Berfikir dengan kiritis

Berfikir


Berfikir itu adalah perkara berat untuk dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Suci ini. Adakah kita layak untuk memikirkan segala perkara? Adakah kita layak untuk berteologi? Ya, layak. Sebab tu ada nabi yang berfikir siapa Tuhannya. kita dikurniakan akal. Sebab tu kita kena gunakan akal semaksimum mungkin. Belajar, bukan satu aliran sahaja (aku dah sebut di post-post yang lepas), tapi kena belajar semua aliran untuk kita mencari aliran yang paling absolute. 

Ada had berfikir?


Siapa yang menghadkan berfikir? Adakah Tuhan menghadkan berfikir? Adakah Nabi? Rasul? Tabiin? Atau ulama-ulama?
~Yang aku jumpa had berfikir just dalam buku Pendidikan Islam Tingkatan 5. Tapi, adakah buku itu muktabar?

Disiplin ilmu?


Ya, aku masih berpegang dengan disiplin ilmu. tapi siapa yang mengsistemkan disiplin ilmu itu? Itupun ada masalah. Sebab tu tak salah kita untuk bertanya kepada pengembala kambing perihal kereta kebal (misalnya).

~ Ada hujah-hujah aku yang panjang dalam disiplin ilmu ini.

Ilmu Mantiq dan Maqasid Syariah masih lemah dikalangan orang-orang berTuhan di Malaysia ini. Dan pendidikan di Malaysia masih tidak menerapkan sifat-sifat keterbukaan dan kebebasan berfikir. Berlainan dengan Pondok Modern Gontor, yang menerapkannya. Islam itu bukan sekadar ritual semata-mata. Tapi menyeluruh, Sebab tu Ibn Khaldun mengkaji ilmu mantiq daripada Aristotle. 

Ada orang marah aku, kritik aku, dan kata aku ini saja ingin membuat provokasi dalam maya ni. Tapi sebenarnya aku ingin mengekspresikan apa yang terfikir di benak fikiran ku ini. Supaya orang-orang yangg berTuhan ini berfikir juga. "Tuhan ada bukan untuk difikirkan tiada-Nya". Sebab itu adanya ilmu Usuluddin. 


Menafsir?


Adakah kitab berhak menafsir? Ya, kita berhak. Nabi Muhammad sendiri tidak pernah menafsir al-Quran. tapi tafsiran dibuat oleh sahabat2 dan ulama2 salaf dan khalaf.

~ ada kisah menarik dlm bab tafsiran ini, tapi panjang aku nak cerita.

Kita menafsir bukan ikut kepala kita. tapi tafsiran kita berdasarkan apa yang kita belajar dan berdasarkan pengalaman kita sendiri. Sebab itu aku tekanan bahawa kita kena belajar pelbagai aliran untuk mencari aliran yang paling absolute.


Di sini aku sarankan membaca buku Pergolakan Pemikiran Islam: Catatan Harian Ahmad Wahib. Itu adalah antara buku mengubah hidup aku. Bak kata Ustaz Wan Ji “buku ni pengubah hidup ana. Dulu ana malaikat, sekarang ana kurang sikit malaikatnya”

Comments