Ceramah Ortodoks

Semalam aku pergi isyak di surau. Lambat dah masa tu aku pergi, 8:45pm baru pergi. Jadi aku rempit la pergi surau. Sampai je surau ingatkan tengah solat, rupanya ada ceramah lepas maghrib tadi tak habis lagi. 

Oleh kerana aku jarang dah kebelakanan ni dengar ceramah, jadi aku masuk je la surau tu. Di samping surau tu ada aircond, aku dengar la ceramahnya. 

Sebenarnya isi ceramah tu sama je. Semalam berkisar mengenai puasa gitu lah lebih kurang. 

Apa yang aku nk tekankan pada entry kali ini adalah mengenai silibus agama yang repeated macam bola sepak. Beguling ikut mana pun, akan jumpa sisi tu balik. 

Begitu juga dengan ustaz di tempat kita ni, ceramah bukan main seronok, ada kelakar-kelakar, bagus pandai tarik orang untuk datang ke surau dengar ceramah. 

Tapi isinya sama. Sama macam tahun lepas. Sama macam tahun-tahun sudah.

Contohnya bila bab puasa, perkara yang sama saja diceritakan. 

Pada aku, manusia ini berevolusi. Kita dari darjah 1, naik darjah 2 – kita akan belajar pelajaran mengikut silibus darjah 2, bukannya belajar lagi yang darjah 2. Naik je tingkatan, subjek-subjek baru akan diperkenalkan. Tapi kenapa kita tak boleh nak apply perkara ini dalam ceramah? 

Soal 'untuk mengingati diri' itu bagus. Tetapi kalau benda tu dah berulang 4-5 tahun, bila kita nak belajar benda baru? 

Islam ini luas pelajarannya. Aku bukan nak kondem ustaz yang mengajar, tetapi aku pun manusia. Bila aku pergi surau nak dengar ceramah, benda sama je padahal aku dengar. Dalam google pun ada cakap. Usaz hanya copy-paste saja pun ada. Baik aku duduk rumah study Google je. 

Kalau mengikut perkiraan; aku belajar di (sekolah) pondok hampir dua tahun. Lebih kurang. Di pondok yang aku belajar ini, sistem pembelajarannya terbahagi kepada 3 bahagi. 

1. Pembelajaran asas (kelas bawah)

Di mana pelajar yang tidak mengenali tulisan jawi, nak baca jawi, dan perkara-perkara basic dalam Islam. 

2. Pembelajaran sederhana (kelas menengah)

Di mana pelajar yang boleh membaca kitab thurath akan belajar di dalam kelompok ini. Kitab thurath yang khusus kepada kitab jawi dan tatabahasa arab. 

3. Pembelajaran atas (kelas tinggi)

Di mana pelajar akan belajar kitab arab. Kitab-kitab arab yang lazimnya adalah tidak menggunakan 'syarah'. Selalunya kitab induk yang belum 'dikacau' syarahannya. 

Pembahagian kelas sebegini adalah bagus kerana pelajar sendiri boleh mengikut kemampuannya untuk belajar. Ketiga-tiga kelas ini aku pernah hadir & lihat suasanannya. Pemilihan kelas ini tidak dipaksa oleh pihak pondok, sebaliknya jika kau telah rasa yang boleh 'bawa' kelas tersebut, kau layak berada dalam kelas tu. 

Apa yang cuba aku kaitkan di sini ialah alangkah baiknya jika situasi di pondok tadi menjadi asas sebagai ustaz yang berceramah di surau atau masjid. Cuba memperbaharui isu dan tajuk. Cuba untuk tidak mengulangi perkara yang sama.

Sebab tu la aku kadang-kadang malas nak dengar ceramah. Bukan sebab aku dah tahu semua benda yang penceramah akan cakap, tetapi aku manusia, bosan tu akan datang dengan sendiri. Nak tak nak pun aku mesti ada keinginan untuk tahu benda baru. 

Bab ustaz tu sendiri yang klasik pun masalah juga. Ustaz membaca kitab thurath itu bagus, tetapi perinciannya dan ulasannya terlalu klasik sehinggakan tidak relevan untuk diaplikasikan untuk masa kini. 

Contohnya ada ustaz yang berpegang dengan ketidakharaman rokok/ganja. Atas dasar kitab memberitahu perkara itu hukumnya harus. Ya, aku ada kitab tersebut di rumah aku. Aku membelinya, aku membacanya. Aku pernah debate dengan rakan-rakan ahli pondok yang lain. Kitab tu tajuk Bughyatul Tullab. Satu kitab dengan dua jilid di dalamnya. Dalam jilid yang kedua dinyatakan bab tembakau. 

Nak dijadikan cerita ada usaz yang masih berpegang dengan rokok itu harus berdasarkan hujah kitab tersebut. 

Tetapi kena ingat, dunia ini berevolusi. Rokok tu sendiri sekarang ada apa bahan dalam tu aku pun tak tahu dah makhluk apa lagi yang tidak tak letak dalam tu. Dan bagaimana ustaz boleh berhujah atas kitab sedangkan situasi sekarang amat berbeza? Rokok zaman dulu ye la tak ada cigarate, dulu pakai rokok daun. Pure punya tembakau. Sekarang? 

(Penafian: bab rokok di atas bukanlah menghukum rokok, aku ada persoalan lain jika kau beranggapan rokok itu halal, dan jika haram pun, aku ada persoalan lain juga. Isu yang dibangkitkan bukanlah mengenai rokok, tetapi mengenai tafsiran ustaz bila baca kitab klasik untuk dikaitkan dengan masa kini)

Anak-anak muda yang kau nampak duk dengar ceramah tu, yang majlis ceramah boleh cecah 500-1000 pendengar tu, aku berani kerat kuku mengatakan bahawa bukannya isinya best, tetapi tokoh yang memberi ceramah itu yang best. 

Kawan aku pernah chat aku dengan humors "kalau kita ni bercakap tak pandai, kita bagi petua untuk terbang pun orang tak nak dengar. Tapi kalau bercakap pandai, kita bercakap pasal ambil wuduk pun berapa ribu orang akan menuntut dengan kita".

Lihat saja dalam tv, ustaz selebriti yang dipilih mengikut rancangan tv tu. Kau ingat dia best sebab isi yang dia sampaikan ke? Tak. Dia best sebab penyampaiannya saja. Di akademi itu, (antaranya) kau diajar bagaimana untuk komunikasi, kau diajar bagaimana untuk kau attrack penonton.

Bila aku lihat pun di tv, benda yang disampaikannya sama saja. Bab hormat ibu bapa, bab solat kena jaga, bab puasa, bab zakat, bla bla bla. Last-last, ustaz tu je la yang betul, dan 'awak semua ni kena bertaubat. Kena buat baik. Tak boleh jadi jahat'. 

Konklusi


Isunya mudah, hanya perlu ditekankan lagi pemilihan tajuk untuk ceramah di masjid & surau. Bukan aku nak minta belajar Tahafut Al-Falasifah Imam Ghazali pun, tapi cukup sekadar orang kata "push yourself".

Comments