kredit to facebook |
Semalam saja bosan-bosan, lepas tu aku belek-belek la Facebook lepas balik training tadi. Lepas tu terlihat post dari fanpage Kelab Che Det.
Admin seperti agak marah dengan satu forum ni. Dan komen-komen di post tu pun memang tak menyokong forum ini.
Aku pelik.
Dan pula Prof. Madya Dr. Shamrahayu tu pulak ada tarik diri pulak tu.
Forum ni telah dibatalkan awal lagi. Tapi aku bukan masalah dengan pembatalan forum semacam ini, tapinya aku merasakan bahawa forum macam ni lah yang patut diangkat.
Aku 19. Aku tahu apa yang aku buat. Mungkin aku betul, atau aku salah.
Wan Ji, Syahredzan Johan, itu bukan sosok insan yang bangang. Mereka itu yang cerdik pandai. Wan Ji tu lulusan Pakistan. Syahredzan tu peguam. Bukan senang-senang mereka nak memperkotak-katikkan raja.
Bagi aku, forum-forum ni mesti dibuat sebab kita dapat tahu apa masalah-masalahnya.
Forum, bukannya ada satu pendapat saja dalam forum tu. Pelbagai pendapat akan diutarakan. Sama ada menentang, atau memperjuangkan tajuk forum tu. Dalam forum tu la kita nak hentam sesiapa. Hentam dengan hujah. Hujah mesti dibalas hujah. Kalau kamu marah dengan forum sebegini, bagaimana rakyat nak tahu apa rasionalnya forum ini tidak dapat dijalankan?
Adakah raja tidak boleh disentuh? Adakah sistem Malaysia ini monarki? Di mana demokrasi?
Sejak bila Islam melarang kita menyentuh raja?
Sejak bila Islam melarang kita menyentuh melayu?
Sejak bila islam melarang kita menyentuh Islam?
Ok lah aku masukkan sikit bab kitab thurath. Dalam Munyatul Musholli, sebuah kitab membicarakan bab solat, pengarang, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatoni ada menulis juga perihal pentadbiran negara. Kenapa? Dalam kitab solat pun ada nasihat kepada raja? Nak tahu, tallaqi kitab tu.
Quote menarik dalam filem Trancendence "manusia hanya takut apa yang dia tak tahu".
Maksudnya perlu buat dulu sesuatu itu baru kita tahu hasilnya, dan dari situ kita nmpak hasilnya yang absolute.
Aku sokong sepenuhnya forum-forum dan tajuk-tajuk sebegini diangkat. Dibuat. Didebat. Diuji. Walaupun dilaksanakan, kita manusia ada akal yang sihat. Kita boleh nilai sendiri ahli panel itu berkata apa. Ahli panel memberi pendapat mereka, dan pendapat itu tidak semestinya sama pendapat dengan kita. Jadinya, dengan akal yang waras, kita perlu dengar dulu apa yang diucapnya dan kita fikirkan apa yang betul dan salah atas apa hujah yang diutarakan.
Melayu sangat rigid.
Melayu sangat taksub dengan raja.
Melayu sangat taksub dengan bangsa.
Melayu sangat taksub dengan Islam.
Melayu itu narsisistik.
Islam katanya tidak boleh disentuh. Dan jika itu, kalau non-muslim tanya critical question, mcm mana melayu ni nak jawab? Nak harapkan wakil-wakil Tuhan sahaja? Nak harapkan pak lebai-pak lebai sahaja?
Aku bukan nak jatuhkan raja, aku bukan nak jatuhkan Melayu, aku bukan nak jatuhkan Islam. Tapi, 'kalau kita tidak dapat berfikir sebaliknya, bagaimana nak kuatkan side yang satu lagi?
Contohnya "bagaimana seseorang itu disuruh yakin bahawa Tuhan itu wujud sedangkan orang itu tidak dibenarkan memikirkan tidak wujudnya Tuhan itu?"
Fikirlah Wahai bangsaku tercinta.
Comments
Post a Comment
komen dan kritikan amat digalakkan