photo credit to humanrightsfilmfestival |
Setahun aku di sini. Di sini jauh dengan bandar besar. Panggung Wayang (pawagam) paling dekat dengan sini rasanya di Segamat. Tapi rasanya budak-budak sini nengok wayang di Kuantan sebab Kuantan bandar besar.
Jadi inisiatif yang diambil oleh pihak tertentu di sini, mereka menayangkan 'wayang pacak'. Menggunakan dewan utama atau dewan kuliah untuk menayangkan filem-filem. Bagus idea tu. Pelajar-pelajar di sini pun kadang-kadang ada yang boring, jadi dalam seminggu tu, paling kurang aku perasan, ada satu tayangan filem.
Aku bukan nak kutuk, tapi sampai bila? Sampai bila kita nak tonton filem-filem biasa? Ya, bukan semua orang boleh terima satu perkara yang sama. Ada orang suka tonton filem kelakar, ada orang suka tonton filem seram, dan sebagainya.
Tapi, sebagai intelektual muda, pelajar universiti, perlu ada sifat untuk meningkatkan kecerdikan itu. Mahasiswa adalah harapan negara, bukannya satu anak kecil yang hanya inginkan result 4.0 dalam exam semata.
kata-kata klise, "beri aku 10 pemuda, nescaya menggongcang dunia". Bosan dah dengar quotes ni kan? Tapi fikir balik, anak muda, bagi aku perlulah progresif, tambah-tambah lagi seorang mahasiswa.
Kau tonton Maleficent, adakah kau makin cerdik? Kau tonton Big Hero 6, adakalah kau mampu melawa hegemoni?Kau tonton Annabelle, adakah kau dapat mengubah idea dari satu idea ke satu idea yang lain? Kau tonton Ustaz Mu Tunggu Aku Datang, adakah kau dapat menarik seorang atheis memeluk Islam?
Aku tak ingat bila aku pergi ke satu forum di Dewan Cina, Jalan Maharajalela, Fauzi Naem mengeluarkan satu quotes yang memang deep, "bila kita minat baca novel, you have TO PUSH your estetic. Estetik bermaksud kajian tentang kesenian.. Kalau kita tak push kita punya estetik, kita sampai bila-bila kita akan baca Cik Romantik novel".
Begitu juga dengan filem. Dalam buku Mohd Faizal Musa bertajuk Sebongkah Batu Di Kuala Berang, ada menyatakan jenis 'audiens aktif' dalam tontonan filem;
- Escapism - Khalayak yang menonton bagi menjauhkan diri daripada rutin ataupun masalah peribadi.
- Moviegoer - Menjadikan filem sebagai satu bentuk hubungan. Media ini menjadi seperti kawan buat mereka.
- Identiti peribadi - Menjadikan filem atau media sebagai model, mereka mahu meniru dan menjadikan apa-apa yang didapati daripada filem itu sebagai panduan atau pedoman.
- Surveillance - Menjadi sumber keperluan untuk mengetahui perkara sebenar.
Faisal Tehrani, Sebongkah Batu Di Kuala Berang, PTS, Batu Caves, 2013.
Kalau mengikut FT di atas, sampai bila kau nak jadi no.1 dan no.2? At least kau kena jadi nombor 3. Sepatutnya sebagai intelektual, kau PERLU jadi no.4 !!!.
Aku tidak menyuruh kau menjadi pemikir (thinker), tapi sekadar intelektual yang berfikir dan mencerahkan.
Aku sering bertanya kepada rakan-rakan aku, "lepas kau tonton filem tu, apa yang kau dapat?"
Kebanyakkan mereka jawab, "nothing. Just happy."
"Apa pandangan kau terhadap filem sekian sekian?"
"Hurmm, best".
"Takrifkan best itu."
"Errr, entah."
"Ok, kenapa filem tu best."
"Gila kau tak best! Ada tembak-tembak, letup-letup, pelakon dia dah la macho, heroin dia pulak cute gila, body solid. Filem tu perang macam nak kiamat dah, tapi hero dia tak mengalah, sempat lagi dia lawan orang jahat tu walaupun hero tu dah kena tembak kat kaki. Dasyat woo!!!"
"-_-".
See? Itulah respon kebayakkan manusia yang aku temuduga. Tak mudah nak jumpa mahasiswa yang mengambil nilai dari sebuah filem.
Saranan.
Kita tonton filem-filem yang memberi impak terhadap pemikiran. Kita cabar akal untuk menerima filem-filem yang berat. Kita usaha akal ini untuk cabar balik, kritik, respon idea dari filem tersebut.
