“Orang mengkaji agama paling suka bergaduh. Paling gemar melabel. Terlampau seronok mengkafirkan orang lain jika berbeza pendapat”
– Mohd Rosli Ibrahim, aktivis OKU.
– Mohd Rosli Ibrahim, aktivis OKU.
Menjadi viral mengenai aku mengupas isu Syiah di diskusi yang dianjurkan oleh kelab aku sendiri. Membawa malang kepada diriku sendiri. Rumors mengatakan aku dilucutkan jawatan dari memegang amanah sebagai pengerusi kelab.
Aku tak marah. Cuma agak terkilan. Dan memikirkan “I talk about some isme (baca:idelogi), and I was banned?”. I was surprise with that.
Jika benar sebagaimana yang aku fikirkan, maka terbuktilah bahawa posting di dinding Facebook aku dulu benar;
“Tulis fasal Syiah je, terus orang label penulis tu Syiah… Penulis di Malaysia ramai yang menulis mengenai sifat-sifat dan keperibadian wali-wali Allah. Dan kenapa kau tak label si penulis tu sebagai wali? Ramai penulis di Malaysia yang menulis mengenai nabi-nabi & sifatnya, dah kenapa kau tak label si penulis tu Nabi? Ramai penulis di Malaysia yang menulis mengenai sifat-sifat Allah. Dah kenapa kau tak label penulis tu sebagai Tuhan? Ya, kita bertanggungjawab apa yang kita tulis. Tapi tak semestinya kita berpegang dengan apa yang kita tulis”.
Kau boleh ubah status Facebook aku yang bertulisan ‘tulis’, ganti dengan ‘cakap’. It’s same. Buat apa aku marah jika apa yang aku fikirkan sebelum ini benar? Nampak tak aku boleh ramal masa depan? Kahkahkah. Terima kasih kepada yang telah membuktikan.
Aku ingin berasa megah dan meninggi diri seketika. Bukan sebab dapat ‘menyebarkan’ isme tertentu kepada massa. Tetapi disebabkan aku dilucutkan jawatan. Sebab? Sebab kalau kau dilucutkan jawatan dalam hal ini, maksudnya kau its very powerful mind. Kau yang bukan public figure ini pun dikatakan dapat mempengaruhi orang lain. Ini satu pujian.
Kita manusia ni, takut dengan apa yang kita tak tahu saja. Kalau kita tahu benda tu, semuanya tiada masalah. Kau sebagai Sunni sendiri pun kadang-kadang ada perkara dari tradisi Sunni sendiri kau tak tahu. Masalah sekarang kau tak tahu pun bagaimana Syiahisme tu, kau terus condemned. Maka dari tu, kau diletakkan dalam kelompok captive mind.
Captive mind (minda tertawan) ini jika dibelek dalam buku Minda Tertawan karya Yang Mulia Raja Ahmad Aminullah (baca: Pak Engku), beliau telah menukilkan satu ayat sarkastik dalam karyanya itu. Aku mencuit sedikit ayatnya;
“… nampaknya ide yang implisit dalam kenyataan tersebut adalah seperti berikut; sekiranya kita tidak setuju dengan seseorang maka kita harus secara habis-habisan bertentangan atau berseberang dengannya. Kita tidak boleh berada dalam majlis yang sama, apatah lagi mengiktiraf sumbangan seseorang yang dianggap berlainan sudut pandang dengan kita. Seterusnya sekira kita bersetuju dengan seseorang maka kita harus menyetujui semua sudut pandangan. Keputusan dan tindakannya. Bagi orang-orang yang berada dalam kolam atau lubuk kelompok atau pertubuhan maupun kandang politik dan takungan pemikiran yang sehala atau uni-demensional, mungkin perkara itu wajar. Tetapi sebagai seniman atau budayawan yang indiepandent apatah lagi mereka menganggap diri mereka sebagai rausyanfikir, sikap seperti itu bukan saja tidak munasabah tetapi mengjengkelkan”[1]
Sebenarnya tidak aneh untuk kita tidak boleh menemui ‘aliran’ berbeza dalam sesebuah institusi atau kelompok. Kerana aliran yang berbeza ini dihalang oleh satu kuasa yang memegang autoriti. Autoriti yang berhak melakukan apa-apa pun. Dan bila mereka menghalang sesuatu perkara dari terjadi, ayat yang biasa aku dengar “kami tidak ingin ajaran menyeleweng”, “kami adalah fahaman yang paling benar”, “kami tidak mahu masyarakat diseleweng”, “menggugat keamanan”.
