Assalamualaikum & salam sejahtera kepada para pembaca blog naimalkalantani™ ini. Moga sihat selalu. Kali ini saya hendak berniagalah sikit.
Sahabat-sahabat,
Saya di sini nak menjual buku-buku & kitab-kitab RARE. Kitab-kitab ini mungkin tak ada dah dijual di kedai-kedai sebab tak ada cetakan baru dah. Kalau ada pun, 1:100 kedai baru jumpa.
PATI RAHSIA
Kitab PATI RAHSIA karangan Haji Nik Mahmud bin Wan Ismail (Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja Negeri Kelantan (1930)). Cetakan 1946±. Dicetak dengan keizinan dan perbelanjaan Nik Ahmad Kamil bin Mahmud (Dato’ Sekri Setia Raja). Cap mengecapnya hak Ahmad Kamil bin Mahmud. Ditatap oleh Haji Muhammad Ali Solahuddin (Murid Tua bagi Almarhum Tuan Guru Kenali)
Pengarangnya seperti tercatit diatas adalah salah seorang ulama besar di negeri Kelantan & seangkatan dengan Tok Kenali & kawan karibnya. Julung karangan yang baru ditimbulkan ke alam Melayu dari lautan ilmu rahsia yang disimpan oleh tuhan pada kejadiannya.
Pati Rahsia dihiasi di dalamnya nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi, kelebihan Bismillahirahmanirrahim, Fatihah, Ayat-ayat Hizib, dan lainnya. Ada menerangkan khadam-khadam ayat ini yang merupakan makhluk atau tenaga yang menjaga ayat-ayat ini.
* Siapa-siapa menyimpan naskah yang tiada bercap nama pengarang disifatkan simpanannya itu tidak dengan jalan yang halal.
PAGAR HIKMAT
Kitab PAGAR HIKMAT karangan Tok Janggut Grik Perak. Peninggalan Tok Janggut kepada murid-murid beliau yang mana amalan ini adalah sebahagian daripada pusaka nenek moyang bangsa Melayu turun temurun dahulu kala yang telah dipusakai oleh beliau dan telah diturunkan kepada masyarakat bangsa Melayu dan generasi Melayu yang akan datang.
Dalam kitab ni ada disetakan pantang larang Tok Janggut dan Ijazah Umum yang Tok Janggut beri kepada sesiapa yang membeli kitab ini. Patang larangnya bukanlah berkaitan dengan syirik, tetapi untuk kebaikan jua.

Isi kandungan kitab Pagar Hikmat:
SENJATA SULIT
Kitab SENJATA SULIT adalah satu karangan Tok Janggut Grik Perak. Dalam kita ni, mengandungi serba ilmu pengetahuan yang luar biasa, rahsia-rahsia yang ganjil,amalan-amalan yang pelik, hikmat-hikmat yang ajaib dan pintu-pintu yang sulit untuk kebahagian dunia akhirat. Di dalamnya juga terdapat ijazah umum kepada pembeli kitab ini.


ILMU RAHSIA JAGA DIRI
Ilmu Rahsia Jaga Diri – Pegangan Hidup Seharian karangan Hj. Mohd. Daud Alyatimie (MATLUB). Cetakan 2008. Di dalam buku kecil ini telah disunting sebahagian kecil ayat-ayat Quran yang boleh digunakan bagi mempertahankan diri & menjaga keselamatan, serta memperoleh kejayaan, memperoleh kemenangan & keselamatan menolong orang yang perlu ditolongi ayat-ayat amalan dan Aurad yang besar fadzilatnya, & ia adalah sebahagian daripada RAHSIA bagi menjaga diri supaya selamat dunia & akhirat.
Isi kandungan Ilmu Rahsia:
SENJATA MUKMIN JAWI

Kitab Senjata Mukmin karangan Allahyarham Haji Husin Kudri dari Martapura, Indonesia. Termuat di dalamnya ayat-ayat besar fadilatnya, amalan-amalan yang penting diamalkan, doa-doa dan kalimat-kalimat yang mujarab dan isim-isim yang mengandungi khasiat yang besar faedahnya perlu punyai dan diamalkan zaman sekarang oleh kaum muslimin dan muslimat. Di akhir buku ini juga disertakan sekali dengan Ijazah Umum oleh tuan pengarang.
SENJATA MUKMIN RUMI
Senjata Mukmin ini dalam tulisan rumi. Menggunakan bahasa Indonesia. Tapi masih boleh difahami kerana ditulis dalam bahasa indonesa mudah. Senjata Mukmin yang jawi berlainan dengan yang ini. Yang ini karangan Allahyarham Haji Abu Bakar Yacob. Terbitan P.T Bungkul Indah Surabaya. Dicetak Edisi Indonesia dengan izin Pustaka Melayu Baru Kuala Lumpur. Cetakan tahun 1984. Setebal 112 muka surat.
