BETTER NEVER THAN LATE or BETTER LATE THAN NEVER?
Ada pepatah mengatakan bahawa ‘better late than never’. Tapi mengikut kajian empirikal aku buat, kebanyakan cikgu (termasuk lecturer dan tenaga pengajar lain) menggunakan ‘better never than late’.
Beberapa kali sudah aku terlewat ke kelas. Lewat 10 minit, kadang-kadang lewat satu jam pun ada. Sebab tak sedar daripada tidur. Letih.
Logos kali ini ialah aku tak faham sama ada cikgu-cikgu ni berpegang kepada frasa yang mana satu. Bila pelajar lewat ke kelas, guru kunci pintu. Guru marah. Mereka kata “baik awak tak payah datang, dah lewat dah ni”.
Actually aku tak faham apa yang cikgu nak dalam soal ini. Ya, tidak dinafikan bahawa mereka nak pelajar mereka datang awal. Tapi, tapi kalau pelajar tu ada masalah yang perlu diselesaikan dahulu, macam mana? Ada kecemasan ke. Terlewat bangun ke. Terlupa ada kelas ke. Pelajar itu juga manusia, bukannya android.
Pelajar bukannya bodoh pergi datang lewat ke kelas. Mereka pun ada otak. Tapi dalam hal ni, mereka lewat pun, mereka tetap datang. Sebagai pelajar, mereka juga ada sifat responsibility dalam diri mereka. Tapi oleh sebab mereka menafsirkan bahawa masalah yang menimpa mereka tu lebih besar berbanding datang ke kelas, maka mereka lewat datang kelas. Ada yang tiba-tiba dapat kecemasan. Itu tak dapat dielakkan. Ada yang memang tak sedar dari tidur. Dah kalau tidur, mana nak sedar apa-apa kecuali fizikal diganggu atau dapat mimpi buruk atau sistem biologi suruh bangun.
Dalam hal ini, guru boleh memberi amaran kepada pelajar, dan boleh menghukum pelajar seperti sapu sampah dalam kelas dan lain-lain. Boleh juga denda dengan menyanyi di hadapan kelas, dengan bertujuan menghiburkan pelajar lain dan juga sedikit sebanyak akan memberi kesan malu dan pelajar itu tak nak buat lagi.
Tapi, aku amat tidak bersetuju jika seseorang guru menghalau terus pelajarnya dari masuk ke kelas kerana terlewat. Apa tujuan pelajar datang kalau kamu (guru) halau mereka? Kamu tak fikir bahawa mereka datang tu dengan satu tanggungjawab juga, walaupun mereka datang lambat? Point aku di sini bukannya ‘kalau tak nak kena halau, datang awal’, tapi point aku ialah kenapa perlu halau pelajar jika mereka lewat?
Ada guru yang beritahu aku “saya akan halau awak kalau awak datang kelas lewat. Kerana awak akan interrupt p&p dalam kelas ni. Dan saya tak akan jadi watak utama lagi dalam kelas kerana semua pelajar, termasuk saya akan tertumpu pada awak seorang”.
Cikgu, alasan cikgu bagi tu tak kukuh. Ya, tak nafi bahawa pelajar yang lewat akan mengganggu sedikit proses p&p yang dijalankan. Tapi perlu ingat, berapa minit saja yang mereka akan ganggu? Apa yang salahnya kalau mereka ganggu sikit masa cikgu?
Jarang sangat pelajar yang sengaja lewat datang ke kelas melainkan ada masalah. Guru, sebagai pendidik sepatutnya mencurahkan ilmu kepada pelajar. Tapi dalam bab ini, mengapa guru berpegang dengan better never than late?
Tapi timbul lagi satu masalah, kalau ‘never than late’ pun, nanti next class pun, lecturer tu tanya balik “kenapa awak tak datang kelas saya”. Kalau kita jawab “better never than late”, insya-Allah akan kena maki walaupun lecturer tu sendiri yang mengamalkannya. Yang tu pun aku tak mengerti.
Kepada guru, kami datang kelas, bukan nak main. Tolonglah, kamu sebagai guru, tak nampak ke keadaan yang mana ‘pelajar datang lewat, tapi dia tetap datang?’.
TAK NAK TERIMA ALASAN
Ni lagi satu masalah. Ada guru yang memang tak dapat terima alasan kalau pelajar datang lewat ke kelas. Macam ni cikgu tu selalu cakap “saya tak nak dengar apa-apa alasan”.
Aku hairan. Pelik. Pelik lagi sekali. Kenapa perlu tak dengar alasan daripada pelajar? Pelajar ada sebab mengapa mereka datang lewat. Bayangkan kalau pelajar itu ada perkara kecemasan ketika itu, berkaitan dengan keluarga contohnya, dan bila dia masuk lewat ke kelas, guru pun maki dia. Maki punya maki, lepas tu cakap “saya tak terima apa-apa alasan”.
Kami bukan nak minta simpati supaya jangan demerit. Tapi kami nak cikgu tahu bahawa kami juga manusia. Manusia tidak akan lari dari masalah.
Sedangkan, kalau dalam agama Islam sendiri, kita dibolehkan tidak berpuasa. Alasannya? Datang haid, sakit, musafir, dan sebagainya. Dan itu adalah alasan untuk kita tidak berpuasa. Adakah ia diterima oleh syariat? Ya. Alasan diterima oleh syariat. Maka dengan itu, alasan amat penting untuk diperdengarkan untuk diuji dan diduga.
Yang guru boleh buat ialah; kalau pelajar tu bagi alasan bodoh, tu yang boleh maki. Alasan pelajar pun kadang-kadang tak kukuh. Lagi satu kadang-kadang tak logik pun.
Tapi apa-apa pun, yang penting JANGAN HALAU PELAJAR DARI KELAS KERANA MEREKA DATANG KELAS DENGAN SATU TANGGUNGJAWAB NAK BELAJAR!
Comments
Post a Comment
komen dan kritikan amat digalakkan