Berfikir Berdialog

Berfikir


Kalau dulu, aku di sekolah, aku diajar Pendidikan Agama Islam (PAI). Dalam silibus tingkatan 3, 4, atau 5 (aku tak ingat), ada perihal berfikir. Dalam tu tulis, berfikir ada batasan. Aku ikut ketika itu. Dan masa tu aku tak berfikir perkara pelik-pelik.

Tapi sekarang...

Sekarang aku dah besar bak kata orang tua-tua. Mencari ilmu bukan sahaja di dalam sistem persekolahan. Bila aku hidup di luar ni, baru aku dapat banyak lagi ilmu yang pelik-pelik, yang hebat-hebat. Aku kagum.

Dan dari itu, aku terfikir, kenapa berfikir perlu dihadkan? Macam mana ada peng-had-an berfikir? Aku tak tahulah dari mana silibus subjek PAI tu ambil. Tapi dari segi positive thinking, 'had berfikir' yang aku belajar tu sesuai waktu umur aku tu. Mungkin ada pihak yang takut beri pengetahuan yang pelik-pelik masa umur pelajar sebegitu. Aku sokong itu. Nanti tak pasal-pasal pulak ada yang mereng sebab berfikir benda-benda pelik.


Aku suka membaca. Aku baca banyak buku, tapi tak banyak mana pun. Aku buat kajian empirikal. surf sana, surf sini. Banyak beli buku-buku. Akhirnya, macam-macam aliran pemikiran dah masuk dalam otak aku ni.

Bagi aku, tak salah kita nak berfikir apa pun. Berfikir membuatkan kita maju, maju kehadapan; bukan maju ke belakang. Orang yang berfikir itu, walaupun hasilnya salah, masih jauh lebih baik daripada orang yang tidak pernah salah dan tak pernah mahu berfikir. Dan ramai pihak yang masih takut dengan pemikiran bebas. Orang yang takut berfikiran bebas itu ditimpa oleh ketakutan dan keraguan akan kepura-puraanya yang sudah tidak terlihat. Dia ragu-ragu untuk berkata bahawa ada suatu fikiran yang dia benamkan di bawah sedarnya. Fikiran yang dibenamkan ini dia larang untuk muncul dalam kesedarannya. Padahal dengan berfikiran bebas manusia akan lebih banyak tahu akan dirinya sendiri dan kemanusiaan

Mungkin akan ada orang yang mengemukakan bahaya dari berfikiran bebas iaitu orang yang berfikiran bebas cenderung untuk menjadi athies. Betul ke? Orang yang tidak berfikir pun boleh menjadi athies. Lebih baik menjadi athies yang berfikiran bebas daripada tak berfikir langsung.

Berfikir bukanlah jalan yang paling absolute. Berfikir memang ada batasnya, tapi siapa yang tahu batas-batas itu? Batas itu akan diketahui bila otak kita sudah sampai di sana dan percubaan-percubaan untuk menembusnya menemui kegagalan. Otak tidak akan melampaui batas kekuatannya. Berilah otak kebebasan berfikir, kerana otak sendirilah yang tahu keterbatasan berfikir itu.

Dalam novel Amerika Karya Ridhwan Saidi a.k.a BinFilem, beliau menulis:
"Sewaktu aku pergi Indonesia dulu, Yogyakarta, ada seorang pakcik ni, pakai serban semua – tabligh ya, jual kitab. Dan dalam banyak-banyak kitab dan buku tu, ada buku pasal ateis. Betapa konfidennya dia. Kalau dah kukuh buat apa goyah? Orang goyah aje yang gelabah. kita baca, kita terima semua info atau ilmu, lepas tu kita sendiri saring mana pakai, mana buang".
Ada rakanku menegurku,
"kita boleh bagi pandangan, tapi pandangan biar berbatas atas dasar berbicara dan pertukaran ideologi, tapi kalau pandangan itu membawa manusia ke arah mencabar hukum Allah dan menghalakan yang haram (tanpa disedari), kan itu kejam namanya".
Jawapan aku mudah. "sebab tu kita kena berfikir". Salahkah kita berfikir. Apakah Tuhan itu takut terhadap akal yang diciptakan oleh Tuhan itu sendiri? Tuhan itu ada bukan untuk tidak difikirkan 'adanya'. Tuhan bersifat wujud bukan untuk kebal dari sorotan kritik. Sesungguhnya orang yang mengakui berTuhan, tapi menolak berfikir secara bebas bererti menghina rasional kewujudan Tuhan. Dia menghina Tuhan kerana kepercayaannya hanya sekadar kepura-puraan yang tersembunyi.

