Review: The Man Who Knew Infinity

(tulisan ini mungkin mengandungi spoiler. Tetapi itu atas diri anda sama ada ingin melihat isi cerita ini atau ingin mengetahui jalan cerita ini. Jika anda lebih kepada ingin mengetahui jalan cerita, mungkin review ini mengandungi spoiler)

photo credit to: amcnetworks 

“qui genus humanum ingenio superavit” 
– Isaac Newton

Bila kita menyebut Isaac Newton, Albert Einstein, Stephen Hawking, semua orang mengenalinya dengan kepintaran mereka yang ketika itu boleh dikatakan tiada bandingan dengan manusia lain. Sehinggakan mereka ini dikatakan bodoh dan mengarut. Tapi bukankah bodoh dan genius itu hanya dipisahkan oleh satu garis yang halus?

Sebelum aku mengetahui cerita ini, aku langsung tidak mengetahui siapakah gerangan manusia yang bernama S. Ramanujan ini. Bukan sekadar tidak mengetahui, bahkan aku tidak pernah dengar pun namanya disebut sepanjang aku hidup. Aku meminati fizik dan matematik, aku hanya minat, tetapi kalau disuruhnya aku buat, aku mungkin tak boleh nak buat. Aku hanya minat.

Apabila aku melihat poster The Man Who Knew Infinity ini, aku mencari bilakah movie ini ditayangkan. Filem ini secara rasmi ditayangkan pada 2015. Aku kecewa kerana Malaysia tidak menayangkan filem ini. Tetapi dua minggu lepas aku layan The Purge: Election Year di Kuantan, aku ternampak teaser mengenai filem ini di GSC East Coast Mall, Kuantan, dan akan ditayangkan pada 18 Ogos 2016. Aku rasa nak melompat pun ada sebab filem tu akan ditayangkan di sini, aku sanggup pelan naik bas pergi Kuantan untuk tonton filem ni. Punyalah lama aku tunggu dengan gigih untuk menontonnya di panggung wayang. Tak sampai 18hb lagi, aku check di internet dah boleh download dah pun filem ni, siap Blu-Ray lagi tu. Punyalah lambat Malaysia buat kerja.


Ok, cukup sekadar itu. Kita beralih kepada filem tersebut.

Bila aku lihat posternya dengan gambar Dev Patel, aku lagilah memberi expectation yang tinggi kepada filem ni. Seingat aku, aku tak pernah kecewa dengan lakonan Dev Patel. Dan Dev Patel sememangnya selalunya berlakon dalam cerita yang cerdik-cerdik. (Ya, Chappie pun cerdik filemnya).

Dev Patel membawa watak sebagai S. Ramanujan, seorang bangsa India dari Madras. Filem ini bermula di sekitar 1914, yang mana sebelum 1914 itu tidak dinyatakan apa yang berlaku dalam hidupnya yang sebenarnya. (boleh baca Wikipedia untuk mengetahui childhood Ramanujan). Kecerdikannya tidak diterima di India, lalu bosnya menyuruh dia pergi ke Cambridge untuk mengembangkan potensi dirinya sebagai ahli matematik yang mempunyai kebolehan autodidacticism. Sampai di Trinity College, potensi Ramanujan terus digembur oleh G. H. Hardy dan J. E. Littlewood. Walaupun dia hampir tiada latihan formal dalam matematik tulen, beliau membuat sumbangan yang luar biasa untuk mathematical analysis, number theory, infinite series, dan continued fractions. Kedua rakan Ramanujan (Hardy dan Littlewood) ini percaya bahawa Ramanujan ini sebijak Isaac Newton.

Tetapi masalah utama Ramanujan (dalam filem ini) ada dua perkara. Pertama, dia terpaksa membuktikan teorinya kerana ahli matematik tidak menerima jawapan tanpa pembuktian. Masalah kedua ialah dia tidak menerima pendidikan formal dari mana-mana universiti atau pusat pengajian. Dan sememangnya dia tidak mempunyai satu ‘certificate’ yang membuktikan dia layak untuk membuat formula matematik yang baru. Ada juga masalah sampingan iaitu Ramanujan ini seorang India, dia bukan dari bangsa Inggeris.

Ramanujan dalam filem ini sangat passionate untuk menerbitkan teorinya untuk dikembangkan supaya orang lain boleh baca. Dia sanggup dari Madras meninggalkan isteri dan ibunya di rumah untuk membolehkan dia menyambung keupayaannya sebagai seorang ahli matematik. Sebenarnya ramai pengajar di Cambridge tersebut tidak menyukai anak India ini, tetapi Hardy dan Littlewood telah nampak kebolehan Ramanujan tanpa bersikap prejudis terhadap kepercayaan dan bangsa yang berbeza.

Aku tak tahu kenapa dunia ini begitu tidak adil, adakah tuhan sengaja mencabut nyawa manusia genius pada awal umurnya? Ramanujan mati tatkala umurnya mencecah 32 tahun, iaitu selepas dia kembali ke Madras selepas dia layak menjadi Fellow of Royal Society (dalam filem tidak menyebut tahun 1918). Ramanujan sangat beriman (Hindu Ortodok), sehinggakan dia boleh cakap “An equation for me has no meaning unless it represents a thought of God”. Hardy yang atheist itu pun hampir tak boleh percaya dengan penjelasan Ramanujan apabila dia tanya “bagaimana kamu lakukan itu?”.

