Facebook: Memorialization Request

photo ping to blogger


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog NaimAlKalantani ini, moga dalam keadaan sihat selalu.

MERDEKA


Semalam sudah kita sambut Hari Kemerdekaan yang ke 56. Salam 1 Malaysia dan Selamat hari kemerdekaan diucapkan kepada seluruh warga Malaysia. 56 tahun kita bebas daripada penjajahan walaupun PEMIKIRAN kita masih dijajah oleh pengaruh luar.

Memorialization Request

Post saya kali ini pendek sahaja. Kali ini saya ingin memberitahu cara untuk request kepada pihak Facebook untuk mendelete satu-satu akaun Facebook bagi mereka yang dah meninggal dunia.

Selepas kematian salah seorang sahabat saya di sekolah, ramai orang sms, chat, f2f dengan saya untuk menghack akaun si mati sebab ada something dalam akaun tu yang akan membawa dosa kepada si mati. ini dinamakan sebagai Dosa Berantai.

Saya telah lama cuci tangan dalam bidang ini. Jadi saya sarankan untuk melakukan satu yang sah disisi undang-undang iaitu mengisi form Memorialization Request


Request ini hendaklah diisi sebanyak mungkin oleh orang lain. Setiap satu akaun Facebook, satu form untuk diiisi. 

Tapi, saya tidak pasti cara ini berjaya atau tidak. tetapi, Facebook yang buat cara ini sendiri.

Syaratnya untuk akaun ini ditutup ialah akaun si mati tidak dibuka dalam masa yang lama. Kalau tak salah dalam 3 bulan. (tapi tak pasti berapa tempoh sebenar)

Walaupun satu akaun isi satu form, bukan automatik dia akan remove akaun ini. Ia bergantung pada quota orang yang isi form ni DAN tempoh dari mula-mula diisi sehingga cukup tempoh quota DAN tidak ada mana-mana pihak yang menceroboh masuk akaunnya sehingga habis tempoh quota.

ini linknya. Saya rasa anda semua paham apa yang diperlukan dalam link ini.


Di sini juga saya sertakan link untuk pembacaan anda semua mengenai KEMATIAN. Link ini adalah post saya yang lepas-lepas.

Post ini dipublish selepas kematian rakan saya itu juga. Dalam post ini diberi sedikit tips apabila mendengar satu-satu kematian dan sedikit kisah iaitu "4 Keadaan dimana Roh Dimasukkan Kembali Ke dalam Jasad Selepas MATI" dan juga tips untuk para media sosialis untuk menghadapi kematian.

Sekian. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri, hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah jua. Terima Kasih.

Comments