Dalam Bab Fadilat Yaasin, muka surat 52
(Fadilat Yaasin)
Sabda Rasulullah saw, ertinya: “Surah Yaasin ialah hati bagi Quran, dan siapa-siapa membacanya kerana menilik kepada balasan akhirat nescaya diampunkan dosanya oleh alloh swt, dan juga bacalah surah Yaasin itu pada orang-orang yang mati”.
Sabda Rasulullah saw, ertinya: “Tiap-tiap suatu itu ada mempunyai hati, begitu jua Quran iaitu hatinya surah Yaasin, maka siapa-siapa membacanya nescaya ditulis akan pahalanya, sebanyak sepuluh kali baca Quran”.
Sabda Rasulullah saw, ertinya: “Siapa membaca surah Yaasin kerana Alloh taala pada mana-mana malam, nescaya diampunkan dosanya oleh Alloh swt, dan bacalah surah Yaasin dapa orang-orang yang mati daripada kamu”.
Sabda Rasulullah saw, ertinya: “Siapa-siapa membaca surah Yaasin jadi wiridnya pada tiap-tiap malam hingga sampai ajalnya, nescaya mati syahid”.
Sabda Rasulullah saw, ertinya: “Siapa-siapa membaca surah Yaasin pada tiap-tiap malam, nescaya diampunkan dosanya oleh Alloh swt pada paginya”
Sabda Rasulullah saw, ertinya: “Siapa-siapa membaca surah Yaasin dengan niat yang bersungguh-sungguh mengadap Alloh Taala, nescaya diampunkan dosanya oleh Alloh Taala, dan mengurnia pahala yang berganda-ganda kepadanya,