"Sesiapa yang ketika membeli buku, tidak berasa lebih nikmat daripada saat membelanjakan hartanya bagi membeli benda lain, atau tidak melebihi cita-cita para hartawan dalam membina bangunan, sesungguhnya dia belum mencinta ilmu. Perbelanjaannya tidak akan bermanfaat, sehingga dia lebih mengutamakan membeli buku. Sepertimana seorang Arab Badwi yang lebih mengutamakan susu untuk kudanya berbanding keluarganya. Hingga ia berharap memperoleh ilmu seperti halnya orang Arab tadi mengharapkan kudanya."
(Al-Jahiz, ulama dan pakar ilmu zoologi pertama dalam Islam)
"Sesiapa yang ketika membeli buku, tidak berasa lebih nikmat daripada saat membelanjakan hartanya bagi membeli benda lain, atau tidak melebihi cita-cita para hartawan dalam membina bangunan, sesungguhnya dia belum mencinta ilmu. Perbelanjaannya tidak akan bermanfaat, sehingga dia lebih mengutamakan membeli buku. Sepertimana seorang Arab Badwi yang lebih mengutamakan susu untuk kudanya berbanding keluarganya. Hingga ia berharap memperoleh ilmu seperti halnya orang Arab tadi mengharapkan kudanya."
Ijtima’ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tiap-tiap tahun amat ditunggu-tunggu oleh para penggila buku seluruh Malaysia. Tempat dimana sang penulis dan penggemar buku bermasturbasi tiap-tiap tahun sehingga mencapai klimaks.
Penulis dan pembaca – dari yang Sunni hingga Muktazilah; dari indie sampai geli-geli; dari tulisan agama sehingga tulisan lucah; dari nerd hingga hipster; dari penulis sampah hingga Sasterawan Negara; dari penulis selfie hingga penulis SCOPUS; dari marhaen hinggalah mantan Perdana Menteri; dari barat utara timur selatan; dari misterius hingga nak glamor; dari selebriti hingga pathetic; dari muda sampai tua; dari rebel hingga tawakkal; dari penulis babi hingga pemegang anak kunci syurga – semuanya berkampung di sini sehingga sesak.
Satu majlis ijtima’ yang sangat ditunggu-tunggu oleh bibliomaniac. Kalau boleh occupy di situ, tentulah para orang gila ini dah bawa backpack di sana.
PBAKL tahun ini sangat aneh. Berlangsung di MAEPS. Diulangi, PBAKL. KL? Dibuat di Serdang. Serdang? Selangor? Ok tak kisah lah di mana pun berlangsung pestanya, aku tetap akan hadir. Ada sesetangah pihak yang cakap kerajaan nak guna PWTC waktu PBA, jadi tak oleh guna PWTC la. Ada juga yang cakap sewa tapak di PWTC agak mahal. Tak tahu mana yang betul, tetapi tetap berlangsung di MAEPS.
Pro – MAEPS lebih luas kawasannya. Parking kereta lebih 6000 tempat. Hanya memerlukan tiga buah dewan (tak termasuk dewan D) yang digunakan untuk karnival yang prestij ini. Tidak memerlukan tangga untuk pergi ke reruai lain kerana dewannya hanya satu tingkat. Betul aku cakap, Nampak lebih lengang berbanding PWTC. Memang mudah untuk bergerak. (Teringat pula tahun lepas waktu Ismail Lepat datang, kebetulan pula aku kat situ, memang faktab gila waktu tu, aku kena kepung, tak boleh keluar terus.) Tak tahu sama ada lengang tu sebab tak ramai orang ataunya memang kawasan ni sangat besar.
Kontra – masalah utama apabila dibuat di MAEPS ialah bagaimana nak sampai situ dengan public transport? Bukan mudah untuk sampai sana dengan public. Kau kena redah KTM dan mengambil bas shuttle untuk ke sana. Kalau di PWTC, kau naik tren, dan memang kau turun betul-betul di PWTC. Tapi orang akan argue pula, PWTC tiada parking. Ya, memang tak ada parkir - tetapi kau boleh parkir di hentian tren yang lain, dan naik tren ke PWTC. Tu yang pertama. Yang kedua – MAEPS jauh dari pusat bandar utama. Jadi crowd tak jadi ramai, sebab susah nak datang. Kalau di PWTC memang di tengah bandar tu, orang mudah berulang alik. Walaupun MAEPS ada sediakan bas, tetapi agak leceh untuk kau naik bas sebenarnya.
