Kitab Pati Rahsia: Peraturan Mendapatkan Khadam

photo ping to suarapeople
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca blog NaimAlKalantani ini.

Kali ini saya ingin menyetakan kaifiat untuk mendapatkan khadam. Di sini ialah petikan daripada Kitab PATI RAHSIA karangan Haji Nik Mahmud bin Wan Ismail (Dato' Perdana  Menteri Paduka Raja Negeri Kelantan (1930)).

Amalan-amalan ini saya TIDAK beramal dan saya bukan ijazahkan kepada sesiapa. Ini hanya petikan dalam kitab Pati Rahsia yang saya alih tulisan daripada jawi lama kepada rumi.

* Sebarang masalah atas tanggungan diri sendiri. Sila cari guru yang betul !

Dalam petikan di bawah tertulis huruf ر tiada dalam Surah al-Fatihah. Tetapi rasanya bukan ر, tetapi huruh ﺯ. Mungkin perkataan ini 'jatuh'

Peraturan Mendapatkan Khadam


Ketahui olehmu inilah satu amalan yang amat besar bagi al-Ismul Azim dari huruf-huruf tujuh iaitu: ر, خ, ظ, ث, ش, ج, ف, huruf-huruf ini tak ada di dalam Fatihah.

Dan terbahagi ia kepada tujuh hari, satu hari satu huruf bagi tiap-tiap huruf Khadamnya yang khas.

Jika engkau hendak mengamalkan isim ini kerana mendapatkan khadam-khadam engkau pada mana-mana pekerjaan pun, hendaklah puasa tujuh hari dan membaca doanya (akan datang) tujuh kali tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari.

Pada hari yang pertama khadam-khadam itu melontarkan engkau dengan anak-anak batu.

Pada hari yang kedua berupa mereka itu dengan rupa ular besar.

Pada hari yang ketiga berupa dengan rupa harimau.

Pada hari yg keempat dengan rupa perawan-perawan muda, hari yang kelima dan keenam membawa mereka itu emas dan perak - Jangan engkau ambil walau sedikit pun.

Hari yg ketujuh datanglah kepada engkau 30 laki-laki daripada ini yang baik-baik (soleh) maka berkata mereka itu, “Apakah hajat engkau?!” Jawablah kepada mereka aku berkehendak 30 daripada kamu - sebanyak bilangan haribulan - tiap satu hari satu daripada kamu yang boleh berkhidmat kepada aku, maka sangguplah mereka itu.

Tinggal lagi satu syarat yang mesti dijaga betul, ketika engkau beramal hendaklah engkau bersuci & bersih zahir & batin, dan pada tempat duduk hendaklah bersih daripada najis dan kekotoran dan janganlah makan makanan yang bernyawa dan yang keluar daripada yang bernyawa, dan lagi hendaklah sentiasa membakar benda-benda yang wangi seperti kemenyan dan lain-lain yang seumpamanya, dan hendaklah engkau tulis rajah yang dibawah ini letak ditapak tangan engkau ketika membaca doanya (akan datang) 

Sebenarnya inilah dinding dan kota yg amat kukuh pada menyekatkan segala kejahatan mereka itu, hendaklah kamu pelihara daripada orang yang tidak layak mengamalkannya. 

Inilah wafaknya:
(nanti saya akan update kembali)

Comments