Pesanan Penaja: Cloud Storage

photo credit to nec.com


Pesanan khidmat masyarakat.


Aku ni bukanlah expert dalam bidang IT, masa diploma pun repeat dua paper. Tetapi untuk mengelakkan kecelakaan yang berlaku dalam dunia teknologi yang fana ini, aku menasihati kepada manusia-manusia di luar sana untuk menyalin data-data penting ke dalam cloud.

Bukan apa; sebab 2 minggu lepas aku dah terfaktab. Hard disk laptop aku crash. Dari 500gb, tinggal 100mb ja yang wujud dalam hard disk tu. Selebihnya tak tahu pergi mana. 
(Tetapi menggunakan teknologi jugalah berjaya dibaiki – 8 jam weh nak siap backup the whole data)

Masa tu aku terfaktab gila. Rasa nak nangis. Rasa nak bunuh diri pun ada. 500gb tu alah berapa ringgit je pun. Tetapi ini bukanlah nilai hard disk, tetapi nilai dalam barang hard disk tu. Kerja-kerja, karya-karya, video yang aku sorang je ada, file-file penting dunia akhirat – lesap sekelip mata.

Kenapa cloud? 

Sebab cloud adalah tempat terbaik untuk simpan data. Kau tak perlu simpan movie pun dalam cloud. Cuma perlu simpan barang berharga saja. Aku baru insof, tu yang bagi nasihat percuma ni.

Cloud ni kita tak nampak storage dia. Selalunya mana-mana storage cloud pun akan jaga data dalam cloud dia. Hangpa tak payah pertikaikan la 'keselamatan' data bila duk dalam tu. Sebab data hangpa duk dalam Facebook tu pun hangpa tak pernah nak pertikai.

Ok la kau cakap kau ada backup storage – hard disk 1TB. Beli kat Lazada lagi tu. Tapi nak tanya la sikit; kau yakin ke hard disk tu selamat? Mungkin akan jatuh? Crack? Crash? Corrupt? Kena curi? Hilang? Adik kau rendam air? Sebab tu la aku anggap cloud ni jalan terbaik.

Cloud terbaik setakat ni ialah Google Drive. Kalau hangpa ada acc Google, macam-macam ada sebenarnya. Drive menyediakan storage 15gb secara percuma. Kau tak payah memperlekehkan 15gb tu, sebab nilai barang kau kalau hilang, kau akan sanggup bayar berapa saja untuk kembalikan data tu. Percayalah cakap aku.

Storage paling besar aku pernah jumpa untuk cloud. Bila aku selidik Drive, memang sangat bagus. Boleh share – share pulak boleh edit. Maksudnya kalau kau buat folder tu sebagai 'share' kepada kawan A kau, hangpa dua orang bebas edit barang dalam folder tu. (Ada juga option untuk tak bagi edit dan sebagainya).

Kalau kau seorang yang rakus, tak cukup 15gb tu, kau boleh beli, sampai 1TB kalau tak salah. Tapi untuk jimat wang, kau buat je la 100 acc google. Apa masalahnya kan. Dah kalau 15x100 tak ke 1.5TB dah. Aku sendiri pun ada acc google backup. Dalam tu tak guna sangat, untuk drive je. Google backup tu kau daftar google kau guna selalu sebagai 'backup email'. At least kalau kau tak ingat password ke apa ke, dia boleh redirect kat main gmail kau.

Buat banyak-banyak acc pun ok. Pastu kau share semua yang kau upload dalam acc backup tu dengan acc yang kau guna sebagai main (utama). Sebab Drive boleh share tanpa melibatkan user kedua dan seterusnya)

Ya, tak nafi kalau kau simpan dalam cloud ni, ambil masa untuk upload dan download. Tapi kalau data kau sepenting nyawa kau, memang kau akan jaga juga.

Point aku di sini untuk menyebarkan nasihat kepada makhluk-makhluk yang selalu duk main internet ikut sukati je click mana-mana link. Bahaya, kadang-kadang link tu ada virus. Aku pun pernah kena. Tetapi aku kan power, tahu la nak atasi. Hangpa duk tahu main Facebook ja mana nak tahu. Sebab tu barang dalam laptop tu backup dulu kat cloud.

Lantak la tak nak guna Google Drive pun, asalkan kau backup. Aku pun ada guna yang lain; Uptobox dengan Dropbox. Tapi storage tak la sebesar Drive.

Ikhlas,
Script Kiddy.

Comments