Disini kisah bermula...
hasil tangkapan hari pertama |
hasil tangkapan hari kedua |
Aku ke PBAKL2016 hanya dua hari. 30 April dan 1hb Mei 2016 sahaja. Tahun lepas empat hari, tahun ni kebetulan aku sedang praktikal, jadi tak boleh nak berjimba sangat.
Preparation Day (sebelum pergi)
Tahun lepas aku bawa beg Tabung Haji 5KG yang boleh tarik tu. Aku dah tak hirau malu dah waktu tu, memang ada logo TH kat situ, tapi lantaklah aku tak menyusahkan orang pun. Aku belajar dari pengalaman. Dua tahun lepas aku sertai PBA, aku letih sangat sebab kena pegang plastic beg banyak saangat. Jadi solusi dia, 2015 lepas, aku beli satu luggage bag yang sederhana besar bertayar 4 untuk ke PBAKL2016. Pergh, awal lagi beli tu. Setahun sebelum. Aku beli kat Lazada, kebetulan murah. Beg ni bila aku cakap kat orang yang aku beli semata-mata nak pergi PBA, mereka kata aku gila. Tapi memang betul, ada orang lagi gila dari aku kat pesta tu. Macam-macam jenis beg kau akan jumpa. Dari sekecil-kecil beg sehingga sebesar-besar alam. Sebab mudah. Terima kasih Lazada!
Sebelum pergi, aku sudah aim bahawa aku ni hanya pergi maksimum tiga hari. Jadi aku tak boleh buang masa kat sana. Aku buka GoodReads, aku lihat di shelve want-to-buy yang aku create dalam tu. Aku copy semuanya, aku susun dalam Excel. Lepas tu aku print out. Nampak macam acah-acah kan? Tapi tak, benda tu sebenarnya aku ingat pun aku macam acah-acah je, tapi memang berguna gila, sampai lunyai kertas tu.
Dalam phone pula, di calendar aku senaraikan pada hari aku hadir tu, siapa akan ada. Cari dalam Facebook di page penerbit. Notification berbunyi satu jam sebelum penulis tu ada di reruai. Jadi aku tak la ketinggalan nanti. Pergi jumpa penulis atau tak pergi tu cerita lain, tetapi maklumat tu aku save dulu. Penuh calendar aku untuk dua-tiga hari tu. Ada yang penulis bertindan pula tu.
Sewaktu Kejadian
Pukul 10 aku naik KTM dari hujung dunia Batu Caves. Punyalah lambat KTM rupanya. Patutlah ramai orang marah sebab Serdang hanya boleh sampai dengan KTM, tren lain tak ada. Ni kali pertama aku naik KTM (selain KTM antara negeri). Pukul 10:45 lebih kurang sampai. Dah sampai KTM Serdang pula kena naik bas shuttle. Punyalah ramai manusia pagi tu dalam bas, sesak.
Pagi tu aku bodoh. Aku tak keluarkan duit dulu. Aku naik bas tu baru aku teringatkan cash. Terfaktab gila waktu tu. Memang betul di sana ada BSN, tapi macam biasa, belajar dari pengalaman lepas, kau nak beratur 30 minit? Membazir masa woi.
Masuk je dewan, aku perhatikan geografi dewan. Oh, dewan ni tak bercantum rupanya. A, B, C, D terpisah rupanya. Jadi mungkin agak tak best sikit tahun ni sebab aku kena berulang alik untuk keluar masuk mencari reruai. Kalau di PWTC, hanya perlu keluar dewan tapi tak keluar bangunan. Kali ni memang kena keluar bangunan. Dah la petang tu hujan, binawe sungguh tak boleh pergi dewan lain. Tempat makan masalah juga. Bila malam dah habis. Rasa nak carut pun ada. Tolonglah sediakan makanan untuk stok sampai malam sekali. Janganlah bersikap ‘dah kaya, tutup kedai’.
Aku pergi Sabtu dan Ahad. Bukan Jumaat. Tetapi aku dapat tahu (tak pasti benar atau tidak, jika palsu, abaikan perenggan ini) tiada ritual Solat Jumaat diadakan di sana. Adakah pengunjung PBA tahun ini kebanyakannya orang kafir yang tak bersunat tu? Tidak bolehkah pihak penganjur menampal satu notis ‘pada hari Jumaat, untuk solat Jumaat, anda boleh solat di sekian-sekian, kami telah melantik seorang khatib/imam untuk mengepalai solat Jumaat’. Kalau di PWTC, ada ritual tersebut, sebab ada surau kat atas tu, cantik pula suraunya.
