Fenomena Raya Sekarang dengan Dahulu

photo ping to Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog NaimAlKalantani™ secara sengaja atau tidak. :)

Ketika saya menulis blog ini, saya berada dalam kereta. Balik kampung la. Kat Machang, Kelantan. Raya ke-4 baru balik. Masa balik ni pun lalu ikut Terengganu sebab ada 'bekwoh' kat Kuantan. So, terpaksa la ikut Ganu.

Arah masuk ke Terengganu-Kelantan, boleh dikatakan sunyi sepi tak ada kereta. Tapi arah ke Pahang-KL, ambek kau, 'ramainya' kereta sampai jem. Banyak nombor pendaftaran kereta bermula dengan huruf C, T, dan W sahaja.

SUASANA RAYA SEKARANG DAN DAHULU


Hmm, kalau dulu saya ada cerita mengenai cara menyambut hari raya (lebih kurang). Kali ini pula Naim nak berceritera mengenai 'Ketika Hari Raya' pula ye.

Kalau masa Naim kecil-kecil dahulu kala, seronok betul raya ni. Memang meriah. Budak-budak suka sangat. Memang nampaklah sambutan tu.

Hari ini kita tak dapat lihat dah fenomena semacam dulu kala.

Kalau dulu, budak-budak akan berkumpul dalam 10 orang. Mereka akan pusing kampung atau perumahan. Main redah je rumah siapa-siapa pun. Masa tu pun orang rumah tu akan layan budak-budak tu sebab mereka rasa seronok budak-budak datang beraya ke rumah mereka. 
Tapi sekarang, tak nampak dah fenomena seperti itu walaupun di kampung-kampung.

Budak-budak dah tak macam dulu dah. Tak beraya bersama-sama kawan-kawan ke rumah orang kampung dah. 

FAKTOR-FAKTOR


Bersama Cikgu Anuar.
"Mudanya FIZIK"

Banyak sebab beraya pada era ini lain daripada dulu.

Dulu beraya, family pergi je rumah kaum kerabat. Tapi sekarang kena call dulu tanya boleh beraya ke tak. Atau tanya ada di rumah ke tak.

Dulu budak-budak suka beraya sebab dapat duit raya. Tapi sekarang, budak-budak banyak dipengaruhi oleh teknologi.

PSP, iphone, smartphone, lappy ada fi rumah, so budak-budak lebih gemar duduk di rumah main benda-benda ni.

Hidangan raya rumah pertama.

Dulu, pantang parents keluar pakai baju raya, berebut anak-anak nak ikut, tapi sekarang anak-anak banyak menontot tv. Bila parents ajak keluar, mereka enggan. Kadang-kadang kena paksa baru nak ikut.

Nengoklah tv sekarang, masa raya la baru ada filem-filem menarik. Kenapa jadi macam ni? Saya amat tak setuju. Kenapa masa raya? Pagi raya pun ada filem-filem gempak. Maunya budak tak nak tonton. Inilah pengaruh media massa. Anak-anak lebih gemar duduk depan tv sambil mentekedarah kuih raya. 

Dulu anak-anak kenal siapa waris-waris parents mereka. Mak saudara, tok saudara, sepupu parents, saudara mara tiri, dan sebagainya saudara-mara yang jauh.
Tapi sekarang, anak-anak tak nak tanya siapa yg parents lawati ketika raya itu, dan mereka ada sifat malu nak tanya.
'Mimi Naga'

Akibatnya mereka tak tahu pun rumah siapa yang mereka tanya.

Saya sendiri pun bila melawat rumah waris-waris parents, saya akan tanya "Ibu, rumah siapa ni?". Walaupun sudah 3-4 tahun duk raya umah mereka je, tetap saya akan tanya macam mana hubungan saya dengan mereka itu.

Tabiat sekarang juga, bila datang beraya rumah orang, 1stly benda mereka tanya (terutama budak-budak), ialah "ada wifi?". Benda ni telah terzahir dalam iklan raya Maxis.

Memang betul benda ni terjadi sekarang. Ramai budak-budak sekolah tak kira rendah atau menengah 98% akan tanya. Termasuklah saya. :)

Akibatnya, bila mereka pergi beraya untuk 'berlayar', mereka tidak akan berbual dengan tuan rumah. Budak-budak sekarang pun ramai dah yang pakai smartphone kan. Semua pakat dengan phone masing-masing.
dari kiri: Syam, Ery, PG

Kalau dululah, mereka akan berbual-bual kosong mengenai banyak hal. Beramah mesra, bertanya khabar, dan bergurau senda. Tapi, inilah peredaran zaman. Hilang sudah adab & adat Melayu.

Tabiat remaja sekarang juga ialah, ketika beraya rumah orang, mereka akan keuarkan smartphone masing-masing dan akan bergambar beramai-ramai sekali dengan tuan rumah. Its ok. Fenomena yang bagus. :) Saya setuju.

Tapi ada sesetengah daripada mereka shoot gambar makanan hari raya. Bak kata kawan saya, "Ciri-ciri orang gila Malaysia, ambil gambar makanan bila raya, tak ada kerja". Hahaha.

Lepas tu gambar-gambar tu masuk ig, fb, tw, dan moment kan. Penuh wall aku terutama kat ig tu.

Ini sajalah kot yang saya mampu tulis untuk kali ini. Nak sampai kampung dah ni. Selamat beraya. Harap adab Melayu tak hilang di dunia. :)

Yang baik datang dari Allah, yang kurang datang dari diri saya sendiri, hakikatnya kedua-duanya dari Allah swt.

Sekian, terima kasih. 

Comments