Bagi yang mudah, boleh mulakan dengan rating di IMdB. Pergi ke 250 top film. Di sini aku ambil di tangga 50 teratas;
- The Shawshank Redemption (1994) 9.2
- The Godfather (1972) 9.2
- The Godfather: Part II (1974) 9.0
- The Dark Knight (2008) 8.9
- Pulp Fiction (1994) 8.9
- The Good, the Bad and the Ugly (1966) 8.9
- 12 Angry Men (1957) 8.9
- Schindler's List (1993) 8.9
- The Lord of the Rings: The Return of the King (2003) 8.9
- Fight Club (1999) 8.8
- The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring (2001) 8.8
- Star Wars: Episode V - The Empire Strikes Back (1980) 8.8
- Inception (2010) 8.7
- Forrest Gump (1994) 8.7
- One Flew Over the Cuckoo's Nest (1975) 8.7
- The Lord of the Rings: The Two Towers (2002) 8.7
- Interstellar (2014) 8.7
- Goodfellas (1990) 8.7
- The Matrix (1999) 8.7
- Star Wars: Episode IV - A New Hope (1977) 8.7
- Seven Samurai (1954) 8.7
- City of God (2002) 8.7
- Se7en (1995) 8.6
- The Usual Suspects (1995) 8.6
- The Silence of the Lambs (1991) 8.6
- It's a Wonderful Life (1946) 8.6
- Once Upon a Time in the West (1968) 8.6
- Léon: The Professional (1994) 8.6
- Life Is Beautiful (1997) 8.6
- Casablanca (1942) 8.6
- Raiders of the Lost Ark (1981) 8.5
- American History X (1998) 8.5
- Saving Private Ryan (1998) 8.5
- Psycho (1960) 8.5
- City Lights (1931) 8.5
- Spirited Away (2001) 8.5
- Rear Window (1954) 8.5
- The Intouchables (2011) 8.5
- Modern Times (1936) 8.5
- Terminator 2: Judgment Day (1991) 8.5
- Memento (2000) 8.5
- The Green Mile (1999) 8.5
- The Pianist (2002) 8.5
- Sunset Blvd. (1950) 8.5
- The Departed (2006) 8.5
- Apocalypse Now (1979) 8.5
- Dr. Strangelove or: How I Learned to Stop Worrying and Love the Bomb (1964) 8.5
- Gladiator (2000) 8.5
- Back to the Future (1985) 8.5
- Alien (1979)
Kau percaya tak, kau tanya manusia dalam IPT kau, kau boleh kira berapa manusia je yang tonton filem ranking pertama dunia, The Shawshank Redemption?.
50 top ranking ini, ya, filem lama. Tapi, pemikiran dan idea filem tersebut tak akan lupus. Ia ibarat sebuah buku yang tidak padam isi dan tintanya.
Kalau nak ekstrim sikit, tubuhkan satu persatuan, tak perlu formal. Cuma, lepas tayangan, kepada yang berminat, perlu menghantar kritikan dan pandangan esei bertulis, dan dia akan menerima saguhati. Dan kritikan itu boleh diabadikan di perpustakaan IPT.
Aku tahu, anda akan bertanya, "manusia mana yang rajin sangat nak buat kerja ni?".
Tapi ingat, kau tonton filem buat apa?
Aku pun tonton Maharajalawak Mega, aku tonton Mamak Cupcakes. Aku bukan nak bash siapa yang tonton filem-filem yang tidak intelektual (?) sebegitu, tapi seperti yang aku cuit tadi, "sampai bila kau nak baca Cik Romantik novel?".
Kau tak perlu mulakan dengan filem-filem arahan Christoper Nolan, kau tak perlu tonton filem tulisan Chuck Palahniuk. Aku pun tak berapa kenal pengarah dan penulis skrip filem yang memang kualiti kerja mereka tahap dewa. Kau cuma perlu up sikit kau punya akal untuk menonton filem yang lebih bagus. Jadi, kau perlu mulakan dengan filem-filem ringan, tetapi isi dan isunya sedikit berat.
Itu antara sebab aku tak pergi join sekali wayang pacak kat sini. Bukan sebab jimat duit, tiket masuk just RM1 je. Tapi sebab filem-filem yang ditayangkan tidak membuatkan seseorang menjadi lebih cerdik.
sekian.
Naim Al-Kalantani
ceteknya pemikiran kalo kita terhadkan pilihan kita terhadap sesuatu perkara. apa mesti semua yg kita tonton itu perlu bersifat keilmuan. bodoh la manusia kalo ade satu sifat dan keinginan. sy setuju kita mesti menonton filem2 tersebut tapi janganlah sampai kita memperkecilkan filem2 picisan ni. mungkin tidak hebat dari jalan cerita atau seni grafik tapi manusia menonton atas dasar tarikan minat. mereka tonton nakkan hiburan gelak tawa atau rasa syahdu. apa masalahnya? terbuka atas kepelbagaian.
ReplyDelete