Kenapa dalam maya?



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca. Harap dalam keadaan sihat selalu.

Post kali ini malas panjang-panjang.

Ada orang tu kan, dia marah bila saya membuat satu statement dan kritikan di dalam blog dan media sosial seperti Facebook dan Twitter. Banyak berkenaan politik, dan pendidikan.

Ayat mereka ialah:
1. Naim, kau pergi ke Kementerian Pelajaran, kau cakap direct dengannya.

2. Kau cakap berdegar-degar, tapi tak guna post kat sini sebab orang atas tak tahu pun. Nak ubah konon.

Anda tahu tak kenapa saya post di laman sosial dan blog?

Tujuan saya untuk mengajak rakan-rakan yang lain berfikir. Walaupun tak sampai kepada orang atas, tetapi at least sampai kepada rakan-rakan yang follow saya. Tak nafikan ada yang tak hiraukan post saya. Tetapi ada yang komen, kritik, like, retweet. Itu kan mengembangkan sesuatu isu. Inilah yang saya nak.

Saya tak perlu untuk memberitahu orang atas bahawa itu ini. Saya cuma nakkan mentaliti masyarakat kita terutama bani Melayu ini berubah fikirannya. Bagi saya, walaupun kita ikut sistem yang sedia ada, tak semestinya kita akan setuju dengan sistem tersebut.

Inilah bani Melayu, bila orang atas membuat satu sistem, mereka akan takut untuk bersuara kerana khuatir mereka akan dipersalahkan. Tetapi bila orang bawah mengeluarkan idea, mereka tak nak terima. Hakikatnya mereka itu sendiri yang malas berfikir.

Konsep saya mudah. Bila saya post sesuatu perkara di laman sosial contohnya, akan ada komen dan kritikan. Orang yang komen itu mungkin akan tetap dengan pendiriannya. Tetapi terfikirkah anda bagaimana post saya dan komen-komen anda ini boleh menyebabkan orang lain yang tidak masuk campur berfikiran 'kenapa?'?

Satu statement/ status yang dibuat oleh saya, akan menyebabkan orang lain komen. Komen dan status itu pula akan dibaca oleh orang lain. Orang lain itu akan berfikir, kenapa jadi macam ni macam ni? Bila dia berfikir, dia akan explore & berfikir benda tu secara persendirian. Dan dia akan adakan diskusi sesama rakannya yang lain. Diskusi akan menyebabkn percambahan idea dan pendapat. Dari tu akan menimbulkan perbahasan.

Itu yang saya nak sebenarnya. Orang yang suruh saya pergi berjumpa dengan Kementerian bagai, itu (sorry to say) BODOH peringkat diploma. Kita nak mengubah persepsi orang. Bukannya nak mengubah sistem itu terus.

Satu lagi, orang-orang atas ini kamu ingat mereka tidak tahu ke berkenaan orang bawah? Saya yakin bahawa mereka tahu tetapi sengaja buat tak tahu. Mereka juga ada facebook, ada twitter. Tak guna ada followers sampai 1.8 juta tapi tak tahu apa yang rakyat adukan. Lepastu nak berbangga mengikut peredaran teknologi semata-mata tanpa fikir pun dalam teknologi tu, orang di bawah kamu ramai yang mengkritik, merintih, memutarbelitkan, dan segala me lagi lah.

Saya nak ajak kamu semua berfikir. Keluarlah dari kebodohan.

Comments

  1. smg suatu hr nanti bani melayu berubah.. sistem pemerintahan di Malaysia akan berubah mengikut 'Sistem Allah'.. ameeenn..

    ReplyDelete

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan