Tadi ada baca komen-komen di status FB rakan.
Ada yang komen "sekular selama-lamanya musuh Islam".
Biar aku terangkan di sini. 'Sekular' sebenarnya di Malaysia ini telah disalahertikan dan ditohmahkan dengan erti yang paling jijik sekali.
Sekular ini sebenarnya bermaksud pemikiran rasional. Itu saja. Di dalam ekonomi moden, kereta Proton Saga itu sebnarnya sekular. Kereta api, pen, kertas, kipas, handphone, lampu, semuanya sekular. Ianya lahir dari pemikiran dan fikrah manusia. Ia tidak lahir daripada wahyu. Jadi, sekali lagi, sekular itu product of thought (hasil pemikiran).
Kerana di Malaysia ini perbincangan 'apa itu Sekular dan apa itu Agama' tidak tuntas dan tidak ada ruang.
Jadi apa itu agama?
'Agama' itu adalah keyakinan. Agama itu tidak ilmiah. Agama itu tidak boleh diduga, tidak saintifik, tidak boleh dimasukkan di dalam makmal untuk diujikaji. Agama itu 'yakin dan tidak yakin', 'beliave or not believe'.
'Yakin' dan 'percaya' ialah dua perkara yang berbeza. Dalam kebanyakkan agama, kamu diajar untuk mempunyai keyakinan. Dan keyakinan ini mempunyai urutan-urutannya. Dan agama ini memiliki ritual-ritualnya.
Comments
Post a Comment
komen dan kritikan amat digalakkan