Sebenarnya jawapan itu tidaklah absolute. Kerana jika kita inginkan demokrasi, maka secara automatik kita perlukan debate. Semua wacana dan pemikiran perlu didebatkan di meja yang adil. Di meja yang tidak menggunakan sentimen dan perasaan takut menyelubungi hati kita. Perdebatan bukanlah untuk mencari gaduh dan masalah, tetapi perdebatan bertujuan untuk memberitahu idea yang sebenar. Itu ‘kau salah’ dan ‘aku benar’ bukan isunya. Tetapi itu yang paling penting ialah kau perlu tahu sejelas-jelasnya idea orang lain. Jika dalam talk selama satu jam kau dapat judge orang tu, tahniah aku ucapkan, kau telah menjadi wakil Tuhan yang paling mulia. (Baca dengan nada sarkastik).
Masa satu jam tidak cukup untuk kau melucutkan jawatan seseorang. Kerana seseorang itu mungkin tidak memberi penjelasan yang cukup ampuh. Kau perlu tahu dari mana sumber yang diucapkannya. Dari mana reference yang dicarinya. Dari mana berasal ideologinya.
Dia mungkin bukan seorang yang prolifik, dan mungkin bukan seorang yang berpengaruh. Sebab itu sumber itu penting. Mungkin dia sendiri tidak sempat memberitahu sumber yang dikutipnya.
Bayangkan kau dilucutkan jawatan tetapi kau tidak tahu kau dilucutkan jawatan. Aku sememangnya tidak kesah hal jawatan-jawatan ini. Bagaimana seseorang yang dilucutkan jawatan boleh tidak ada dalam mesyuarat sekali dengan ahli lain? Bagaimana mesyuarat rahsia dijana tanpa pihak tertuduh? Adalah ini demokrasi dan sistem yang paling adil kau pernah jumpa? Aku membayangkan begini tahu; seorang pesalah (tertuduh) dapat tahu yang sidang mahkamah telah memutuskan dia bersalah tetapi tertuduh tu tak pergi pun mahkamah untuk mendengar sidang tersebut. Nampak?
Aku mengkaji ideologi ini bukan satu dua bulan. Tetapi makan tahun. Seingat aku lebih dua tahun aku bergelumang dalam ‘pengkajian’ dan pembongkaran ideologi ini. Bukan sekadar satu ideologi, tetapi pelbagai lagi. Banyak manusia yang aku telah temu. Banyak bahan bacaan dari autoriti yang prolifik yang telah aku hadam. Banyak ragam yang telah aku atasi. Pelbagai perdebatan yang telah aku dengar dan kunyah. Sekadar melepaskan jawatan ini, tidaklah seberapa bagiku yang kerdil ini.
“Satu budaya yang bersifat spoon-feeding dari tadika ke universiti; yang tidak memandang penting critical discourse atau wacana kritis di kalangan mahasiswa. Sebaliknya yang penting adalah penggulungan apa yang diajarkan para guru dan pensyarah.”[2] Dari aku tadika, sampai aku masuk IPT, di tempat aku belajar, memang susah nak cari critical discourse. Pelajar takut nak buat. Salah satu sebabnya; kuasa autoriti melebihi kuasa segala-galanya. Maka dengan itu, intellectual atau critical discourse tadi perlu ditekankan untuk menghapuskan captive mind yang terdapat dalam kalangan masyarakat.