Di PBA, manusia macam aku mana layan handphone. Aku letak dalam poket je. Tak ada masa nak chat orang. Tak ada masa nak komen FB, tak ada masa nak buka apps GoodReads sekalipun. Jadi list yang aku print tu memang berguna. Aku queue list tu mengikut penerbit. Jadi aku tak susah.
saja nak tunjuk, inilah luggage aku. tak selamat luggage ni sebenarnya. sebab tak ada tagging pun. pesanan buat yang bawa beg besar, letak tagging. kalau jadi apa-apa, tak la risau sangat. |
Di reruai, aku tak nak jadi macam tahun sebelum ni – aku masuk dan aku cari buku tu. Nak kata aku baca blurb, blurb dah ada dalam GoodReads. Dalam shelve aku tu aku dah memang tahu tu buku apa, jadi tak ada masalah bab tu. Masalah sekarang aku akan buang masa jika aku cari buku di reruai. Jadi, aku pergi kaunter bayaran reruai, aku bacakan list tu, atau aku tunjuk terus list tu terus pada awek-awek comel kat situ. Setakat ni, semuanya baik dan member kerjasama – dimana dia yang pergi cari buku tu, bukannya “buku ni ada di rak sekian-sekian”. Dia confirm dah tahu buku tu di mana, dia ambil, aku tak belek dah, aku bayar terus, lepas tu aku blah terus.
Kenapa aku blah terus? Itulah masalah aku. Kalau aku stay, akan menimbulkan kegersangan yang amat tinggi untuk aku ushar buku lain di reruai tersebut. Aku hanya nak habiskan beli yang ada dalam list dulu. Itu saja aim aku. Contohnya di reruai GerakBudaya – aku rasa bila aku masuk situ, aku macam digam. Buku-buku yang menarik ada di situ. Jadi aku tak nak melihat buku lain, tu je tujuan aku. Seperti di ITBM, dalam 4-5 buah buku, awek tu baik je ‘meh sini list tu saya cari’. Kan mudah. Aku lepak je kat kaunter ushar awek kaunter.
Apabila aku pergi reruai buku tapi buku aku nak cari tu tiada, aku akan tanya balik ‘esok boleh ambilkan?”. Tiga reruai aku buat macam tu, semuanya bawa buku yang aku nak tu. Itu tips. Kalau tak ada buku yang kau nak – kebetulan kau datang banyak hari – kebetulan reruai tu memang dia punya (bukan kongsi) – kau cakap je macam aku cakap tu. Selalunya orang akan redha je kalau buku tak ada. Aku tak, hang gila apa datang jauh-jauh tapi buku tak ada?
Di reruai ITBM sedang aku berbual dengan penulis novel, ada seorang anak kecil rasanya sekolah rendah gitulah datang tanya penulis tu “akak, buku sekian sekian ni ada tak”. Awek tu pun macam serba salah nak jawab “Errrr. Buku tu kami tak jual, dik. Try cari di dewan A”. terus timbul satu ide dalam kepalaotak aku. Pesanan khas kepada yang hadir; tak semua yang hadir ni cerdik pintar dari geliga kan. Hangpa ni jangan la loklaq sangat. Pastikan adik-adik kau tu, atau mak kau, atau kau tu sendiri tahu buku kau nak beli tu siapa penerbitnya walaupun kau tak tahu pun penerbit tu ada atau tak. Mengetahui penerbit adalah satu perkara wajib apabila berdepan dengan pesta buku macam ni. Kau boleh tanya Duta Buku kalau kau tahu nama penerbit. Walaupun tak ada nama penerbit tu, tu pentingnya kau buka Facebook penerbit tu, dan tanya dia buku dia ada di reruai mana. Interaksi antara penerbit dan peminat buku adalah penting waktu kritikal macam ni. Lagi-lagi penerbit yang kecil-kecil, orang tak tahu pun kau kat mana, dah la tumpang reruai orang. Ramai aku terserempak yang manusia tu tak tahu pun buku dia nak tu dari mana.
