Ada tak anda berfikir perkara yang paling fundamental mengenai sesuatu peraturan yang digubal. Perkara paling asal ialah; mengapa peraturan itu dicipta?
Pertama; adakah untuk mencari sumber kewangan dengan hasil denda daripada si fulan yang melanggar peraturan?
Kedua; adalah untuk menyedarkan si pesalah bahawa perkara itu mengakibatkan keadaan menjadi tidak tenteram?
Ketiga; adakah untuk memberi ruang kepada hak-hak orang lain dengan hak yang saksama dan adil? (contoh: kita bawa kereta 120km/j. Tapi signboard tulis hanya 60km/j sahaja yang dibenarkan. Dan pengguna jalan raya lain merasa bahawa hak-hak mereka dilanggar kerana mereka menggunakan jalan raya yang sama)
Yang manakah falsafah sesuatu peraturan itu dicipta? Mengapa sesebuah undang-undang wujud?
Ok. Di sini aku nak persoalkan satu persatu.
Pertama; adakah dengan mengenakan denda ini, pelajar akan menjadi ‘manusia’? TOLONG jangan spin point. Point aku ialah “dengan peraturan ini, adakah dapat menjadikan manusia itu ada sifat manusiawi?”. Aku bukannnya nakkan “kalau tak nak kena denda, jangan buat salah”.
Kedua; Kalau pesalah itu melanggar peraturan yang ditetapkan, tapi tidak menyebabkan keadaan atau masyarakat tidak tenteram, adakah peraturan itu relevan dilaksanakan? Dan adakah pesalah itu layak dihukum kerana itu adalah sebuah ‘peraturan’, tetapi tidak menyusahkan masyarakat lain dan diri pesalah sendiri?
Ketiga; bagaimanakah kalau pesalah ini tidak melanggar hak orang lain ketika dia membuat satu kesalahan di atas nama ‘peraturan’ dan ‘undang-undang’?
Jadinya yang manakah tujuan perciptaan sesuatu peraturan atau undang-undang?
Mengikut tafsiran aku, peraturan yang dicipta itu ialah peraturan yang dapat memasukkan nilai manusiawi itu di dalam diri Homo Sapiens. Jika tidak? Maka peraturan itu perlu digubal dan mencari ijtihad baru.
Peraturan juga dicipta kerana jika pesalah itu membuat satu kesalahan, dan kesalahan itu akan terkesan kepada dirinya sendiri dan masyarakat. Tapi, untuk ini, masyarakat perlu didahulukan jika kita melihat dari sudut Human Rights. Kalau human rights, manusia ini berhak membuat sesuatu perkara yang dia suka asalkan tidak menyusahkan orang lain.
Tapi jika kita lihat dari sudut islamik, adanya ‘dilarang memudaratkan diri sendiri’.
Dua perkara ini (human rights dan islamik), perlu ada satu perkara yang kukuh untuk menggubal sesuatu peraturan. Maka, dengan itu, sesuatu peraturan perlu digubal jika kesalahan itu betul-betul terkesan atas diri dan masyarakat.
Jika kita lihat dari sudut sosialis dan massa, adanya sistem ‘majoriti dan minoriti’. Jika dalam massa tersebut majoriti yang jika melanggar peraturan itu menjadi mudarat, maka perlunya peraturan itu diteruskan. Jika tidak, peraturan dan hukuman itu perlu digubal.
Plato pernah berkata, “kita menolak semua undang-undang daripada diwartakan sebagai undang-undang yang benar dan adil, kecuali jika ianya mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua masyarakat”.
Jadinya, falsafah adil itu untuk siapa? Adakah untuk pemerintah? Atau untuk yang diperintah? Ramai yang kurang faham dan tersilap mengenai ‘adil’. ‘Adil’ ialah; meletakkan sesuatu perkara di tempatnya. Contohnya; mak aku beli baju kurung untuk aku dan adik aku untuk berlaku adil. Adakah itu adil? Tidak. Adil jika begini; mak aku beli baju Melayu untuk aku dan baju kurung untuk adik aku.
Jadi, apakah tujuan wujudnya undang-undang dan peraturan?

Comments
Post a Comment
komen dan kritikan amat digalakkan