Ketika aku menghadiri Seminar Pemikiran Syed Hussein Alatas di UIA Kuantan, semasa sesi Q&A masa slot Prof. Syed Alatas, aku bertanya kepadanya soalan yang agak kontroversial. Tetapi soalan ini boleh hanya boleh difahami kalau kau baca makalah yang diedarkan. Aku share soalan dan jawapan di sini untuk membuktikan bahawa akademia sendiri tidak menghalang perdebatan intelektual:
“Saya mencuit sedikit dalam handout yang prof. bagi ini. Prof. menulis bahawa ‘captive mind’ itu bermaksud ‘menerima barat tanpa kritikan’. Soalan saya, mengapa barat? Adalah kita ingin menerima timur (Islam) itu tidak memerlukan kritikan? Atau sekadar terima tanpa kritikan? Adakah prof. cuba menyatakan bahawa Islam ini sangat sakral atau suci dari kritikan?”
Jawapan Prof. Syed Farid Alatas kepada soalan aku, tetapi bukan setepatnya perkataan ini, lebih kurang. Tetapi maksudnya sama;
“Bagus soalan awak. Tetapi Islam dari sudut aqidah telah fixed. Tetapi kalau bab mazhab, itu boleh didebatkan. Dan memerlukan kritikan atau debat”.
Panjang lagi beliau jawab soalan aku ni, tapi aku pendekkan saja la. Kau bukan nak baca pun. The point is – kau perlukan satu sisi lain untuk menguji kau benar atau salah. Kau tak boleh duduk dalam kelompok kau untuk kau mengatakan kau yang absolute truth. Kau perlu ada paradoks untuk menyatakan kau benar. Yang pihak satu lagi tu, kau tidak boleh cemuh dan keji dia kerana dia tidak sependapat dengan kau, tapi kau perlu uji dengan soal-jawab. If you’re alone talking to a rock, you be said “that guy mad”. If there are lot of you talking to a same rock, there will say “no, their pray”.
Mungkin tulisan ini akan dibaca oleh pihak atasan. Jangan salah anggap, aku bukan menulis untuk menggugat pihak-pihak tertentu. Aku ingin lagi belajar dalam IPT ini. Tulisan ini hanyalah untuk menyatakan pendapatku yang kerdil ini. Tulisan lawan tulisan. Tak perlu nak ugut bunuh, nak ugut buang pengajian ke apa. Lama aku tak tulis panjang macam ni, sebab aku tidak ‘ditekan’. Aku hanya boleh menulis panjang dengan idea yang mencurah-curah bila aku ditekan. Jadi terima kasihlah kepada pihak yang ‘menekan’ aku, kerana kau, bertambah lagi entry blog aku. Rupa-rupanya, membaca membenihkan kerinduan sendiri. Dan tidak membaca terasa seperti gagal bercinta di zaman remaja.[3]
Akhir sekali, aku ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat secara atau tidak langsung semasa aku memegang tampuk ‘pemerintahan’ kelab tersebut. Seikhlas hati, aku berterima kasih. Ucapan terima kasih ini bukan untuk memerli kalian, tapi aku bukanlah seorang jadong (jahat bodoh sombong[4]). Aku juga memiliki hati sebagai seorang manusia waras. Mungkin kita hanya berbeza pendapat dan kalian tidak dapat menerima aku kerana kalian berasa tergugat dengan pemikiranku. Mungkin aku (dengan nada megah) dapat menyatakan bahawa “selepas ini mungkin tiada lagi orang yang ‘sepertiku’”. ‘Sepertiku’ di sini kau boleh tafsirkan dengan hermeneutic kau sendiri, itu kau punya perspektif.
Sekian. Yang benar,
Mantan.
Comments
Post a Comment
komen dan kritikan amat digalakkan