Sebut pasal Duta Buku, aku bagi kredit la sikit, mereka mesra. Macam biasa kalau aku sesat, aku akan dari Duta Buku yang cantik lagi comel untuk bertanya. Aku malas dah try and error, buang masa doh. Baik aku tanya orang terus. Masalah bila malam, aku lihat tiada seorang pun Duta Buku yang ada. Kemanakah mereka menghilang sebenarnya?
Aku agak kecewa dan marah kepada penerbit buku yang memaklumkan buku sekian-sekian akan berada di PBA – tetapi bila pergi tak ada. Alasannya buku sedang cetak. Penerbit atau reruai aku kira MESTI WAJIB bagi tahu di media sosial yang kau agungkan sangat tu yang mana buku tu ada atau tiada sebenarnya. Jangan kau beri kata-kata manismu di FB. Dah la MAEPS tu jauh. Lepas tu manusia yang datang dari jauh ni, dah la datang 2 hari je. Lepas tu buku tak ada. Kau bayangkan perasaan aku waktu tu.
Kepada pengunjung PBA, awak-awak ni gila apa bawa anak kecil? Aku perasan seorang budak hilang arah tuju dalam Dewan C. Waktu tu bukan aku tak nak tolong hantarkan budak tu kepada kaunter pertanyaan, tetapi masa tu aku tidak ikhlas untuk menolong, jadi aku tak tolong la budak tu. (ah, wanita bisa saja mengatakan ‘buat apa pakai tudung kalo enggak ikhlas kok?’ jadi aku bisa juga mempergunakan agama untuk kepentingan pribadi). Kau tinggal je la anak kau tu di rumah, minta nenek dia jagakan kejap.
Di PBA tu yang hadir bukanlah semuanya malaikat yang suci dari noda dan dosa. Bahkan syaitonirojeem pun ada di situ. Jagalah anak anda, barang berharga, dan perhatikan kekasih anda – takut-takut kekasih anda dingorati oleh manusia-manusia jalang di sana nanti.
Ok sekarang kau nak beli sebuah buku, bagaimana nak dapat murah? Caranya tak lain dan tak bukan, kau bergaduh dengan juruwang. Hah? Ya, gaduh dengan juruwang. Hampir semua reruai aku gaduh dengan reruai. Kau bida harga kau. Syaratnya jangan tempat orang ramai. Kejadah apa orang tengah beratur panjang nak bayar, kau buat benda ni, memang juruwang tak layan la. Gunakan ayat seperti berikut;
- “saya student. ini kad matrik saya”. Jangan la tinggal kat matrik kau di rumah. Kau bukan pergi demonstrasi haram sampaikan kau nak tinggal kad sekeping tu. Walaupun di reruai tu tak ada pamerkan ‘diskaun untuk student’, kau guna je ayat ni.
- “La, 20% je less? Saya datang jauh dari Pahang, 20 je dapat? Baik saya beli di KB1M. harga student tak kan tak ada? Kemon la aunty”.
- Cara ketiga ni kalau kau ada member yang jadi Duta Buku atau exhibitor. Kau pinjam tagging dia. Lepas tu kau cakap pada cashier “tak ada less untuk exhibitor ke? Letih tahu saya duduk sini menjayakan majlis ni”.
- Minta harga staff atau harga ahli waima kau bukan staff atau ahli sekalipun. Kalau dia tak bagi, kau acah-acah tak nak beli.
- kalau agak-agak tak puas hati lagi, kau cakap kat juruwang tu, “bos mana bos?”. Kau settle sendiri dengan bos.
- kalau reruai tu mengadakan promosi beli jumlah sekian sekian, dapat harga sekian-sekian – kau jangan malu jangan segan untuk tanya saja sesiapa di situ yang membeli untuk compare sekali.
Ha gelak la gelak. Enam cara ni memang aku guna tahu. Dapat dengan tak dapat je, tu lain cerita. For your information, paling banyak, buku yang 15% aku boleh dapat 35% menggunakan cara ini. Mungkin agak jahat sebab kau kacau keuntungan orang lain. Tetapi percayalah; persaingan di PBA amatlah tinggi – kini bukan satu reruai satu penerbit dah. Jadi reruai sebolehnya nak kau membeli buku dia di tempat tu juga.
Masa kau beli dan nak bayar, jangan lupa tanya “tak kan tak ada free gift? Bookmark pun ok dah kalau ada”. Ni memang aku selalu buat. Kadang-kadang aku rembat je bookmark atas meja reruai tu.