Buku Senjata Mukmin oleh Allahyarham H. Abu Bakar Yacub, yang mana kami (PUSTAKA MELAYU BARU) telah dapat kebenaran dari pengarangnya untuk diterbitkan dalam edisi Malaysia, sebelum beliau meninggal.
Isi kandungan Senjata Mukmin rumi:
PELURU PETUNANG

Peluru Petunang adalah satu cara penggunaan senapang atau bedil yang memerlukan syarat-syarakt, kifiat, petua dan amalan yang berkait rapat dengan ilmu kerohanian dan ajaran tasawuf. Petua ini perlu diamalkan dengan penuh keyakinan kepada keredaan Allah. Kesemua hal ini terangkum dalam lima bab buku ini. Peluru Petunang merupakan buku pertama yang pernah terbit, membicarakan penggunaan alat-alat bedil di kalangan orang-orang Melayu zaman dahulu. Cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan kedua 1987. Pengelenggara oleh A.Samad Ahmad.
TAJUL MULUK
Tajul Muluk ialah Kulit Pakaian Segala Raja-raja dan hulubalang dan orang yang besar-besar. Tajul Muluk sebuah kitab yang mengandungi 134 sohifah atau bab yang merangkumi segala perkara, sama ada daripada gerak pada tubuh, mendirikan rumah, membuka tanah, mimpi, perubatan lelaki, peredaran air mani wanita, mengalahkan musuh dan sebagainya. Kitab ini sebenarnya dikatakan diadaptasi daripada sebuah kitab lain yang berasal dari Parsi dan telah di’Islam’kan dengan kemasukan elemen-elemen Islam. Kitab ini ditulis (semula) pada zaman sultan Aceh yang bernama Sultan Mansur Billah Shah ibni Al-Sultan Jauhar Al-Alam Shah. Pada bahagian akhir kitab tersebut, dinyatakan bahawa kitab ini telah selesai diterjemahkan oleh Faqir Tuan Haji Wan Hassan ibn Sheikh Tuan Ishak Fatani pada hari Jumaat pada waktu Dhuha enam likur haribulan Muharram pada hijrah Nabi 1249 di Makkah.
Mungkin kebanyakan generasi sekarang, sukar untuk membaca kitab ini walaupun ianya banyak terjual memandangkan bahasa yang digunakan merupakan bahasa Melayu lama bercampur Arab. Malah, istilah-istilah yang digunakan adakalanya mendangkalkan fikiran kita, seperti kamkuha dan sebagainya. Malahan ejaan untuk ayam pula apabila dibaca berbunyi hayam, sekaligus menunjukkan pengaruh dialek banjar di dalamnya. Suatu ketika dahulu, sesiapa yang berhajat sangat nak jadi doktor tradisional (bomoh), penguasaan Tajul Muluk – sama ada dibaca atau dihafal – memang perlu. Malah, dikatakan juga, sesiapa yang menyimpan kitab ini dan dijadikan rujukan, seringkali mendapat penghormatan di kalangan penduduk kampung.
Sebenarnya ada lain-lain kitab perubatan yang lebih ekstrem yang bercampur aduk antara agama (ilmu hakikat) dengan perubatan, malah termasuk juga di dalamnya jampi serapah mahupun hizib dan sebagainya seperti Kitab Pati Rahsia yang dikaitkan penulisannya dengan Paduka Perdana Menteri Kelantan, Nik Mahmud dan sebagainya. Sayangnya, kitab-kitab ini semakin lenyap dan tidak lagi mendapat perhatian, mahupun kajian daripada pihak yang sepatutnya.
Memandangkan ia datang dari zaman silam, bermakna ia adalah kuno dan ketinggalan. Barangkali kesilapan kita ialah memandang mudah akan kecendekiawan orang Melayu sendiri yang sudah pun menemui penawar demam malaria atau demam kura dengan penggunaan pati kulit batang pokok kuinin sebelum orang Inggeris mempatenkannya sebagai penemuan barat awal abad ke-20. Malah ketiadaan bomoh-bomoh yang benar-benar menjalankan peranan sebagai doktor tradisional yang bukan bermodalkan air liur, hembus-hembus, pembohong-pembohong dan temberang-temberang, serta asap kemenyan yang sekadar melengkapkan upacara perubatan, membuatkan kitab-kitab ini terbiar begitu sahaja. Berbeza dengan masyarakat Cina yang berjaya menaiktarafkan bidang perubatan sinseh mereka untuk digandingkan dengan perubatan moden, orang Melayu bagaikan kehilangan dalam keseronokan mereka mendabik dada bahawa Melayu sudah bertamadun.
