Permohonan maaf NaimAlKalantani kepada semua guru di Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog NaimAlkalantani ini. Ha, puasa penuh tak tahun ni? Siapa-siapa yang tak puasa penuh disebabkan sakit atau hal-hal lain, insyaAllah kita sama-sama ganti pada Syawal nanti bersama-sama dengan puasa enam. Moga di bulan Ramadhan ini anda semua diberkati oleh-Nya.

Pada bulan puasa tahun 2013 ni, banyak perkara yang berlaku kepada diri saya. Antaranya ialah saya disengat oleh 5-6 ekor tebuan.

Alhamdulillah Ya Allah. Kau telah memberi aku mudarat di dunia. Moga dosa-dosa aku yang lepas dikafarahkan. Aku bersyukur Ya Allah. Ameen.

24 Julai 2013 - 5-6 sengatan tebuan. 4 di atas kepala. 1 di dahi. 1 di lengan kiri. Kejadian bermula dengan saya dan beberapa orang pelajar lain lalu di shortcut ladang kelapa sawit menuju ke ‪SMK Jengka Pusat‬. Selama ini, 2 tahun lalu melalui situ, tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi hari itu ada pula tebuan datang nak sengat. Tak sempat nak bermesyuarat lagi dengan mereka, tapi mereka dah menyengat saya. Maybe ada orang kacau sarang mereka. Lagi 4 orang budak lagi kena sengat, tapi tak banyak, dalam seekor dua sahaja.  Aku yang paling banyak, 6 ekor SAHAJA.
Gambar ini diambil pada pukul 6PM 24 Julai. Masa pukul 10AM, lagi teruk dari ini, memang mata sepet dari ini. Doc Chinies ada shoot pic aq masa kul 10 tu, nanti kalau saya berkesempatan datang ke wad kecemasan, saya akan bluetooth gambar tu dengan beliau. lol.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya artikel kali ini diupdate sebab saya secara peribadi dan seikhlas hati ingin MEMINTA MAAF kepada SEMUA INSAN YANG BERGELAR GURU DI DUNIA INI.

5 Jun 2013 - Saya telah mengupdate blog saya ini dengan artikel yang bertajuk 'Tiada pelajar yang teruk, tapi ada guru yang teruk'. Artikel itu telah mengakibatkan kerugian pada diri saya sendiri. Saya telah dinasihatkan oleh beberapa orang guru termasuk guru kaunseling SMK Jengka Pusat perihal ini.

Kes ini tersebar sekitar 30 Julai 2013. mungkin ada diantara guru di sekolah saya sendiri yang membacanya. kecoh satu sekolah, jadi trending nama saya seminggu.

Di sini saya ingin memohon kemaafan di bulan ramadhan ni. moga diberkati maaf ini. kepada guru-guru, artikel saya itu bukanlah bertujuan untuk memburuk-burukkan nama guru-guru, tetapi SEKADAR pandangan dari diri saya sendiri. Itu adalah luahan hati saya sahaja sebagai seorang pelajar sekolah.

Kini saya dah sedar bahawa medium yang saya gunakan ini salah. Sepatutnya saya sendiri berjumpa dengan guru itu dan slowtalk dengan beliau. 

Secara personally, saya memohon maaf kepada semua tenaga pengajar di sekolah-sekolah di dunia ini terutamanya di SMK JENGKA PUSAT

Sebenarnya tingkatan 6 bukanlah jalan saya. Saya lebih kepada kepada kemahiran. InsyaAllah, jika diberi peluang, saya tidak akan bersekolah di sini dah pada tahun depan. Saya akan menyambung ke pusat-pusat kemahiran yang saya minati seperti di kolej komuniti atau lain-lain.

Sekian. Harap guru-guru dapat mendoakan kebaikan saya dan memaafkan semua kesalahan yang saya telah lakukan.

Comments