Kalau kau kenal exhibitor atau kenal orang di reruai; kau minta dia jagakan barang kau. Terima kasih kepada Cukong Press kerana memahami. Cukong tawarkan kepada aku untuk letakkan luggage aku di 'reruai' mereka. (Reruai mereka sengaja aku letak dalam apostrophe, hangpa pikir la sendiri kenapa). Berat kut kau nak angkut kehulu kehilir, waima kau bawa luggage empat tayar sekalipun, tetap menyeksa diri tu namanya.
Buat kepada Homo Sapiens yang ada rakannya penulis dan dia jumpa di sana – kau jangan ingat boleh dapat buku free. Kau nak ucap tahniah kepada kawan kau, lepas tu kau minta dia buku free? Support la kawan kau tu, beli satu. Baca, lepas tu kalau tak best, maki je la, apa susah. Tapi kau maki lebih-lebih pun, kau dah beli, dan dia dah dapat royalti.
Kalau aku letih lepas shopping, aku akan pergi ke reruai Perbadanan Kota Buku. Terima kasih Kota Buku kerana anda adalah salah satunya yang memahami kepenatan kami. Siap ada iPad dan wi-fi percuma lagi tu. Buku (nota) percuma lagi tu.
Kepada pengunjung yang hadir, memang kau akan jumpa makhluk lain yang kau kenal di sana nanti, aku pun sama. Tetapi consider la sikit wei, kau jumpa kawan kau pun, jangan la berhenti tengah jalan orang nak lalu. Dah la crowd tu penuh, kau boleh pula bercinta tengah jalan. Duduk la tepi sikit.
Oh ya, kalau rajin, pergi cari reruai MAIS. Ada buku percuma mereka edarkan. Aku rembat juga. Hanya isi survey.
Oh ya, kalau rajin, pergi cari reruai MAIS. Ada buku percuma mereka edarkan. Aku rembat juga. Hanya isi survey.
1. Lokman Hakim; penulis ni aku rasa ambek dadah. Sebab dia boleh tulis banyak novel serentak. Tapi dia nafikan, sebab dia cakap dia hanya alien, bukan penagih dadah.
2. Nomy Nozwir; power tak power makhluk ni, siap ada penerbit cakap "kehebatan Nami ini sehingga ada pepatah 'teori Nami' di mana kalau ada Nami tulis buku dalam penerbitan tu, confirm orang kenal'"
3. Aen Sa'ari; penulis baru dan seorang ahli perubatan. Asalnya aku kenal makcik ni – dia ni agen DuBook. Kami ada grup whatsapp agen-agen bersekutu. Tetiba dia bagitau dia dapat terbit buku dengan Lejen. Madefaker gila waktu tu. Jadah apa duk merepek hari-hari dalam grup, tetiba dia dah jadi penulis, kami ni je la mereput. Hangpa belilah buku dia – sebab dia baru kawin, dia nak pergi berbulan madu katanya.
4. Ainunl Muaiyanah Sulaiman; aku tak kenal pun dia sebenarnya. Tapi aku tak tahu macam mana 'benda ajaib' tu boleh berlaku.
6. Yang ni paling exited aku jumpa dia. Tak tahu pun dia datang padahal. Kahkahkah. Aku malas bagitahu ni siapa. Kalau hangpa tak kenal, hangpa bodo. kahkahkah.
|
Materi Buku
Ok part ni aku nak cerita mengenai materi buku. Ini mengikut pemerhatian aku.
Penerbit sekarang dah ikut modus operandi yang sama. Paten buku sekarang sudah hampir sama dan ada yang plagiat konsep. PTS adalah syarikat buku gergasi yang mana Puteh Press tu imprint dari PTS. Dan tahun ni amat mengejutkan aku, Penerbit-X tu adalah imprint dari PTS juga. Macam mana aku tahu? Begini ceritanya; pada zaman dahulu kala, di waktu aku sekolah menengah, aku pernah pinjam dari perpustakaan sebuah buku bertajuk Anarkis karya Khairul Nizam Khairani yang mana aku ingat lagi sampai sekarang bahawa buku tu terbitan PTS. Dan kembali kepada zaman sekarang, Penerbit-X juga menerbitkan buku dengan tajuk yang sama dan penulis yang sama tetapi cover depan yang lain. Aku terus GoodReads semua buku cetakan Penerbit-X, dan hampir semua buku dia adalah buku lama yang ditukar cover depan sahaja.
