Projek Pencerahan: Disiplin Sekolah Membunuh Pelajar



Pada 1 Jun 2014 lepas, ‘kami’ ada mengadakan satu diskusi pencerahan. Kalau ikut tajuk dalam Facebook aku, aku tulis PROJEK PENCERAHAN: DISIPLIN SEKOLAH ‘MEMBUNUH’ PELAJAR.

Sebenarnya perbincangan ini dilakukan oleh sebab ada pihak-pihak konservatif berperang dengan pihak-pihak radikal dalam Facebook pada 27-28 Mei 2014 lebih kurang. Masa tu Facebook kami sangat hot. Disertai kaum-kaum radikal yang lain menentang kaum konservatif yang membackup tatacara disiplin sekolah SMK Jengka Pusat.

Masa tu penuh notification dengan komen dan status yang kontroversi dari pihak radikal. Dengan cikgu-cikgu pun masuk campur. Dan kami yakin, cikgu-cikgu ada pasang spy untuk status Facebook kami, dan mereka (cikgu) berbincang pula di dalam group Whatsapp mereka.

Lebih kurang 2-3 hari kami berperang di dalam virtual, maka salah seorang rakan kami, komrad Taufik memberi saranan untuk kita berbincang secara face to face pada 1 Jun 2014. Jadi ia lebih mudah kerana kami dapat ‘membahan’ dengan terang.

Jadi tibalah masa untuk kami berdiskusi.

Bila semua orang sudah berkumpul, pertamanya aku melihat rakan-rakan aku yang hadir. Aku secara peribadinya tidak gemar dengan situasi sedemikian, yang mana hanya satu pihak saja yang hadir (aku di pihak radikal). Mana pihak konservatif? Padahal diskusi ni sudah diheboh kecoh di dalam Facebook dan WeChat. Jadinya, aku tidak berasa seronok. Kerana hanya ada satu aliran saja yang hadir untuk berdiskusi. Ketika berdiskusi, hanya ada saranan, tapi kami tidak terima apa-apa bantahan dari peserta.

Kami memulakan diskusi dengan pencerahan apakah yang dilakukan oleh pihak SMKJP (Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat) ketika ini. Komrad Adnin; mewakili pelajar Tingkatan 6 Atas SMKJP menyatakan apakah masalah yang dialami oleh sekolah sekarang.

Beliau menegaskan bahawa perkara paling tidak masuk akal ialah denda sebanyak RM10 untuk kesalahan-kesalahan tertentu. Beliau sangat tidak setuju kerana tidak semua rakyat di SMKJP itu kaya-raya untuk membayar denda sebanyak itu. Beliau juga menegaskan bahawa jangan dicop pelajar yang seperti kami, bila kami bersuara, kami dianggap kurang ajar dengan cikgu.

Selepas komrad Adnin menyatakan masalah-masalah di SMKJP, komrad Taufik Hafeez pula memberi saranan dan cadangan untuk memperbetulkan keadaan di SMKJP. Beliau adalah alumli SMKJP yang kini menuntut di UiTM Pahang (Kampus Khazanah Alam).

Komrad Taufik secara peribadinya tidak kisah mengenai denda RM10 itu. Tetapi beliau menekankan perihal badan pengawas di SMKJP. Sepatutnya pengawas dapat mengubah perkara ini, barulah pihak pentadbiran akan mengubahnya. Bila pengawas ok dan dapat sepakat, maka tidak akan menjadi kucar kacir seperti ini. Bagi beliau, untuk mengubah sistem sedia ada ini, perlunya provokasi. Di sini aku tidak dijelaskan bahawa provokasi yang bagaimana; sama ada provok idea atau provok fizikal. Tapi yang penting beliau kata, provok. Dan beliau juga percaya kaedah ‘majoriti dan monoriti’. Bila pihak manoriti menjadi majoriti, sistem dapat diubah dengan mudah. Beliau berkata, sebenarnya bukan alumli yang uruskan masalah ini, tapi kena pelajar semasa sendiri. Kerana itu lebih mudah.

