Tips: Internet Murah



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog NaimAlkalantani ini. Semoga anda dalam keadaan sihat selalu.

1stly, I nak wish kat PMR candidates. Jawab elok-elok. Don't be like me. Huhuhu. Bila teringat je exam besar macam ni, I pun teringat la kata-kata keramat dari guru I, “UPSR menentukan kamu nak sekolah apa. PMR menentukan kamu nak ambil aliran apa. SPM menentukan kamu nak jadi apa”. Accually, I tak berapa setuju, but not now I nak dicssus pasal benda ni.

Merujuk kepada tajuk post kali ni. Siapalah tak nak internet dia murah kan? Ni I tengah bosan sebenarnya ni. Tu lah pasal I nak sharing is caring sikit dengan u alls ni. 

Ok. Hmm. Bagi yang ada wifi, berapa u bayar sebulan? Rasanya paling murah dlm RM60 kan? Tu pun macam siput sedut slow. 


I ada buat satu penyelidikan hari tu. Lepas beberapa ketika, I pun dapat 1 idea, macam mana nak wifi tu murah.

Ok, dizaman tech yang serba canggih manggih ni, semua telco bersaing untuk mendapat tempat di hati masyarakat. Maxis, celcom, umobile, digi dan macam-macam lagi la telco lain nak buat promosi yang them all ada internet yang murah.

Sekarang I nak bagi idea sikit kat masyarakat terutama:
- yang beli & bayar sendiri wifi kat rumah.
- yang pakai broadband
- yang tak ada wifi @ broadband
- tidak berkemampuan

1st for all, I nak u all pahamkan dulu ini.

photo credit to 123rf

BROADBAND - Boleh sumbat kat lappy atau dekstop. Tak boleh connect tanpa lappy atau dekstop. Hanya boleh digunakan untuk 1 user.

photo credit to celcom

PORTAWIFI - Boleh sumbat kat lappy, dekstop, power supply (plug), dan kereta. Boleh banyak user bergantung pada speed. 

photo credit to tracyandmatt

MIFI - boleh sumbat kat lappy, dekstop, power supply, dan boleh hidup sendiri tanpa ada power supply (ada battery kat dalam). Boleh banyak user bergantung pada speed.

Ok. Paham ke tak? Kalau tak paham, tanya member sebelah tu. 

Sekarang, selepas I buat ujikaji ke atas beberapa telco. Ternyata sekarang CELCOMlah yang memegang internet yang terbaik dari segi harga.

Celcom sekarang ada buat keluar sim kad baru. Nama dia CELCOM 1 MALAYSIA (C1M)

Sim kad C1M ni, kalau untuk call & sms, sama macam kad sim celcom biasa je. Tapi yang spesial ialah rates internet dia RM25/month dan unlimited. 

I dapat review dari fbker, them pakai sampai berbelas-belas GB untuk 1 bulan tu and still laju dan smooth. 

Tapi them pakai dalam phone atau dalam broadband (bb) mereka.

Idea I ialah:


U alls beli sim kad C1M tu, u alls langgan internet 1 month, pastu sumbat dalam portawifi atau mifi.

Kan ramai boleh guna tu kan? So, tempat u sekarang dah ada wifi. Just connect je kat phone @ lappy u alls tu.

BETTER MIFI ATAU PORTAWIFI?


Soalan ni sebenarnya bermain jugak di minda I. Tapi I dah dapat jawapannya.

Sebenarnya atas keperluan masing-masing. Kalau u suka pergi jalan-jalan better guna mifi la sebab boleh letak dalam poket je. Standard mifi 1500mAh battery dia. Dalam 4 jam boleh tahan. Tapi mifi tak boleh sumbat kat kereta.

Kalau portawifi, boleh cucuk dalam kereta dan pada plug. Sama je macam mifi. Tapi sekarang I tengah confiusing, portawifi ni boleh ke sumbat kat powerbank? Kalau boleh, sama je la macam mifi tu. 

Atas keperluan masing-masing la. Sama je sebenarnya. Standard orang beli portawifi atau mifi ni yang 21mb/s da keatas. Boleh pakai dalam 8-10 user dalam satu-satu masa.
Kalau dalam rumah tu, berapa sangat yang online pakai lappy sekarang? Paling tak pun, pakai tab. Bukannya kuat pun line nak guna. Berapa sangat ahli keluarga u alls tu?

HARGA? 


Harga ni u alls kena pandai cari sendiri la. Setahu I dan kalau tak silap, portawifi celcom punya dalam RM200±. Tapi I pernah jumpa dalam internet RM160-180.

Harga portawifi ni sama lebih kurang macam mifi.

Harga sim kad C1M ni pula I pernah jumpa dari RM45-75. Pandai-pandai la cari kat kedai atau internet ye. Tapi beli mahal pun, tak rugi sebab benafits dia lebih. 

*Sebenarnya kalau I nak terangkan kat 'orang sekarang', pendek je artikel ni. Tapi ada juga members I yang duduk matrikulasi, tapi noobs juga. Inilah bukti bahawa tak semestinya masuk matrik tu cerdik pandai.

Sekian. Terima kasih :)

Comments