Jadi apa masalahnya? Tak ada masalah. Tu bukan masalah. Tu bijak namanya. Tu marketing. Aku ‘wow’ seketika. Lihat bagaimana PTS meluaskan empayarnya.
Next – di reruai DBP aku lihat semakin meriah dengan buku-buku DBP. Diulang cetak buku yang lama. Bukunya menggunakan kertas warna coklat tu (aku tak tahu apa nama kertas tu). Bukan setakat DBP la, sekarang dah ramai guna kertas tu. Pembaca lebih minat kertas tu sebab satunya ringan. Duanya kertas tu kalau baca tak sakit mata.
Masalah buku eksklusif memang sukar dibendung abad ini. Penerbit menerbitkan buku secara hard cover dan tiada versi paper back. Aku agak kecewa dengan beberapa penerbitan yang berbuat demikian. Ada yang siap hard cover dengan kertas dalam tu guna glossy paper. DBP sendiri karya agungnya tidak lagi ditukar kepada Edisi Pelajar. Aku kira begini; kau nak orang beli buku kau tetapi kau tak nak survey berapa range harga untuk orang beli buku.
Ada juga penerbit plagiat konsep penerbit lain. Aku rasa benda ini tidak dipatenkan, tetapi menjadi satu isu. Nampak try hard untuk melariskan jualan, maka meniru konsep penerbitan yang berjaya memikat hari rakyat.
Aku salute ITBM. Kau jual buku ‘orang tak baca’. Tu je mudah cakap. Kau cetak buku untuk rugi.
Dua hari aku duduk situ, aku tak jumpa beberapa reruai buku yang aku pergi tahun lepas. Ada dua yang aku perasan dan aku ingat; reruai Buku Hitam dengan Al-Ameen Serve. Agak hampa bila Al-Ameen aku tak jumpa. Sebab dalam list aku ada buku Al-Ameen yang aku nak beli.
Obviously, saban tahun makin banyak buku genre agama yang dijual. Bersepah-sepah. Waima al-Quran tu pun bersepah di PBA. Isinya sama saja, Cuma pembawaan materi tu lain. Buku agama juga begitu – sangat banyak tetapi isinya membincangkan perkara yang sama dengan ide yang sama.
Seterusnya aku member kredit kepada beberapa penerbitan yang giat menerbitkan karya terjemahan kitab arab kepada bahasa melayu – dan translasi tulisan jawi kepada tulisan rumi.
Ada beberapa penerbit buku menerbitkan buku sudah sekian lama, tetapi bukunya itu tiada dalam GoodReads. Aku rasa nak buat pengumuman – setiap penerbit wajib ada librarian di GoodReads untuk memudahkan komuniti pembaca ini mencari maklumat mengenai buku anda.
Slot 'tahukah anda?': Tahukah anda bahawa jika diGoogle tajuk sesebuah buku, yang diatas sekali ialah daripada GoodReads? Waima website rasmi sekalipun aku rasa jatuh di tangga no.2 juga.
Aku pergi ke beberapa reruai dan aku cakap direct terus ingin berjumpa dengan siapa yang boleh memberi maklumat buku-buku tersebut yang tiada dalam GoodReads itu kepada aku, dan aku minta mereka email kepada aku nanti, dan aku akan masukkannya. Bukan susah pun; hanya memerlukan cover depan, ISBN, pages, blurb, tarikh diterbitkan, nama penerbit, dan bahasa yang digunakan saja.
Aku memberi kredit kepada Fixi dan Lejen Press kerana mereka sangat alert mengenai ini. Tiap-tiap kali mereka publish buku baru, komuniti tak perlu tunggu lama untuk melihatnya dalam GoodReads, sehari dua terus ada. (Aku syak ni kerja Amir Muhammad). Thumbs up bro.
Wahai penerbit, jangan sombong untuk meletakkan details buku anda dalam Facebook tu – aku kalau rajin, aku masukkan je dalam GoodReads. Tetapi aku hanya masukkan jika 2 perkara (sekurang-kurangnya) ini dipenuhi; (1) penulis, (2) ISBN. ('Tajuk' tu tak payah cakap la. Macam mana nak masukkan buku kalau tak ada tajuk. Buku Tanpa Tajuk pun ada tajuk tahu).
ISBN sangat penting bro. Apps GoodReads boleh scan ISBN. mudah. Dan tak akan redundant.
Kejadian-kejadian aneh yang dialami.
Bab ni kau nak skip boleh, nak baca boleh. Aku hanya nak abadikan dalam blog aku ni saja.
