Adakah Tuhan kejam?

Aku tidak meminta untuk dilahirkan sebagai umat Islam. Dan aku tak meminta utk dilahirkan di atas muka bumi ini. Tapi kenapa aku wajib beribadat kepada Allah sedangkan aku tidak meminta-Nya untuk menghidupkan aku di alam ini? Tidakkah ini akan menyusahkan aku? Dan juga ibu bapaku juga akan dapat dosa jika tidak mendidik aku untuk menjadi puak islami yang baik. Adakah Tuhan itu kejam? Aku yakin tuhan tidak kejam.

Bila aku dilahirkan, Agama Suci ini memerintahkan aku untuk menghormati ibu bapa. Kalau tidak, akan diseksa di neraka katanya. Tapi, aku tidak meminta untuk dilahirkan, dan kenapa aku akan diseksa jika aku tidak meminta untuk dilahirkan? Adakah Tuhan itu kejam? Aku yakin Tuhan tidak kejam.

Aku dilahirkan sebagai Islamis. Dan aku masih menganut Agama Suci ini. Tapi aku tidak meminta kepada Tuhan atau ibu bapaku untuk dilahirkan. Aku ada rakan. Rakan aku tidak islam. Rakan aku tidak meminta untuk dilahirkan atas muka bumi ini. Tapi dia dilahirkan sebagai bukan Islam. Adakah dia akan diseksa di neraka kerana dia tidak islam? Tapi dia sama dengan aku, tidak meminta untuk dilahirkan di alam ini. Adalah Tuhan itu kejam? Aku yakin Tuhan tidak kejam.

Aku ada rakan yang menganut Agama Suci ini. Mereka jahat, perogol, merompak, penzina, berbuat jahat, tidak solat, tidak puasa, tidak berzakat. Dan aku juga ada rakan yang tidak menganut Agama Suci ini. Tapi dia baik, selalu menolong kaum mustad’afin, selalu berbuat baik kepada rakan-rakan, selalu menghormati wanita dan orang tua-tua. Tapi, adakah kawan aku yang menganut Agama Suci ini akan masuk syurga (akhirnya selepas direndam dalam neraka), tapi rakan aku yang tidak menganut agama Suci ini akan direndam dalam api neraka selama-lamanya? Adakah hanya dengan sebab mengucap dua kalimah syahadah rakan-rakanku yang Islami ini akan masuk syurga? Dan manakala rakanku yang tidak Islam ini masuk neraka selama-lamanya kerana tidak mengucap dua kalimah syahadah? Adakah tuhan itu kejam? Aku yakin tuhan tidak kejam.

Comments

  1. dajjal juga tidak diminta supaya dilahirkan didunia ini.. apatah lagi dilahirkan menjadi musuh Allah.. tetapi beliau harus/mesti/wajib juga muncul di akhir zaman untuk dibunuh oleh nabi isa..

    ReplyDelete

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan