Ada satu cerita yang di ceritakan kepada aku. Ceritanya begini;
Pada zaman Sahabat (atau zaman nabi, aku tidak pasti), ada seseorang orang tua yang mengambil wuduk. Tetapi wuduknya salah atau tidak sempurna. Dan pada orang tua itu mengambil wuduk, ada seorang anak muda terlihat orang itu berwuduk yang tidak sempurna itu. Lalu anak muda itu pun mengambil wuduk di sebelah orang tua itu dengan sempurna, dengan niat dia hendak menunjukkan wuduk yang betul kepada orang tua tersebut.
Pengajaran dari cerita ini ialah; anak muda tidak boleh menegur direct orang tua. Kerana itulah anak muda dalam kisah tadi itu tidak menegur “pakcik, salah wuduk pakcik tu”.
aku tidak tahu kisah ini benar atau tidak. Dan di sini bukan aku hendak sangkal kisah ini. Tetapi aku ingin membuat satu hermeneutik mengenai kisah ini.
Begini,
Kita kena melihat situasi bagaimana situasi ketika itu dan kita kena lihat siapa orang muda itu dan siapa orang tua itu. Kisah yang diceritakan kepada aku ini tidak detail.
Ok, begini. Bukan semua kisah kita boleh ambil secara mengkhinzir buta. Kita kena lihat juga situasi pada ketika itu.
Aku bukan tidak hormat kepada orang tua. Tapi kalau fikirkan logik; kenapa kita perlu hormat orang tua semata-mata dia dilahirkan awal berbanding kita? Bagaimana pula dengan kalau dia dilahirkan awal, tetapi dia penagih dadah? Adakah dia layak dihormati?
Ok kejap. Pembetulan. ‘dihormati’ di sini dikecilkan skop. Bukannya dihormati sebagai manusia yang aku cakapkan ini. Tapi lebih kepada; dihormati atas dasar apa yang dia telah lakukan.
Ok sambung. Kita hormat orang tua, atas sebab nilai-nilai yang ada pada dia. Kalau orang tu haprak, buat apa kita nak hormat?
Orang tua bukan pemegang kebenaran. Jangan kita jadikan bahawa orang tua itu memonopoli kebenaran. Kebenaran adalah hak manusia sejagat. Tiada mana-mana manusia yang memegang kebenaran absolute.
Aku nak katakan bahawa orang tua tidak selalu benar. kini manusia tidak lagi berani mencabar status quo atau mencabar pentadbiran. Bukan tertentu bagi pihak universiti sahaja, tapi pelosok negara juga. Mereka beranggapan bahawa orang tua itu selalu benar.
Bukan semua orang tua itu tidak boleh kita sentuh status quo mereka. Ada yang peru tegur secara direct. Ada yang perlu tegur secara sarcasm. Ada yang perlu tegur secara kias.
Kita kena lihat di situasi yang berlaku. Kita kena lihat siapa orang tua yang kita tegur itu.
Kalau aku, aku sering kali bermain dalam skop akademik dan ahli demokrat. Jika dalam skop ini, orang tua yang memegang status quo mereka itu, aku akan tegur direct, ada juga secara sarcasm. Tetapi banyak yang aku buat secara direct.
Aku buat begini kerana aku percaya; jika mereka ini ahli akademik atau demokrat, maka mereka perlu berfikiran bahawa demokrat tidak sesekali memasukkan nilai emosi di dalam perdebatan mereka.
Jika begitu; mereka perlu berdebat dengan hujah mereka untuk mematahkan hujah si lawan. Bukannya patahkan hujah dengan “saya lebih tua dari kau, saya lebih banyak pengalaman”.
Pengalaman boleh dikongsi, tapi pengalaman tidak boleh dirasai tanpa dicari. Kalau orang tua berkata begitu, maka aku menjawab; tidak semestinya pengalaman yang kamu dapat itu baik untuk aku, mungkin hanya baik untuk kamu sahaja.
Terus terang aku katakan, aku mengamalkan kebebasan akademik. Aku akan menentang status quo para demokrat. Kalau kamu nak menentang aku kembali, aku terima tentangan itu, tetapi tidak semestinya aku akan lakukan apa yang kamu tentang itu.
Hak kamu ialah memberi aku nasihat. Hak kamu ialah menentang perbuatan aku. Hak kamu ialah mengkritik aku. Tapi ingat, aku ada hak. Hak aku ialah menggunapakainya atau tidak tentangan kamu itu.
Apa yang kamu katakan itu, kamu mungkin fikir baik untuk kamu. Tapi aku tidak semestinya fikir ia baik untuk aku. Idea kamu berbeza dengan idea aku. Kamu kena ingat bahawa; sejak bila kita dilahirkan untuk melakukan perkara yang sama?
Tapi betullah kata Johnny Depp “saya lakukan apa yang saya fikir baik untuk saya, tapi malangnya saya akan dilabel”
Aku tidak menggunapakai pujangga “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Aku percaya bahawa bukan semua orang jahat itu jahat sehingga mati. Dan vice versa.
Bukan semua guru itu benar. bukan semua buku itu benar. bukan semua ibu bapa itu benar. bukan semua lecturer itu benar. bukan semua orang tua itu benar.
Tegur orang tua bukannya bermaksud kita kurang ajar. Tapi tegur untuk menambahbaikkan. Kita tegur pakcik tepi jalan, mungkin kita tegur secara; kita buat apa yang betul kerana dia salah. Kerana itu pakcik, hanya pakcik biasa. Bukan ahli akademik atau demokrat.
Tapi kalau menegur ahli demokrat, tidak semua akan terima teguran, malah akan memaki kita kerana menegur walau kita tegur secara sarcasm sekalipun. Kerana; akademia mana yang akan menjatuhkan status quo mereka?
Tegur ada cara. Tegur ada tempat. Tegur bergantung pada situasi.

Orang tua dan teguran

Cerita yg tuan tulis ni cerita betul... Secara detailnya, 2 orang pemuda nampak seorang tua wudhuk kurang sempurna. 2 orang pemuda tu ialah Hasan dan Husin, cucu Rasullullah SAW. Diorang berdua nampak org tua tu salah, tapi diorang tak tau macamana nak tegur. Bila dapat ilham, diorang berdua pura-pura berselisih (berbeza pendapat) depan org tua tu, berselisih tentang antara diorang dua siapa yang paling sempurna wudhu. Diorang berdua jumpa org tua tu mintak orang tua tu jadi hakim, tentukan siapa antara diorang berdua yang paling sempurna wudhu. Bila dah wudhu orang tua tu sendiri sedar diri yang dia punya wudhu yang tak sempurna. Wallahu alam..
ReplyDeleteDisituasi mana pun bila kita menegur biarlah berhikmah samada terhadap orang yang lebih tua maupun teman sebaya. Tujuan menegur untuk membetulkan bukan mengaibkan. Terutama terhadap orang yang lebih tua, menegur jangan sampai kita hilang hormat kepadanya.
ReplyDelete