Agama tidak rasional

Aku tertarik mendengar ucapan dari Komrad Isham Rais di Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) ketika forum- PAS: Islam, Liberal atau Sosialisme.

Kata beliau:

Agama ini, ianya tidak rasional dan ianya tidak saintifik. Agama ini arus diterima dengan keyakinan. You have to belive it. Saudara, di dalam Islam tidak boleh, diharamkan makan babi. Tidak ada aa uu aa. Tidak ada analisa kenapa babi ini ape (diharamkan) tidak perlu. Itu adalah ritual satu tanda petanda bahawa Islam tuan-tuan. Sembahyang lima waktu, tak ada tanda, tak ada. Itu adalah ritual. Jadi agama itu seperti itu. Jadi kalau kamu yakin dengan agama, yakin kepada agama.
Maksudnya ialah,

Ya, Agama ini memang tidak rasional. Contohnya, Islam. Islam mengharamkan penganutnya memakan babi? Kenapa? Bukannya atas dasar babi itu kotor atau whatever. Tapi atas dasar kepercayaan. Orang Islam tak makan babi sebab mereka yakin dan percaya pada agama Islam yang mengharamkan memakan babi. Tak ada sebab munasabah. Begitu jugak solat, tak ada sebab yang rasional kenapa orang islam kena bersolat lima waktu sehari semalam. Macam tu jugak dengan agama-agama lain.


Kita tak boleh kaitkan perkara yang rasional dengan tidak rasional. Contohnya ada orang cakap; "manusia ada hak untuk memakai apa saja pakaian yang mengikut keselesaanya tanpa menghiraukan pandangan masyarakat"

Pernyataan ini adalah pernyataan rasional. Pernyataan yang berdiri di atas logik akal manusia. Pernyataan yang ada base yang kukuh dan ada boleh buat pembuktian.

Pernyataan ini tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana agama; contohnya islam. Dalam islam, kita memang dibenarkan memakai apa saja pakaian TETAPI hendaklah menutup aurat. Kerana ini adalah kepercayaan orang islam itu sendiri, haram memakai pakaian yang tidak menutup aurat.

Kalau ikut rasional, tak perlu tutup pun tak apa. Tapi kalau dalam agama, yang tidak rasional, orang islam wajib memakai pakaian yang menutup aurat. 

Mudahnya, ada satu gap (penghalang) diantara rasional, dengan tidak rasional. Mereka tidak boleh berada di satu tempat yang sama.

Comments