Hidup itu hak kita

Kita hidup atas muka bumi ini, tiada siapa yang berhak menentukan hidup kita ni begitu begini. Kita berhak menentukan hidup kita sendiri ketika kita hidup. 


Sejak dilahirkan, kita disuruh membuat sesuatu oleh ibu bapa kita. Kita diajar untuk mengikut kehendak mereka. Kita tidak boleh melawan apa yang mereka katakan, itu akan mengakibatkan kita dicap sebagai anak derhaka dan tak mengenang budi. Zaman sekolah pula, kita diasuh untuk menjadi hamba kepada sistem. Diasuh untuk mengikut apa yang cikgu cakap da arahkan. Kita disuruh melakukan sesuatu, tapi kita dilarang bertanya sesuatu. Sistem yang rosak. Di IPT pula, kita terpaksa lagi mengikut sistem universiti atau kolej yang ada. Kita dilarang berambut panjang dalam sesetengah kuliah. Kita dilarang membuat itu ini. Kita diarahkan mengikut peraturan selama 24/7. Lepas tu kita kerja. Di tempat kerja pula, kita terpaksa mengikut apa yang diarahkan oleh orang atasan. Jika melawan, akibatnya buruk.

Persoalannya, sejak bila kita dilahirkan untuk melakukan perkara yang sama?

Dari kecil, kita mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh orang atas dari kita. Kita tak boleh melawan. Kita seperti hamba. Hamba kepada sistem. 

Point utama aku di sini ialah kita sebagai manusia, jangan kita terlalu mengikut sistem. Aku bukan suruh anda semua mencabar sistem. Tapi aku benci jika kita ditentukan hidup dengan sistem. Kita berhak menentukan hidup kita sendiri. 

Jika anda bekerja, kerjalah dengan pekerjaan yang anda minat dan selesa. Bukannya kerja berdasarkan keputusan peperiksaan SPM anda tu. Jika anda bekerja based on SPM, anda tidak akan dapat nikmat bekerja itu.

Sebenarnya point ini aku dapat bila aku habis hadam novel Pengejar Bintang karya Nami Cob Nobbler. 

Apa yang aku dapat dari buku tu ialah, kita manusia, sepatutnya kita buat apa yang kita suka dan kita minat, bukan buat apa yang orang suka kita buat. Anda hidup, sekali sahaja atas muka bumi ini. Jadi, ambil kesempatan ini untuk meraih kegembiraan bilamana anda bekerja kelak. Biar orang kata kerja anda lakukan itu lekeh. Anda tidak dapat kaya dengan pekerjaan itu. Tapi ingatlah, hati anda gembira itu lebih penting daripada kekayaan yang anda dapat nanti.

Kalau ikut kata-kata komrad Isham Rais, beliau sangat mengkritik sistem persekolahan yang ingin menjadikan seseorang pelajar ini somebody-somebody. Sebenarnya, kita tak perlu didik seseorang untuk menjadi apa besar nanti, tapi pelajar itu sendiri yang dapat menentukan arah mana mereka akan pergi.


Tak suka bila ibu bapa kata “nanti besar Ahmad jadi polis ye”. Kenapa kita perlu ikut kata mak ayah kita dari kecil hingga besar? Lepas tu mana hak kita sebagai seorang Homo Sapiens untuk membuat keputusan sendiri? Komrad Isham Rais juga pernah berkata “be yourself. To be yourself is the difficult things”. Aku tertarik mendengar statement itu. Maksud beliau adalah dalam hidup ni, kita kena jadi diri kita sendiri. Kita bekerja dengan apa yang kita mahu. Kita buat sesuatu atas kehendak kita. Bukan kehendak orang lain.

Comments