KHUTBAH JUMAAT, TETAPI SEKADAR UNTUK MEMBERITAHU KEBENARAN KEPADA ORANG-ORANG KITA.
Sekian.
Comments
Post a Comment
komen dan kritikan amat digalakkan