Uncategorized

Azimat / Wafak / Amalan, adakah dibolehkan?

photo ping to perubatanislam
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat sekalian. Kali ni maybe post aku pendek je kot πŸ™‚ 
Kali ni aku nak menerangkan sedikit sebanyak mengenai amalan-amalan sesuatu ayat atau menyimpan wafak atau barang yang memberi fadilat atau faedah kepada diri kita.
Bila aku bercakap mengenai fadilat amalan-amalan, ada sesetengah daripada rakan-rakanku mengatakan benda ini syirik dan tidak dilakukan oleh nabi. Sebagai contoh, bila aku bercakap mengenai amalan-amalan untuk menjadikan badan kita kebal, tak lut dek senjata, limun, dan yang sewaktu dengannya, rakan-rakanku berkata β€œNaim, Rasulullah pun bila baginda berperang, baginda luka-luka, sahabat ada yang cedera, ada yang mati. Tu dah menunjukkan amalan-amalan kamu ni SYIRIK”

So, aku pun terfikir, ada betulnya kerana memang Nabi SAW kita cedera sewaktu berperang. Kenapa baginda tidak mengamal beberapa amalan untuk menjadi kebal untuk mengalahkan musuh?
Dari itu, aku pun bertanya kepada salah sekolah bekas pelajar Madrasah Ad-Deeniah Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan yg kiri menyambung pengajiannya di salah sebuah pusat pengajian pondok di Pattani, Thailand. Aku jumpa dia masa sambutan Maulidul Rasul 2012 di Pondok Lubuk Tapah. Nama beliau aku panggil Abang Lan.
Aku: Abngg, nak tanya, saya ada dapat ijazah untuk menumpaskan musuh dengan sekali tumbukan. Tapi kan, bukankah benda tu dah lari daripada kita meminta pertolongan daripada Allah? Kenapa kita perlu doa @ ayat @ amalan ini? Sedangkan bilamana nabi berperang, baginda juga cedera. 
Abang Lan: Hmmmm. Nak tanya balik kat Naim, Naim dapat kan sanad-sanad (keturunan) amalan tu kan?
Aku: ya, saya dapat.
Abg Lan: Yang memberi ijazah kepada Naim tu, perasan tak siapa yang dia sebut last sekali?
Aku: (aku memikirkan siapa yang last sekali. Ya!! Nabi Muhammad SAW kita)
Abg Lan: Rasulullah kan? Rasulullah ada sebab kenapa dia tak amal pada sesetengah tempat. Tetapi amalan itu memang wujud. Kan kalau perasan, selepas Rasulullah, siapa yang diturunkan? Sahabat kan? Tabi’in, orang-orang soleh, ahli Sufi, ulama’-ulama’. Mustahil pada akal ahli ilmuan islam dalam sanad tu tidak tahu amalan-amalan ini dibolehkan atau tidak. Amalan-amalan ini adalah CARA. Tetapi yang memberi adalah Allah. Mustalih pada adat, kita tidak berusaha, tetapi tiba-tiba ada orang ingin memberi.
Lepas Abang Lan cakap macam tu, aku dapat buat satu contoh. 
Kita makan nasi, adatnya kita akan kenyang. Kalau kita tak makan, laparlah kita. Bak kata orang β€œKita dapat apa yang kita usaha”. Tapi amalan-amalan yang dimaksudkan oleh Abang Lan ialah yang berdasarkan doa-doa dan ayat-ayat quran dan seumpamanya. Manakala yang ada seru-menyeru makhluk itu, hendaklah ditilik dahulu. Sebagai contoh, dalam kitab Pati Rahsia karangan Allahyarham Datuk Paduka Perdana Menteri Kelantan, ada amalan yang membolehkan kita berjumpa Khadam kita. Tetapi di sini jangan mengagungkan dia dan kita menyuruhnya berbuat apa-apa kerana jika tersalah, boleh jatuh syirik. 
Info: Ustaz Haron Din berkata β€œKhadam bukan terdiri daripada manusia, jin, iblis, atau syaitan”
Dan lagi, aku berjumpa seorang sahabat aku yang ada mengamal amalan-amalan seperti ini.
Aku: (Aku tanya lebih kurang macan aku tanya abg Lan)
Kawan: Hmmmm. sanad last sekali lazimnya adalah Rasulullah sendiri. Baginda tidak mengamalkan sesuka hati kerana jika baginda amal, akan menjadi masalah pada masa kini. Kerana telah menjadi satu SUNNAH NABI.
Dari tu, aku dapat buat kesimpulan, bahawa kalau nabi amal (contoh) ayat kebal, pada masa sekarang tak akan ada orang yang akan mati @ cedera.
Jadi sekarang, dibolehkan mengamal ayat-ayat yang mengandungi khasiat atau fadilat. Tidak salah. Tetapi jangan iktiqad bahawa ayat atau doa itu yang memberi kesan, tetapi Allah semata-mata. Kita hanya berusaha. Kita membuat perantaraan ayat-ayar itu dengan Allah untuk mendapatkan khasiat. Tapi di sini, elakkan mengamal ayat-ayat yang memuja-muja khadam, jin, atau makhluk lain. Tetapi berserahlah kepadanya. 

