Uncategorized

aku-kau

Ada satu hari tu aku lepak minum-minum dengan Fatin di cafe PMS ni. Dia ada cerita kepada aku mengenai membahasakan pakwe-makwe dengan panggilan aku-kau.
Dan semalam jugaklah aku teringat nak update pasal benda ni. Lama dah aku nak update. Tapi tak ingat.
Teringat puisi dari Usman Awang; Melayu Bangsaku Tercinta. baitnya ada menyebut 

“melayu itu kaya falsafah, kias kata bidal pusaka, akar budi bersulamkan daya, gedung akal laut bicara”. 

Melayu ini ada pelbagai ganti nama diri seperti; tuan, aku, kau, baginda, patik, beta, tuanku, anda, kamu, saya, awak.
Di sini aku nak ceritakan mengenai pros dan conts.
Pros: Melayu ini sangat tinggi nilai & falsafah bahasanya. Tinggi nilai estetiknya. Mereka sangat kaya bahasa. Mereka sangat menjaga adat dan adab. Melayu itu tidak sesekali meletakkan orang di bawah telapak kaki. Mereka ada variasi kata ganti nama diri yang dianggap unik dan dapat membezakan darjat dan keturunan seseorang. Dan kalau kita (contoh) membahasakan saya-awak, tidak semena-mena perasaan kita akan berubah untuk menghormatinya, bersalahan dengan panggilan aku-kau.
Conts: Melayu itu diperhambakan. Kita lihat orang Eropah, mereka berbual dengan ibu ayah pun menggunakan I-you sahaja. Waima dengan raja sekalipun, mereka menggunakan I-you, dan kadang-kadang menggunakan ‘My Lord’. Melayu telah meletakkan diri sendiri di tahap yang rendah. Melayu mengamalkan sistem pengkastaan.
Entah. Itu hanya idea aku suatu ketika dahulu. Terpulang nak terima atau tidak.