Pendapat aku…


Peraturan dicipta bukan untuk diikut dengan membuta tuli. Peraturan dicipta untuk memberi kesan positif kepada masyarakat. Ok aku beri contoh (ringkas) dulu;

Perlembagaan, kalau nak digubal, mesti di dewan parlimen. Rang undang-undang mesti diperdebatkan dahulu di Dewan. Dan akhirnya 2/3 ahli parlimen yang setuju, barulah dilaksanakan.

Kalau satu peraturan itu dicipta mengikut orang atasan sahaja tanpa memberitahu hak-hak rakyat atau masyarakat, peraturan itu mesti digubal kembali. Peraturan mestilah diberitahu dahulu kepada rakyat.

Jadi isu ini di dalam masyarakat sekolah. Peraturan dicipta untuk membina kesan positif kepada murid dan menyuntik nilai-nilai sivik kepada para pelajar. Tapi jika nilai itu tidak boleh diterapkan dalam peraturan itu, maka perlu diubahnya, perlu mencari ijtihad lain untuk membanteras masalah murid itu.

Berkenaan denda RM10 itu, pointnya bukanlah ‘kalau tak nak kena denda, maka jangan buat salah’.

Itu bukan point aku. Point aku ialah, ‘adakah dengan denda semacam itu, pelajar akan lebih manusia dan akan berubah?’. Kalau tak boleh mengubahnya, maka perlu cari ijtihad lain untuk mengenakan denda. Dan satu lagi, tidakkah kalau denda RM10 ini akan menaikkan agi marah pelajar?

Seterusnya, semasa kami berdebat di dalam facebook, ada cikgu yang masuk campur dalam tu dan menyatakan bahawa “sedangkan Imam Syafie menghormati gurunya”.
Pendapat aku mengatakan bahawa siapakah guru Imam Syafie itu? Gurunya sangat bagus dan baik. Dan lagi itu di zamannya dan itu gurunya. Itu zaman dahulu. Tak semua perkara kita boleh berijtihad dengan situasi zaman dahulu. Kita kena ada ijtihad baru. Ibn ‘Arabi; seorang ahli sufi agung, pernah menegur gurunya secara direct.

Kita ada satu kaedah yang boleh diguna pakai kini, iaitu membuat masalah yang kecil untuk mengelakkan masalah yang lebih besar berlaku. Kini di sekolah ada masalah besar, kami pihak radikal ini memprovok masalah ini di alam maya untuk memberi pencerahan kepada penduduk bumi akan masalah yang berlaku di sekolah itu. Kami membuat masalah ini untuk mengelakkan masalah yang lebih besar; yang mana masalah itu akan terkena tempias kepada masyarakat di SMKJP itu sendiri.

Bagi yang memprotect SMKJP di dalam Facebook semasa kami tengah debat dalam tu, aku tidak menyangkal bahawa dengan pembelajaran di situlah aku dapat melanjutkan pengajian. Tapi aku menekankan bahawa itu sistem tahun 2012, kini tahun berapa sudah? Seperti yang aku katakan, kena ada ijtihad baru di situasi yang baru. Aku mengkritik sistem dan guru-guru, bukannya aku lupa jasa yang guru beri kepada aku. Jelas, kami pihak minoriti, bangkit untuk membuat satu revolusi di sekolah itu. Kami nakkan keselesaan kepada masyarakat di SMKJP itu walaupun sesetengah daripada kami telah menjadi alumnai.

Aku bukanlah menolak hukuman disiplin dan undang-undang. Hukuman perlu ada, tapi bukannya sebagai memberatkan pelajar, tapi mengajar pelajar. Tidak mudah untuk melihat dari dua sudut ini, yang mana hukuman yang memberatkan pelajar, dan yang mana hukuman mengajar pelajar. Tapi aku tekankan bahawa denda RM10 ini sesuatu yang tidak logik. RM10 ini dimasukkan ke dalam tabung surau. Kalau ikut ijtihad Ustaz Azhar Idrus (UAI), tidak boleh mengambil duit pelajar dan masukkan ke dalam tabung surau.

"kita menolak undang-undang adan peraturan yang adil, sehingga peraturan itu dibuat untuk kebaikan masyarakat" - Plato

~video diskusi aku tak upload lagi, nanti aku upload.

Comments