Filem: 99 Cahaya Di Langit Eropa

photo credit to kompas.com

Semalam baru habis tonton 99 CAHAYA DI LANGIT EROPA.

Filem ini mempunyai dua part. Part 1 mula ditayang pada 2013, manakala part 2 ditayang pada 2014. Aku tak nak cerita plot atau sinopsis cerita ini. Kau boleh google sendiri benda tu.

Cerita ni dipuji oleh Susilo Bambang. Ya, aku pun puji cerita ini. Indonesia berusaha untuk menaikkan martabat islam dimana islam itu rahmatan lil alamin.

Malaysia? Hantu, cinta, lawak, hantu, cinta, cinta, cinta, lawak. Tu je la modal yang ada.

Lihat Indonesia, lihat negaranya. Miskin, dan rakyatnya miskin. Tapi filemnya sangat kaya. Filem ini pun paling mahal pernah diterbitkan, rasanya 45 million Rupiah.

Bagaimana rakyat yang miskin, negara yang miskin, tapi dapat membuat filem yang begitu kaya dan 'kaya'?

'Kaya' itu dari segi nilainya. Filem ini menggambarkan Islam itu tidak menghukum. Memberitahu Islam itu menolak kasta. Islam itu bukan terroris.

Ya, tidak nafi ada kecatatan di dalamnya (filem ini). Di mana Rangga tidak menjawab soal kewujudan Tuhan kepada Stefan. Itu kalau dapat diperbaiki dengan analogi mudah, aku kira mungkin menarik lagi.

Ya, filem ini bukan sekadar membuatkan aku terbuka fikiran bahawa Islam itu indah dan sejak dari dulu lagi Islam itu amat kuat pengaruhnya. TAPI, hatiku juga menggeletar sebab filem ini sangat menusuk kalbu. Ya, aku hampir menitik air mata menontonnya. Aku tak malu memberitahu ini, sebab Islam is very beautiful.

Filem ini juga banyak menunjukkan perkara yang aku sendiri sebagai Muslim ini tak tahu.

Contohnya, semasa Hanum Salsabiela Rais (dilakonkan oleh Acha Septriasa) pergi ke museum bersama Marion, ada satu gambar dimana Ibu Maria (Siti Mariam) mendukung seorang bayi, Jesus (nabi Isa), di tudung Ibu Maria ketika itu terdapat kalimah Laa Ilaaha Ilallah.

Dan banyak lagi perkara yang aku tak tahu, dan dapat tahu benda yang bermanfaat daripada filem itu.

Hei Malaysia, kau bila lagi?

Comments