Kejadian aneh 1
Aku membawa list aku menuju ke reruai ITBM. Aku cakap kepada seorang awek ITBM tu aku nak buku-buku dalam list ni. Dia cakap “ok, awak duk sini je. Biar saya cari”. Tak lama tu dia datang balik dan tanya “kenapa awak nak buku ni?” sambil nenunjukkan pada senarai aku tu buku Sepetang di CafĂ© Biblioholic terbitan JS Adiwarna. “La, saya nak baca la. Sebab ada cerita pasal kopi dan buku”. Lepas tu dia cakap “awak kenal penulis dia?”.
“Tak”.
“Sayalah penulis buku ni”.
“Hah? Hahahaahaha”. Dan selepas itu kami tergelak tak ingat dunia. Aku rasa kuat gila aku gelak waktu tu.
“awak pergi la beli di Jemari Seni. Saya ada kat sini sampai petang tahu”. (kau tahu tak maksud dia apa? Kahkahkah)
Aku pun lepas bayar buku-buku ITBM, aku pergi la cari buku dia dan datang kembali.
“nak tulis apa ni? Naim atau Naim Al-Kalantani?”
“What the??? Akak kenal saya? How do you know the Al-Kalantani? Lokman (penulis sai-fi Fixi, Buku Hitam, dll. Sebab waktu aku borak dengan akak tu tadi kebetulan Lokman datang lepas tu) ke yang bagitahu tadi?”
“adalah. Saya memang nengok reviewer dalam GoodReads”.
Kejadian aneh 2
Aku syok lepak di reruai DBP, tiba-tiba awek pakai baju DBP datang mendekati aku lalu berkata “saya kenal encik, tapi saya tak ingat nama encik. Saya memang jenis ingat muka orang”
“hah?”.
“kita pernah jumpa di FSK (Festival Sastera Kanak-Kanak)”
“owh. Ok. Tak ingat”.
(kepada awek tu, kalau kau terbaca tulisan ni, mohon add aku di Facebook. Sebenarnya memang aku nak pergi minta nombor telefon kau lepas kau tegur aku tu, tetapi apakah daya aku ni seorang pemalu lagi pendiam dan sopan watak dan perilakunya).
Komen untuk reruai
Mungkin aku dapat memberi sedikit komen kepada reruai yang aku kunjungi.
THUKUL CETAK - sangat best tahun ni. Mereka gersang menerbitkan buku-buku terjemahan yang power-power. Dan 10 buku rm100. Gila.
ITBM - Seperti selalu, aku dapat SMS dari ITBM yang aku dapat 40% less. ITBM tidak mengecewakan. Dan ITBM dengan Istanbul berpisah tiada.
DBP - sama seperti DBP yang aku tulis di atas.
siapalah cerdik sangat parkir kereta dalam ni. |
PELITA DHIHIN - Walaupun PBA ini ada perkataan 'antarabangsa', tetapi kita banyak lihat bahasa Malaysia, Inggeris, dan bahasa Arab saja berlegar dalam hall. Tetapi di sini, kau boleh cari buku indonesia yang aku kira rare. Lebih murah berbanding dengan Pustaka Fajar Ilmu Baru di Masjid Jamek. Tetapi ada something wrong – bila aku hadir tu, manusia yang berada di juruwang tu macam nak sorokkan sesuatu kepada aku.
BIKIN WILAYAH – Seperti biasa aku bertegur sapa dengan Aloy Paradoks. Harap dia boleh bantu aku untuk habiskan jual buku dia. Banyak lagi berbaki ni woi. Siapa nak, aku bagi harga murah je ni. Kalau ambil banyaklah. Nak letak di kedai pun bagus. Reruai ini makin besar aku nampak. Makin banyak penerbit dalam ni.
JELAJAH LEJEN FIXI - Tak payah cakap la yang ni. Sama tiap-tiap tahun. Korang memang maintain je setiap tahun. Tapi tahun ni ada Salina di reruai mereka. Ada DC sekali tu aku tak tahan.
GERAK BUDAYA – antara reruai yang paling aku elakkan masuk. Sebab kalau aku masuk, aku tak nak keluar dah. Sangat ramah amoi yang jadi juruwang tu.
KOTA BUKU - tempat lepak paling cool pernah aku jumpa di PBA. Dah la reruai lain tak ada kerusi (DBP je yang ada kerusi rasanya)
MAIN STAGE - mathefaker gila pentas utama tahun ni.