Masalah orang bertuhan ialah menyalahkan orang yang bertanya mengenai soalan yang salah. Kalau ada hasrat untuk memikirkan itu kemudiannya menyatakan bahawa hasrat itu terlarang dan salah. Inilah masalah orang berTuhan. Contoh mudah aku bagi:
Perkara A dinyatakan salah umpamanya. Dan setiap pertanyaan dalam fikiran kita, akan ada kemungkinan tidak salahnya perkara A, terus dianggap salah. jadi bukan hanya perkara A yang dianggap salah, tapi orang yang bertanya tentang si A juga. 
Sumber ilmu adalah Quran dan Wahyu. Akal itu adalah alat untuk memahami ilmu.

Berdialog


Kita takut berfikir sebab kita yakin kita sudah ada priority yang betul dan kebal daripada kelemahan. Masalah utama rakyat sekarang ialah mereka beranggapan mereka betul dengan sebetul-betulnya. Mereka takut berdialog dengan orang yang tidak sealiran pemikiran dengan mereka. Mereka hanya tahu mereka saja yang betul dan absolute. Ini masalah besar dalam ummah sekarang. 

Mereka takut diracuni pemikiran yang tidak sealiran dengan mereka. Mereka pengecut!. Sepatutnya untuk stimulasi akal kita dan juga untuk mencari kebenaran, kita kena berdialog dengan orang yang tidak sealiran dengan kita. Barulah akan menimbulkan tanda tanya dan kita akan dapat jawapan yang absolute. Kalau hanya duduk berbincang dalam puak-puak yang sealiran dengan kita saja, itu masalah.

Kita cabar si Athies untuk berdialog dengan Umat Islam, kita cabar Yahudi untuk berdebat dengan kita, tapi kita sendiri tak boleh cabar orang Islam untuk berdiskusi dengan kita. Kenapa? Sebab kita takut. Kita takut dipengaruhi pemikiran. Kenapa? Sebab kita goyah dengan daya berfikir kita sendiri. Kenapa? Sebab kita tak berfikiran bebas.

Petikan dari blog Ustaz Wan Ji:

"kita tidak perlu memaksa orang lain menerima pandangan kita. Begitu juga orang lain tidak boleh memaksa kita menerima pandangan mereka. Pun begitu, kita diberikan akal yang sehat. Oleh itu, nilailah dengan hati yang dingin, tanpa sentimen dan kejumudan" - Al-Bakistani

Dan ini adalah dialog Ustaz Wan Ji dengan Pak Khalid Jaafar, juga dari blognya:
Al-Bakistani: Apakah perlu mempunyai kaedah dalam berfikir? 
Pak Khalid Jaafar: Kaedah kalam terbatas, kaedah falsafah tak terbatas. 
Al-Bakistani: Maksudnya? 
Pak Khalid Jaafar: Kalam ikut kaedah pembelaan. membela kebenaran dengan menggunakan akal. falsafah mencari kebenaran dengan akal. bagi kalam kebenaran telah ditemui. bagi falsafah, kebenaran belum ditemui sepenuhnya. kebenaran itu lebih besar dari apa yang telah ditemui sebelumnya. 
Al-Bakistani: Bukankah berkaedah berfikir menyebabkan ketiadaan kebebasan berfikir? 
Pak Khalid Jaafar: Sebab itu, ada ahli falsafah menulis buku yang mengkritik kaedah berfikir.
Post kali ini aku ambil dan edit dari: blog ustaz wan ji, novel Amerika karya Ridhwan Saidi, dan buku Pergolakan Pemikiran Islam; catatan harian Ahmad Wahib. Sekian.

Comments