KITAB PATI RAHSIA

Dalam kitab Pati Rahsia ini, terdapat beberapa amalan yang kita jarang jumpa. Dan kitab ini sangat Rare di pasaran.  Di dalam kitab ” Pati Rahsia ” karangan Allahyarham Datuk Paduka Perdana Menteri (Gelaran Menteri Besar) Kelantan dalam tahun 1930an, ada menerangkan khadam-khadam ayat ini yang merupakan makhluk atau tenaga yang menjaga ayat-ayat ini. 
Pengarangnya seperti tercatit diatas adalah salah seorang ulama besar di negeri Kelantan dan seangkatan dengan Tok Kenali dan kawan karibnya.

Isi kandungan kitab Pati Rahsia:
– Prakata
– Nama Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Tinggi
– Fadilat Fatihah
– Fadilat “Qul huallahhu ahad”
– Kelebihan Surah Al-Ikhlas & An-Nas
– Fadilat Ayat Al-Kursi
– Ketika Yang Mustajab Berdoa
– Syarat-Syarat Dan Adab Berdoa
– “Ayat Lima”
– Kaifiat Bagi Mendapat Mimpi
– Hizbul Bahr
– Fadilat Dua Ayat Surah Baraah
– Fadilat Selawat
– Fadilat Surah “Inna Anzalna”
– Jalan Ilmu Nafas
– Ayat Tujuh
– Fadilat Surah “Inna A`taina Kalkausar”
– Fadilat Surah Wadhuha
– Fadilat Surah Alam Nashrah
– Fadilat Kalimah At-Tauhid
– Fadilat Yaasin
– Fadilat Surah Al-Waqiah
– Fadilat Surah Al-Mulk
– Hizbun Nasr atau Hizbul Qahr
– Nama-Nama Allah: Al-Mungni, Ar-Razzaq, Al-Fattah
– Kerana Orang-Orang Zalim
– Al-Haq
– Al-Latif
– Mahabbah “Bagi Mendatangkan Orang Yang Dikehendaki”
– Doa Nabi Isa Menghidupkan Orang Yang Mati
– Riadah Ayat Al-Kursi
– Bersahabat Dengan Jin Mukmim
– Riadah Surah Al-Jin
– Doa Membukakan Hati Seseorang Supaya Kasih Kepada Kita
– Riadah “Qul Huallah Hu Ahad”
– Riadah Ya Kariim Ya Rahim
– Khalwat Amalan Huruf Jim
– Kelebihan Doa Burhatiah
– Peringatan Mengamalkannya
– Ayat Lima Belas
– Hizbul Birri
– Hizbun Nawawi
– Kaifiat Memberi Salam Kepada Qutbul Aqtab
– Kaifiat Memberi Salam Kepada Rijajul Ghaib
– Pihak Ada Padanya Rijajul Ghaib (Masa Peredaran Mereka Dari Satu Pihak Yang Lain)
– Faedah
– Faedah Yang Amat Mustajab
– Al-Malikul Quddus
– Syabshah Abu Riyah (Ingat!! Ini kerana membaiki diantara laki bini, Jangan kamu perbuat lain daripada itu, takut olehmu akan Allah)
– Hari Ahad
– Hari Isnin
– Hari Selasa
– Hari Rabu
– Hari Khamis
– Hari Jumaat
– Hari Sabtu
– Hitungan Mengetahui Tabiat Seseorang Dengan Jalan Buruj Dan Bintang-Bintang
– Bilangan Huruf-Huruf Alif, Ta Hingga Akhir
– Pasa Mengetahui Rahsia-Rahsia Segala Huruf, Khadam-Khadam Dan Khalwatnya.
– Rahsia Huruf Alif
– Rahsia Huruf Ba
– Rahsia Huruf Jim
– Rahsia Huruf Dal
– Rahsia Huruf Ha
– Rahsia Huruf Wau
– Rahsia Huruf Zai
– Rahsia Huruf Ho
– Rahsia Huruf Tho
– Rahsia Huruf Ya
– Rahsia Huruf Kaf
– Rahsia Huruf Lam
– Rahsia Huruf Mim
– Rahsia Huruf Nun
– Rahsia Huruf Sin
– Rahsia Huruf `Ain
– Rahsia Huruf Fa
– Rahsia Huruf Shad
– Rahsia Huruf Qaf
– Rahsia Huruf Ra’
– Rahsia Huruf Syin
– Rahsia Huruf Ta
– Rahsia Huruf Tsa
– Rahsia Huruf Kha
– Rahsia Huruf Dzal
– Rahsia Huruf Dhad
– Rahsia Huruf Dzha
– Rahsia Huruf Ghain
– Pengenalan Khadam Hari-Hari Yang Tujuh
– Kaifiat Berjumpa Dengan Jin-Jin Dan Mendengar Suara Mereka Itu.
– Pada Mengetahui Huruf-Huruf Ramal Tetapi Tidak Dinyatakan Garisan-Garisan Rajahnya
– Faedah Yang Amat Besar Bagi Menyenangkan Hati
– Kaifiat Doa Zalzalah
– Faedah Bagi Memajukan Berjual Beli Dan Meluaskan Rezeki.
– Peraturan Mendapatkan Khadam-Khadam
– Bagi Menghapuskan Cinta Berahi Kepada Siapa-Siapa Pun.
– Khasiat Burung Belatuk Cerang
– Penyudahan

