Melayu jangan sentuh raja




Saja bosan-bosan, belek-belek Facebook lepas balik training tadi. Pastu terlihat post dari fanpage Kelab Che Det.

Admin seperti agak marah dgn satu forum ni. Dan komen-komen di post tu pun mmg tak menyokong forum ini.

Aku pelik.

Pastu Prof. Madya Dr. Shamrahayu tu pulak ada tarik diri.

Aku 19. Aku tahu apa yg aku buat. Maybe aku betul, atau aku salah.

Wan Ji, Syahredzan Johan, tu bukan sosok yang bangang. Tu yang cerdik pandai. Wan Ji tu lulusan Pakistan. Syahredzan tu peguam. Bukan senang-senanng nak memperkotak-katikkan raja.

Bagi aku, forum-forum ni mesti dibuat sebab kita dapat tahu apa masalah-masalahnya.

Forum, bukannya ada satu pendapat saja dalam forum tu. Pelbagai pendapat akan diutarakan. Sama ada menentang, atau memperjuangkan tajuk forum tu.

Adakah raja tidak boleh disentuh? Adakah sistem Malaysia ini monarki? Di mana demokrasi?
Sejak bila Islam melarang kita menyentuh raja?
Sejak bila Islam melarang kita menyentuh melayu?
Sejak bila islam melarang kita menyentuh Islam?

Ok lah aku masukkan sikit bab kitab thurath. Dalam Munyatul Musholli, sebuah kitab membicarakan bab solat, pengarang, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatoni ada menulis juga perihal pentadbiran negara. Kenapa? Dalam kitab solat pun ada nasihat kepada raja? Nak tahu, tallaqi kitab tu.

Quote menarik dlm filem Trancendence "manusia hanya takut apa yang dia tak tahu". Maksudnya perlu buat dulu sesuatu itu baru kita tahu hasilnya, dan dari situ kita nmpak hasilnya yang absolute.

Aku sokong sepenuhnya forum-forum dan tajuk-tajuk sebegini diangkat. Dibuat. Didebat. Diuji.

Melayu sgt rigid.
Melayu sgt taksub dgn raja.
Melayu sgt taksub dgn bangsa.
Melayu sgt taksub dgn Islam.
Melayu itu narsisistik.

Islam katanya tidak boleh disentuh. Lepas tu kalau non-muslim tanya critical question, macam mana Melayu ni nka jawab?

Aku bukan nak jatuhkan raja, aku bukan nak jatuhkan Melayu, aku bukan nak jatuhkan Islam. Tapi, 'kalau kita tidak dapat berfikir sebaliknya, bagaimana nak kuatkan side yang satu lagi? Contohnya "bagaimana seseorang itu disuruh yakin bahawa Tuhan itu wujud sedangkan orang itu tidak dibenarkan memikirkan tidak wujudnya Tuhan itu?"

Fikirlah Wahai bangsaku tercinta.

Comments