CUKONG PRESS - 'reruai' ni rare gila. Kau patut pergi situ. Carilah sampai jumpa. Aku jumpa pun secara tak sengaja sebenarnya. Kau jangan pergi tanya Duta Buku pula kat hall mana Cukong ni, sebab mereka akan cakap "tak ada". 'Reruai' ni paling rebel pernah aku jumpa. Ada ke patut satu reruai tu punya besar, ada 6-7 buah buku je atas meja kau jual? Rilek je kau duduk jual kat situ kan. Gila rare. Petang tu sikit barulah ada lagi buku sampai. Sikit je padahal bukunya kalau nak dibandingkan dengan yang lain, tapi ramai pula aku tengok yang keluar masuk situ. Dasyat korang ni.
MAPIM - Rasa nak duduk 2 jam saja di reruai itu. nak belek satu-per-satu buku di situ.
MAPIM - Rasa nak duduk 2 jam saja di reruai itu. nak belek satu-per-satu buku di situ.
Winner of The Year
Ok la aku rajin nak menulis ni. Aku akan tulis buku-buku yang boleh dikategorikan sebagai buku winner of the year yang aku beli.
Pemenang untuk cover buku paling 'dashat' jatuh kepada SUATU KETIKA NANTI MANUSIA AKAN MELUPAKAN TUHAN karya Fahmi Mustaffa. (Thukul Cetak)
Pemenang untuk buku paling susah dapat;
MASA DEPAN TUHAN: SANGGAHAN TERHADAP FUNDAMENTALISME DAN ATEISME karya Karen Armstrong (Pelita Dhihin)
Pemenang untuk buku paling aku tunggu;
AWEK CHUCK TAYLOR 1: KAPSUL MASA karya Nami Cob Nobbler (Jelajah Lejen Fixi)
Pememang untuk buku ilmiah paling aku tunggu;
WACANA PEMIKIRAN REFORMIS II (GerakBudaya)
Pemenang untuk buku rekaletak paling power;
SEKOLAH BERNAMA KEHIDUPAN karya Asmar Shah.
Pemenang buku cover buku palinh comel;
NAMA BETA SULTAN ALAUDDIN karya Faisal Tehrani (DuBook Press)
Pemenang untuk buku paling elegan;
PANDIRISME karya Mohd. Affandi Hassan(Pelita Dhihin)
Pemenang buku yang aku tak tahu pun buku tu wujud;
LAGUKAN SENANDUNG ITU karya Serunai Faqir.
Pemenang untuk buku yang memang wujud dalam pasaran konvensional dan aku memang nak beli tetapi aku tak pernah tengok pun bukunya;
SEPETANG DI CAFE BIBLIOHOLIC karya Ainuln Muaiyanah Sulaiman (Jemari Seni)
*penafian: carta ini berdasarkan buku yang aku beli saja, bukan yang aku lihat. Dan carta ini hanyalah untuk 'materi buku', bukan mengikut isi buku. Sebab aku tak baca lagi ni woi. Baru beli ni.
Epilog
Mudah cerita aku agak tak berpuas hati dengan PBA kali ni. Salah satunya sebab aku hanya sempat berkampung hanya dua hari di sini. Salah duanya – PBA itu sendiri. Masalah utama PBA tahun ni ialah kedudukannya. Pihak penganjur patutnya perlu alert dengan para peminat buku. Aku harap tahun depan kalau tak buat di PWTC sekalipun, carilah tempat yang sopan sikit.
Dua hari bukanlah satu masa yang panjang untuk aku terus membuat review/travelog ini. Mungkin ada yang aku terlepas pandang juga. Dua hari juga tidak sempat untuk aku pusing seluruh dewan dengan melihat satu persatu buku di reruai.
Tahun lepas kalau tak salah statistik menunjukkan 800 ribu manusia hadir di PBAKL2015. Tetapi aku rasa tahun ni macam akan menurun statistik tu.
2/5/2016 3:35 am
Batu Caves, Selangor
Naim Al-Kalantani (* jangan lupa add aku di facebook woi. Puluh-puluh ribu viewer pun kalau kau tak add aku, aku tak kenal kau pun)
slm, sya share link kat fb sya utk mudah di rujuk. t ksh.
ReplyDeleteterima kasih. nanti add la saya di facebook sekali. boleh kita bertukar-tukar buah fikiran. :-)
Delete