KITAB PAGAR HIKMAT TOK JANGGUT

Begitu juga dengan kitab Pagar Hikmat Tok Janggut. Kitab ini telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan di atas beberapa sebab. aku hanya ada 2 kitab ini dalam simpanan. Kitab Pagar Hikmat ini adalah salah sebuah dari fatwa-fatwa amalan-amalan Tok Janggut atau Tok Ayah, nama yang sebenar ialah Haji Abdul Razak bin Kasman, orang yang popular, progresif serta terkenal di lapangan masyarakat mernpunyai budi pekerti yang baik, lebih kurang 40 tahun telah berkhidmat sebagai ketua karnpung juga yang sudah berusia lebih 110 tahun namun begitu sekali tinggi usianya, tetapi anggota tubuh badanya masih gagah dan tegap lagi kuat bekerja di ladang kebun kepunyaannya sendiri, begitu juga seorang yang tekun dan rajin berbakti kepada masyarakat dan beribadat kepada Allah.
Masalah yang penting dari segi ilmu jiwa dan falsafah ialah pengaruh amalan-amalan adalah senjata bagi orang yang beriman, memang tepat dari segi matlamat keyakinan yang penuh, doa-doa dan amalan-amalan itu terbit dari jiwa yang suci murni dan adalah menjadi senjata yang paling tajam sekali.
Menanam semangat keberanian dan tabah juga suatu kuasa ghaib yang datang menjelma daripada pengaruh amalan batin yang begitu besar sekali ertinya kepada perjuangan hidup seseorang juga di alam buana ini tambah pula di zaman kemajuan dari sains dan teknologi.
“Pagar Hikmat” ini adalah diterbitkan atas permintaan orang ramai juga kerana menunaikan hajat murid-murid beliau yang bertaburan dalam Malaysia ini di samping itu juga di Petani, Thailand dan di tanah suci Makkah.
Marilah kita bersama-sama memohon doa restu kepada Allah S.W.T. mudah-mudahan diterimaNya amalan-amalan kita dan semoga disetujui oleh makhluk dalam dunia ini, dan juga diiktiraf oleh Allah S.W.T..

Kitab-kitab rare lain seperti Tajul Muluk, Bintang 12, Buku Keris dan Senjata Pendek, Kitab Peluru Petunang, Kitab Mat Kilau, Kitab Tenaga Dalam – Penanda Gerak Tubuh, kitab Kota Negara. Dalam buku-buku ni, bukan semua ada amalan-amalan, tetapi buku-buku ni sangat susah untuk didapati. Kalau ada sesiapa yang hendak mendapatkan kitab-kitab ini, boleh merujuk kepada blog ChulaHitam untuk mendapatkannya.

Dalam youtube, Ustaz Azhar Idrus menjawab fasal kitab Tajul Muluk
http://www.youtube.com/watch?v=NNxu3_slJj4

Sekian, terima kasih.