Berandal; membunuh budaya timur

photo credit to screenrant
First for all, aku tak reti sangat nak buat review untuk filem. Selalunya aku boleh buat review untuk buku, tapi tu pun aku tak tulis. Tapi kali ni aku nak la buat sikit. Tak banyak.

Review filem, orang boleh taip sesuka hati mereka kalau nak review dari segi plot dan jalan cerita. Tapi kalau tulis dari segi 'mesej yang disampaikan', bukan semua orang akan temu benda yang sama. Kadang-kadang review tulis mesej lain, tapi kita dapat mesej lain. Moralnya, bukan semua orang dapat mesej yang sama. 

Tapi kali ni aku nak lebihkan dari segi plot. Sebab mesej, tak semestinya kita akan dapat mesej tu bila kita usai tonton filem tu, mungkin makan masa yang lama sehingga berbulan-bulan di atas empirikal kita sendiri.

Aku dah tonton filem The Raid: Berandal. Filem tu tak la segempak The Raid Redemption.

Satu saja aku tak minat dengan filem tu. Filem tu membunuh budaya timur!

Ya, memang pengarah di orang putih, Gareth Evans. Tapi ada satu scene yang telah melacurkan filem timur ini.

Kalau kita lihat Redemption, di permulaan cerita, Iko Uwais (watak utama) ada bersembahyang. kita boleh anggap dia muslim. Tapi bila masuk Berandal, (2 jam lepas Redemption dan 2 tahun kemudian), ada scene yang tak sepatutnya. Dah la massa mengenali Iko itu sebagai pesilat. Nanti ada yang beranggapa bahawa budaya silat telah musnah, walaupun The Raid ini tak tunjuk yg Iko itu pesilat. Aku sebagai pesilat, kesal la juga dengan scene tu.

Kalau nak dikaitakan dengan Merantau, filem tu tak seteruk Berandal walaupun ada scenes yang tak sepatutnya yang membunuh unsur-unsur ketimuran itu. Tapi Berandal ini teruk sangat.

Dari segi plot, aku tertarik dengan watak antagonist ada expert senjata; kayu baseball, tukul, dan lawi ayam. Expert tukul ialah perempuan, satu watak yang menarik bila kita kaitkan dengan perempuan dengan pembunuhan kejam. kenapa? sebab masih kurang perempuan yang menjadi pembunuh upahan (dalam filem). Berandal ni dah macam cannibal dah aku nengok. Ngeri.

Dari segi choreography, tahniah kepada Iko Uwais dan Yayan Ruhian sebab dapat arahkan dengan baik teknik bergaduh.

Dan macam biasa, sama macam Redemption, pada klimaks cerita, heronya tidak berlawan dengan sang ketua. dia berlawan dengan org kanan ketua. Logik. Sebab selalunya ketua tak tahu berlawan pun, tapi cuma pandai mengurus.

Keseluruhan, cerita ini logik. Dan aku tak jumpa lagi di mana yang tak logik buat masa ini. Tapi ada orang cakap, "Dia berlawan guna gaya sama". Jawapan aku; The Raid ini menggambarkan pergaduhan dalam situasi sebenar. Jadinya buat apa kita guna teknik yang berlainan untuk berlawan? Guna teknik sama saja la, sebabnya kita nak tumpaskan musuh, bukannya nak tunjuk bakat.

Mesej yang aku dapat dari Berandal; dalam polis pun ada korupsi, tak mustahil. Dan nak hapuskan, perlu tumpaskan orang diatas (warga polis) yang bersekongkol dengan org jahat.


Comments