Antara babak terakhir filem ini adalah nombor 1729 yang mana kini dikenali sebagai ‘Hardy-Ramanujan Number’. Babak tersebut berdasarkan kejadian sebenar yang berlaku sama dengan dalam filem iaitu di taxicab. Babak klimaks dalam filem ini adalah babak di mana Ramanujan dengan Major MacMahon untuk menyelesaikan masalah partition (number theory).

Aku agak terkejut bila ada lakonan sebagai Bertrand Russell dalam filem ini. Tetapi Russell tak banyak sangat komen fasal Ramanujan dalam filem ini, dia lebih dekat dengan Hardy. Hardy dalam filem ini sangat memberi kesan terhadap Ramanujan. Lakonan yang memberi kesan kepada tema persahabatan tanpa mengira kepercayaan dan tanggapan orang ramai.

Filem biografi ini aku boleh beri 9/10. Lakonan tidak kayu, isi yang mantap. Kesedihan dan kesungguhan Ramanujan dilakonkan dengan baik oleh Dev Patel. Passionate si Hardy sangat menyerlah untuk membantu Ramanujan menjayakan misinya.

Jika kau berminat terhadap filem ini, mungkin kau boleh menonton filem lain yang tidak kurang keterujaannya. Antara filem tersebut ialah:

1. Good Will Hunting (1997) - mengenai 
2. The Theory Of Everything (2014) - mengenai Stephen Hawking.
3. A Beautiful Mind (2001) - mengenai John Nash.
4. Hawking (2004) - mengenai Stephen Hawking.
5. The Imitation Game (2014) - mengenai Alan Turing

Baca juga review aku yang terdahulu:
1. Bajrangi Bhaijaan (http://www.naimalkalantani.com/2016/01/bajrangi-bhaijaan.html)

orang tanya aku, kenapa perlu tonton filem ni? aku jawab:
http://www.naimalkalantani.com/2015/01/buat-apa-tonton-filem.html

PEMBETULAN/TAMBAHAN SEMULA OLEH RAKAN-RAKAN:

Ramanujan bukan tak ada pendidikan formal, tetapi sistem pembelajaran formal tidak melayakkan dia dapat sijil. Dia cemerlang dalam matematik, tetapi subjek lain dia gagal. 
Sama macam Einstein, dia cemerlang dalam fizik dan matematik, tetapi gagal dalam subjek lain. Sebab tu Einsten dan Ramanujan sama-sama susah nak diterima masyarakat sebab tak ada certificate yang membuktikan dia layak.
Dia masuk beberapa kolej, tetapi tak lulus. Tak silap, dia ada dapat biasiswa pada awalnya. Tetapi sebab tak lulus subjek lain, biasiswa ditarik balik. 
Tetapi tak nafikan yang dia self taught. Sebab dia dapat buku yang mengandungi beratus-ratus equation dan dia study secara serius. Lepas tu baru la dia dapat ilham nak buat buku dia tu. Siap dikenali sebagai The Lost Book of Ramanujan. - Muhammad Musoddiq Bin Jaafar





Comments

  1. Kalau filem dh boleh download..boleh bagi link utk download tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cari di http://www.mkvcage.com/man-knew-infinity-2015-720p-brrip-950mb/

      Delete
  2. Kalau filem dh boleh download..boleh bagi link utk download tak?

    ReplyDelete
  3. http://pubfilm.com/the-man-who-knew-infinity-2015-full-hd-pubfilm-free.html

    ReplyDelete
  4. salam..first time dengar nama S. Ramanujan ni melalui rancangan bersiri ANCIENT ALIENS dlm Astro.. dlm rancangan yg sama mmg ada diperihalkan Socrates, Sir Isaac Newton, Albert Einstein, Tesla, S. Ramanujan, pemuzik german (nama saya tak ingat), Stephen Hawking dan beberapa tokoh genius dunia yg dikatakan dlm siri tersebut "mempunyai kecerdikan luarbiasa ini hasil drp keupayaab berhubung dgn makhluk angkasa..(UFO)..."

    selain itu, siri tersebut turut memaparkan bahawa seorang saintis telah mengeluarkan otak Albert Einstein dan diawet bagi tujuan kajian sel otaknya.. dan ini disambung oleh pakar sel otak.. Dr.. (tak ingat) dan Dr. tsbt mendakwa kelebihan struktur otak Albert Einstein adalah dari segi kelainan pada binaannya yg seusia dgn seorang remaja.. maksudnya otaknya dipenuhi dgn jalinan sel² neuron setaraf dgn orang muda walaupun beliau mati pada usia yg agak lanjut..

    kemungkinan besar, ini dapat dikaitkan dgn apa amalan beliau sejak kecil semasa hidupnya dari segi pemakanan, surroundings dan lain² faktor yg belum dikenalpasti.. atau mgkin simple explanation adalah beliau KUAT BERFIKIR (of course menggunakan otaknya to the fullest)..

    manakala S. Ramanujan dlm siri yg sama mendakwa beliau mendapat ilmu pengetahuan (persamaan mathematik) tersebut daripada kuasa ghaib melalui mimpi dan kemudian menghafalnya.. beliau kemudian cuba sedaya upaya membuktikan kesahihan persamaan tersebut utk diterima masyarakat saintis/matematician.. wallahu a'lam

    ReplyDelete

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan