Uncategorized

Berpolitik bukan Bergaduh

photo ping to Blogger
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan sekalian. Kali ini aku nak post pasal POLITIK sikit. TOLONG neutralkan otak anda semua dan berdiri di atas pagar sekarang jika nak baca.
Ok, antara tujuan kita berpolitik ialah ingin menegakkan keadilan di negara ini. Di Malaysia sekarang, terdapat DUA ideologi besar yang amat dikaitkan dengan POLITIK. Pemimpin kerajaan kita DS Najib Razak dan kita ada juga pemimpin pembangkang yang dipimpin oleh seorang ulama’ dunia iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA).

Bila kita dengar nama dua orang pemimpin yang paling mahsyur dalam Malaysia ini, kebanyakkan kita akan main set dalam kepala otak iaitu: 

Sesiapa yang menyokong perjuangan TGNA adalah orang Parti Islam Semalaysia (PAS) dan sesiapa yang menyokong perjuangan DS Najib adalah orang United Malays National Organisation-Barisan Nasional (UMNO-BN)

Tetapi ini adalah suatu ideologi yang salah. Kita berpolitik bukanlah untuk mencari kesalahan. Tetapi untuk membetulkan kesalahan. Jika anda bersikap neutral, anda tidak akan memihak kepada sesiapa.
Ada orang cakap “tak guna kau bergaduh dalam facebook untuk memenangkan parti sekian-sekian”.
Di sini aku ingatkan bahawa aku bukan bergaduh. Tapi di Malaysia ini terdapat Perlembagaan Persekutuan. Dan ada dalam tu dalam Perkara 10 ada menyatakan hal-hal berkaitan Kebebasan Asasi. 
Dalam facebook yang aku duk post status pasal politik tu, tu bukan untuk mencari masalah dengan sesiapa. tetapi ingin menjadikan facebook ni tempat untuk orang membuat rujukan selain media cetak.
Ada orang cakap kat aku “kau post kat sini pun bukannya ada faedah sebab kau bukan bagitau pemimpin hal ni”
Jawapan: Aku post untuk friends fb aku baca dan berfikir. dalam fb aku, ada lebih kurang 7.3k friends aku. ada yang pro-kerajaan dan pro-pembangkang. Bila aku post, akan naik dalam timeline (TL) dan akan muncul dalam stories anda semua. Bila ada orang yang baca, maka akan terbina satu benda baru dalam kepala otak dia. Bila ada masalah berkaitan dengan post aku tu, diorang akan komen dan kritik. Komen dan kritikan aku akan terima seadanya. Aku akn jawab selagi boleh untuk memenangkan pihak yang aku sokong. Bukan untuk BERGADUH. Tetapi kita mempunyai ideologi yang berbeza. Aku TAK AKAN membawa keluar dari fb hal-hal politik yang aku bergaduh dengan someone dlm fb bila aku jumpa someone tu. Kita bukan ingin bergaduh, tetapi memang lumrah kehidupan, akan mempunyai pemikiran yang berlainan. Sejak bilakah Allah mencipta kita mempunyai pemikiran yang sama? Bila aku bertemu someone tu di luar, aku akan bersikap macam biasa, macam kawan biasa. Bukannya “dia org UMNO, tak payah kawan”. Tu salah dari segi adab berpolitik. Biarlah setakat dalam fb sahaja idelogi kita, tetapi jangan membuatkan persahabatan terputus.
Tapi yang aku paling tak suka ialah bilamana seseorang yang tak berfikiran waras nampak post aku tu, dia terus mengkritik aku TANPA membaca dan paham dahulu apa yang aku tulis. Ni main hentam keromo je sedangkan dia tak tau apa yang aku bincangkan.
Lepas tu cakap “kau ni Naim, kutuk-kutuk pemimpin dalam fb ni, bukan dia dengar pun. pergi la ke Jabatan Perdana Menteri nuh, bagi tau sendiri” Kalau dia cakap macam ni, sohih dia tak pernah pergi ceramah-ceramah politik yang dibuat oleh pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Jika kita lihat dua parti ni, mereka kebanyakkannya akan merendahkan satu dengan yang kain. Kenapa yang pro-pembangkang ni pergi kepada sesama sendiri untuk berpolitik? kenapa yang pro-kerajaan tak pergi ceramah politik pro-pembangkang untuk berpolitik? dan sebaliknya.
sama juga dengan aku. Aku post status politik dalam fb sebab nak bagi orang faham politik semasa. Bukannya suruh orang berpolitik, tetapi suruh mereka faham situasi sekarang macam mana sebab mereka pun rakyat Malaysia. Bukan semua orang minat berpolitik, tetapi semua ni rakyat malaysia berhak tahu apa yang berlaku dalam negara. bukannya berdiam diri.
LARI TAJUK pun salah satu tabiat orang pro-kerajaan. Bilamana tak ada point nak bash, mereka selalunya akan terpesong dari status yang aku post. Pengalaman aku mengatakan begitu. Dari awal aku berpolitik dalam fb, ramai pihak-pihak penyokong kerajaan akan lari tajuk dan aku terpaksa menjawab. Nasihat aku, janganlah lari dari tajuk asal status tu. Bila tiada kaitan dengan post tu, jangan duk menyibuk pergi post benda yang tak ada kena mengena.