Bila aku mempersoalkan "kenapalah aku lahir di malaysia", ada saja orang datang bash.
Anda semua baca buku-buku kroni sajakah?
Follow media arus perdana sajakah?
Baca buku2 klisé sajakah?
Bila anda baca buku2 kiri?
Baca buku-buku yg telah di ban oleh KDN?
Buku-buku rare?
Baca zine-zine?
Secara analogi, lihatlah Kuala Lumpur
Lihat pembangunan di KL.
tapi anda tidak melihat apa yang masyarakat minoriti di KL itu rasakan.
Masih banyak gelandangan & anak-anak di jalanan.
Aku bercakap atas pihak kiri dan pihak minoriti.
Ya, kalau ikut 'bersyukur', apa saja yang boleh disyukuri di Malaysia?
Orang kata "bersyukurlah".
Ya. Memang kita kena bersyukur.
Tapi ingat,
dalam kita bersyukur,
masih ramai kaum yang tak pernah rasa pun erti nikmat syukur itu.
Kamu membash aku. Kamu kritik aku.
Ya
Aku kiri
Aku radikal
Aku skeptis
Aku anarkis
Tapi aku membaca karya kiri
Dan juga karya kanan
Aku baca karya-karya yang telah di-ban
Aku baca karya-karya kroni
Aku baca juga karya-karya yg bukan kronisme.
Aku baca buku radikal juga.
Dan dari apa yang aku baca dan dari kajian empirikal aku,
aku hanya boleh persoalkan "adakah Malaysia ini negara harmoni?"
Owh, belajar tanpa guru, sesat?
Aku tak berpegang dengan perkara itu.
(Aku dah update dlm blog).
Bila aku persoalkan "kenapa aku dilahirkan di Malaysia",
Aku dicemuh
Aku disuruh lahir di negara-negara mundur
Tapi mereka tidak beri contoh negara-negara maju.
Kenapa?
Itu biasa,
Malaysian.
Aku diminta menghindari faktor politik negara di atas persoalan aku.
Tapi di Malaysia, POLITIKlah undang-undang tertinggi Negara.
Malaysian.
Pada dasarnya
aku bersuara untuk masyarakat minoriti.
Tapi aku tahu, minoriti kena ada haraki yang kuat untuk jadi majoriti.
Minoriti akan salah bila bersuara kerana adanya pihak mijoriti.
Tak apa, malaysian
Klise.
Tak apa, malaysian.
Owh lupa, "bersyukurlah wahai Naim".
Comments
Post a Comment
komen dan kritikan amat digalakkan