photo credit to blogger |
Setelah menelaah sekian lama Perempuan Nan Bercinta (PNB) karya Faisal Tehrani (FT), maka khatamlah sudah karyanya aku baca.
Bila sudah khatam, aku google 'review perempuan nan bercinta'. Aku baca review. Rata-rata yang memberi komen (selain di GoodReads), memuji karyanya tanpa diskriminasi terhadap keSYIAHan bukunya.
Review tu dah lama, yang aku pasti bukan review yang dikeluarkan selepas pengharaman PNB oleh JAKIM. Aku cari review yang selepas pengharaman, tapi tak ada banyak.
Ok macam ni la, lepas aku baca, aku fikir benda paling asas, "kat mana yang haramnya buku ni?".
Rata-rata yang komen di review blog-blog, semuanya hentam FT secara mengkhinzir buta. Ada jugak yang tak baca pun, tapi ijtihad atas JAKIM.
~ sebab tu aku tak baca kat GoodReads, sbb lagi banyak yang menghentam.
Mcm ni la. Isu yang dalam PNB tu, bila aku listkan dalam kertas kajang A4, aku dapat listkan sebanyak 63 isu lebih kurang yang diutarakan dalam PNB. Seriuslly aku tak baca bodoh saja PNB ni. Kalau aku nak paste isu tu kat sini, boleh, tapi bukan semua orang yang baca akan dapat isu yang sama dan nanti orang yang tak baca tu akan salah faham.
Dalam reviews yang aku nengok dalam blog, semuanya banyak berkisar mengenai plot da teknik menulis. Tapi aku lebih kepada pengisian.
Dan yang komen dan hentam FT tu pulak, banyaknya yang dah lari tajuk dari isu yang diutarakan dalam PNB ni.
Aku bukan nak buat review kat sini, sebab kalau aku buat review, panjang sgt. Nasihat aku, kalau nak bash orang, bash atas apa yang dia buat masa tu je. Bukan pesongkan topik ke arah lain. Contohnya mudah;
Supardi seorang atheis. Tapi dia baik. Lepas tu dia pukul orang. Lepas tu massa menyalahkan Supardi sebab Supardi ni seorang atheis, tapi bukan sebab Supardi ni pukul orang.
Maksudnya, kalau nak bash FT dalam PNB ni, bash apa tang dituliskan je. Bukannya bawa kepada luar yang Syiah bagai tu.
Aku baca PNB, aku ada akal, aku tahu apa yg FT nak sampaikan, insyaAllah. Perlu ingat bahawa hermeunetik Homo Sapiens ni berlainan. Jadinya, baca dulu PBN ni, baru boleh cakap.
Tapi aku hormati kritikan Ustaz Aizam Mas'ud di JAKIM berkenaan PNB ini. Tapi terus terang, aku masih boleh mempersoalkan kritikannya.
Aku ni orang yang skeptis, jadinya aku ambil jalan yang aku rasa selesa, jadinya aku baca PNB dulu, dan aku boleh rumuskan.
Totally aku tak ada masalah dgn PNB. Apa yang JAKIM cakap tu, langsung tak masuk dalam PNB ni. Sebab tu la kan, hermeneutik masing-masing.
Cumanya ada dua-tiga persoalan yang aku anggap pelik dan aku perlu kaji kembali isu yang diutarakan dlm PNB ni.
Ada frasa menarik pada bab last PNB;
Sunni dan Syiah saling melengkapi. Terdapat pertanyaan yang tidak dapat dijawab Ahli Sunah Waljamaah telah dijawab oleh Syiah dengan jayanya, dan kekurangan Syiah pula ditampung oleh Ahli sunah Waljamaah
Siapa yang berdekatan aku, yang rasa nak rasai 'kehebatan Syiah' (?) dalam PNB ni boleh terus tanya aku face-to-face. Kalau nak buat bedah buku, aku akui, aku hanya ada sedikit pemikiran FT.
Masalah PNB ini berkaitan dengan 'agama yang diinstitusikan'. Boleh baca dalam post aku yang lepas-lepas.
~ Syiah kata mereka pemegang kebenaran, Sunni kata mereka pemegang kebenaran. Habis tu, siapa pemegang kebenaran? Baca dulu, baru bahas.
Comments
Post a Comment
komen dan kritikan amat digalakkan