Isi kandungan kitab Tajul Muluk. Ada beberapa tajuk atau bab yang saya tak dapat tuliskan di sini kerana tidak kefasihan saya membaca jawi.
1000 HIKMAT
1000 Hikmat adalah sebuah karya Ali Zulfakar yang sememangnya terkenal dengan ilmu-ilmu hikmatnya. Dicetak di Pulau Pinang. Dalam 1000 Hikmat ini mengandungi segala macam ilmu hikmat dan amalan-amalan yang mujarab lengkap dengan cara mengamalkannya. Peringatan untuk kitab ini; hanya naskah yang bertanda tangan penyusun atau penerbitnya sahaja diakui sah dan diijazahkan.
Isi kandungan kitab 1000 Hikmat:
Jilid satu dan dua sekaligus.
Isi Kandungan jilid 1:
(isi kandungan jilid 2 akan diupdate kemudian)
————————————————————————————————————————————
kitab SENJATA MUKMIN (jawi), TAJUL MULUK, dan SENJATA SULIT adalah dalam tulisan Jawi Lama.
PAGAR HIKMAT dan PATI RAHSIA adalah dalam cetakan Rumi dan Jawi (tertakluk kepada stok yang mana ada).
Kitab ILMU RAHSIA DIRI, 1000 HIMAT dan SENJATA MUKMIN (rumi) pula dalam cetakan Rumi.
* Jika sekiranya items ter’stuck, duit yang anda bank in kepada saya 100% dikembalikan kecuali ada buku yang anda tempah ada dalam stok. Maksudnya, jika anda membeli (contohnya) Pati Rahsia, Senjata Sulit dan Pagar Hikmat. Tapi bila saya ambil stok dan kitab Pati Rahsia tak ada stok waktu itu, duit anda akan dikembalikan sama nilai dengan harga Pati Rahsia itu tetapi duit postage dan kirab-kitab lain tak akan dikembalikan.
* Tiada sebarang pembatalan pembelian jika sudah bank in DAN JIKA stok kitab ada adalah pre-order, siapa nak, sila tempah. Ready Stock tertakluk kepada stock yang ada pada saya. SMS saya dahulu untuk pengesahan.
Harga-harga kitab boleh hubungi saya terus di:
http://kitabmelayu.wasap.my/
hhttp://kitabmelayu.wasap.my/
http://kitabmelayu.wasap.my/
http://kitabmelayu.wasap.my/
http://kitabmelayu.wasap.my/
http://kitabmelayu.wasap.my/
http://kitabmelayu.wasap.my/
http://kitabmelayu.wasap.my/
(cuma tekan link di atas dan terus akan ke whatsapp anda)
hhttp://kitabmelayu.wasap.my/
http://kitabmelayu.wasap.my/
http://kitabmelayu.wasap.my/
http://kitabmelayu.wasap.my/
http://kitabmelayu.wasap.my/
http://kitabmelayu.wasap.my/
http://kitabmelayu.wasap.my/
(cuma tekan link di atas dan terus akan ke whatsapp anda)
(whatsapp/ sms/telegram)
Saya ambil stok dengan pembekal kitab-kitab lama. Saya ambil tempahan kitab-kitab ni setiap hari Sabtu setiap minggu. Saya mengambil dari supplier dari Indonesia. Mahar yang diletakknya bukan berdasarkan harga kitab yang telah zaman berzaman dijual pada dahulu kala, tapi berdasarkan nilai estetikanya pada masa kini.
Saya menjual kitab-kitab khazanah ini, bukan nak menjual ilmu, tapi nak mengembangkan ilmu, sebab kitab-kitab sebegini boleh saya katakan TAK AKAN DICETAK SEMULA dan kemungkinan khazanah-khazanah berharga ini akan lupus dek ditelan zaman.
KITAB ILMU RAHSIA JAGA DIRI, PAGAR HIKMAT, DAN MUJAROBAT MADINATUL ASROR, KINI TIADA STOK. MOHON JANGAN TANYA DAH KEDUA-DUA KITAB NI ADA STOK BILA. ISI KANDUNGAN KEDUA-DUA KITAB ITU DI DALAM INI HANYA SEBAGAI RUJUKAN.
*kitab itu hanya ada stok bila kamu tidak lagi melihat kenyataan ini.
*kitab itu hanya ada stok bila kamu tidak lagi melihat kenyataan ini.
Yang baik datang dari Allah, yang kurang datang dari kelemahan diri saya sendiri, hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah jua. Sekian, terima kasih. 🙂














