Kenapa pelajar tak suka pergi library?

Bila kita masuk library. Sunyi je kan. Bukan sebab pelajar dalam tu tak bercakap. Tapi memang tak ada orang.

Tadi saya baru keluar dari library Politeknik Muadzam Shah (PMS). Class dismiss tadi. So bosan pergi la melawat library. Memang saya sukakan buku-buku.

Bila masuk, ingatkan meriah. Tetapi sunyi je. Buka pintu masuk, jenguk dulu. Fikir, "ni boleh masuk ke tak ni". Pastu nengok ade 3 of student PMS tengah use the PC in library. Dengan keyakinan yang ada pada diri dan selamber katak, saya pun masuk. Letak beg. Pastu masuk.


Cara saya, saya suka memerhati dan thinking about something secara critical.

I look, dalam tu, boleh bilang dengan jari je berapa orang ada. Fyi, library PMS adalah library politeknik terbesar di malaysia, diorang cakap. Memang besar pun. Ada two floor.

Masuk-masuk, jumpa magazine rack. Not bad la. Banyak magazine malay and english.
Pergi ke bahagian newspaper.

There are malay and english paper. Ade Sinar, NST, Star, Utusan.
Saya terfikir, kenapa Utusan ada dalam library ni sedangkan Harakah tak ada? Ok. Kita berfikiran neutral. NST, Star, bukan akhbar arus perdana. Akhbar utusan tu pro-kerajaan. Kenapa kita tak balance dengan news pro-pembangkang? Kita neutral. Lagi pun ini taraf universiti. Universal. Kenapa student perlu dikongkong pemikiran mereka hanya mendapat berita dari satu pihak tertentu?

Ok.

After that, saya pergi ke rak-rak buku. Sebenarnya perpuskaan ni besar, tapi masalahnya bukunya sikit. Library baru kowt. On the way, maybe.

Tapi apa pun. Bila saya round the rack, i just look photog book, design book, videog book, math, sains, ekskolopidia (macam mana nak eja?), MUET, kamus, jurnal akademik. Buku-buku yang semua berkait dengan course yang ada di PMS.

The novel I just found Harry Potter, Twillight dan yanh sewaktu dengannya sahaja. Tapi semua bahasa inggeris.

Round sampai habis. Pastu terfikir. Mana buku yang 'di luar kotak'?. Mana novel-novel? Mana buku hiburan? Mana jurnal-jurnal? Mana philosopy books?

Ni antara sebab kenapa student malas masuk lib. Student masuk untuk cari bahan untuk buat tasks yg diberi oleh lecturer, tapi student tak masuk untuk cari bahan bacaan.

Saya boleh katakan bahawa buku-buku selain akademik WAJIB ada walaupun ini institusi pengajian. Buku-buku ilmiah yang tak berkaitan wajib diletakkan dalam library.

Macam mana otak student nak berkembang kalau asyik membaca buku-buku photog contohnya? Mereka hanya tahu mengenai dunia photo, tapi the fundamental thing mereka tak dapat berfikiran 'di luar kotak' sebab hanya dikongkong oleh buku-buku yang ada kaitan dengan pembelajaran mereka sahaja.

Buku falsafah wajib ada di perpustakaan. Buku kesenian, buku karangan sasterawan. Buku-buku kerajaan dan pembangkang mesti ada dalam sesebuah perpustakaan di instutusi pengajian tinggi.

Dr. Maslee Malik, pensyarah Sains Politik di UIA pernah cakap dalam satu syarahannya yang saya perbah dengar, "orang yang buta politik adalah orang yang lebih buta berbanding orang yang buta fizikal".
Jangan sempitkan pemikiran dengan hanya membaca buku-buku akademik.

Sebab tu library tak ada orang nak kunjung. Masuk library untuk cari bahan. Bukan cambah idea.

Saya teringat quotes dalam novel Leaving Microsoft to Change The World yang saya pernah baca hari tu, “apalah guna sesebuah perpustakaan kalau tak boleh memberi ilmu kepada orang lain" (lebih kurang, tak ingat sangat)

Pelajar masuk library untuk apa? Kalau buat survey, jawapan popularnya, untuk cari bahan nak siapkan tasks dan nak main internet.

Library dengan kata lain ialah gedung ilmu. Bukan hanya ilmu akademik. Tapi menyeluruh. Apa guna jadi Maha-siswa kalau tak dibenarkan open minded?

Bak kata Buya Hamka,
Hidup kalau sekadar hidup,

babi di hutan juga hidup,
kerja kalau sekadar kerja,
kera di hutan juga kerja,
belajar kalau sekadar belajar,
lembu di kandang juga belajar


Kepada MAHA-siswa, jangan ku belajar sebab kamu kena belajar, tapi belajarlah sebab kamu nak belajar.

Comments