Tak ada PELAJAR yg teruk, tapi ada GURU yang teruk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog naimalkalantani ini. Hari ni saya nak ceritakan mengenai GURU dan PELAJAR. Post ini bersempena hari ulang tahun kelahiran aku yang ke-18. Huhuhu.. lol. jk. Post kali ini bukanlah untuk menyakitkan hati guru-guru yang berada di dunia ini, tetapi untuk mengubah cara kita berfikir. Post ini juga bukan khusus kepada guru-guru sekolah, tetapi semua guru termasuk ibu bapa sendiri. Jom pakat-pakat baca.

Saya ada jumpa pepatah mengatakan "PELAJAR YANG BAIK, LAHIR DARI GURU YANG BAIK". Ataupun pepatah yang lebih kurang macam tu la. Banyak sangat kat google pepatah macam ni.

Cuba kita terbalikkan ayat tu? bunyinya, "PELAJAR YANG JAHAT, LAHIR DARI GURU YANG JAHAT"

Sama juga dengan puisi SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979). antara bait-baitnya ialah:
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.
Kalau kita ubah ayat tu jadi pekerjaan yang tak elok macam pusher dadah, pelacur, perompak, dan yang sewaktu dengannya, AKAN TETAP BERMULA DARI SEORANG GURU BIASA. 

Normal, benda yang sama. Just saya nak ubah persepsi masyarakat MELAYU kita ni. Sering sangat salahkan pelajar. Pelajar tak skor A dalam exam, salahkan pelajar. Pelajar nakal, salahkan pelajar. Benda tu semua KADANG-KADANG bermula dari guru, bukan dari pelajar tu sendiri.

Ingat tak pepatah "Guru kencing berdiri, murid kencing berlari". Pepatah melayu ni beb. Kenapa tak ikut? Kita kan melayu. Kalau guru tu teruk, maka pelajar lagi teruk. Nak nengok guru tu bagus atau tak, nengok la pelajar tu bagus atau tak.
“Tak ada PELAJAR yg teruk, tapi ada GURU yang teruk“
- Jackie Chan dalam The Karate Kid

Ini quotes dari Jackie Chan. Masa tu saya tengaj nengok filem The Karate Kid ni. Tiba-tiba terfikir ayat tu. Betul juga apa yang Jackie cakap tu. Saya update status di facebook hari tu. Lepastu ada TIGA orang friends saya yang tak puas hati komen. Tapi ade 25 orang yang like status ni. Nampak tak permainan dia kat situ? Kalau difikirkan balik, memang betul quote ni.

Nak marah saya sebab keluarkan statement yang bukan-bukan? Marahlah FINAS & LPF Malaysia sebab tak cover benda ni & benarkan The Karate Kid ditayangkan di Malaysia !!! Sebenarnya, ada pelajar ada yang tak puas hati dengan guru mereka. Percayalah. tapi pelajar takut nak cakap. Sebenarnya pelajar boleh cakap, tapi menggunakan perkataan yang elok dan tak meninggi suara. 



Apa-apa soalan dari budak kecil berumur 7 tahun ke bawah, adalah soalan remeh tetapi kita tak boleh nak jawab. Manakala soalan-soalan dari remaja adalah soalan dari masa depan.

Ini menunjukkan soalan dari remaja sangat penting. Idea-idea mereka sangat bernas. Sepatutnya kita kena dengar dan faham apa kehendak mereka. Sebagai guru, perlulah kita tahu apa yang diperlukan oleh pelajar-pelajar kita.

Kepada pengampu cikgu-cikgu & kepada cikgu-cikgu sendiri, tolong tonton filem 'Aku Tak Bodoh' & filem '3 Idiots'. Lepas tu fikirlah apa mesej dalam filem tu. 
photo ping to flickr

photo ping to wordpress

~ i'm malaysian. malaysia have Perlembagaan Persekutuan. In Perlembagaan, we have Perkara 10 (1) (a).

Sekian terima kasih. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri, hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah.

Comments