photo credit to entrepreneur.com |
“If you only read the books that everyone else is reading, you can only think what everyone else is thinking”
– Murakami.
– Murakami.
Lama dah aku nak menulis mengenai tajuk ni. Tapi asyik sibuk kejar dunia saja. Tajuk ini tercetus dari perbincangan aku bersama rakanku di kedai kopi. Mungkin tulisan ini agak pendek dari tulisan-tulisanku yang lain.
Bayangkan, kau ‘dilahirkan’ pada tahun ini, pada era ini, pada ketika ini. Kau lahir-lahir, terus kau bertemu dengan buku-buku dari terbitan indie. Lalu kau membacanya, kau menghayatinya, kau follow up semua perkembangannya. Jadi kau telah termasuk dalam satu sisi di mana aku mudah sebutkan sebagai ‘golongan pembaca indie’. Persoalan yang timbul ialah; benarkah buku selain yang kau minati itu tidak sebagus buku yang kau baca?’
Starting journey sangat penting dibahaskan bila bertemu dengan konflik ‘mengkritik kelompok lain’. Kau perlu faham dasar dia pegang. Kau perlu tahu dari mana dia mula.
Aku mudahkan lagi. Kau sebagai pembaca indie contohnya. Adakah kau rasa berminat nak baca novel mainstream? Bila aku tanya rakan-rakanku, kebanyakannya berkata “tidak”. Sebab? Mereka menganggap buku yang bukan ‘di sisi’ mereka itu tidak bagus. (Tapi yang best-nya bila kawan aku tu berpindah dari novel mainstream kepada novel indie, mereka cakap pula “geli dah aku nak baca novel mainstream”. Kahhh.
Ok aku teruskan perbincangan ini. Apabila kau ingin mengkritik sesuatu, kau perlu faham based dia. Macam membaca buku, kau kena faham starting journey dia macam mana. Kau tak boleh expect kawan kau tu looser sebab tak baca buku indie. Kau tak boleh nak tekan dia sebab dia tak baca apa yang kau baca.
Kalau dia bermula dengan buku mainstream, dan kau bermula dengan buku indie, maka kau dengan dia mempunyai jurang yang cukup luas untuk disamatarafkan. Kau perlu akui bahawa kau tidak boleh mengkritik pemikiran the other side dengan kau tanpa kau memahami apa yang bergolak dalam dunia dia. Bukan mudah untuk seseorang beralih arah. Aku sudah jumpa ramai kawan-kawan yang starting journey pembacaannya berbeza dengan aku. Dan untuk mengubah mereka, sangatlah susah.
Dan dulu aku pernah juga kritik mereka yang membaca buku mainstream ini. Aku katakan buku yang aku baca ini lebih bagus. Dan bermulalah sesi perdebatan yang hangat kerana kedua-dua pihak tidak ada satu tali yang menghubungkan keduanya. Macam mana kau nak tahu buku dia tak sebagus buku kau? Satu-satunya cara untuk kau kenal pasti ialah dengan kau membaca buku itu sendiri (ya, boleh baca review, tapi pemikiran kau dengan orang lain pun tak sama).
Jadi, persoalannya bagaimana kau nak ubah rakan kau?
Pertama; kau perlu tahu geografinya. Apa buku yang mudah dapat untuknya. Bila dia mula baca buku. Apa buku dia suka baca. Bila kau dah tahu, maka waktu itu kau sendiri boleh berfikir bagaimana untuk meneruskan ‘baca buku apa aku baca’.
Kedua; buku yang kau baca itu, mungkin dia tak suka. Jadi kau perlu beri dia satu dua buah buku yang dia mudah faham dan genre yang dia minat dahulu. Masa tu kau perlu tipu dia dengan mengatakan buku yang kau berikan itu tidaklah sukar untuk difahami dan buku itu sesuai dengan dia.
Ketiga; terus berikan buku sehingga dia meminta lagi buku lain. Waktu itu kau perlu tanya dia genre apa yang dia minat. Adakah dia sudah boleh membaca non-fiksyen. Kalau dah boleh, maka berilah kepadanya non-fiksyen yang ringan-ringan. Jangan tekan mentalnya dengan buku yang terlampau mind blowing terutama non-fiksyen. Sebab mungkin lepas daripada tu dia tak akan minat dengan apa yang kau baca dah kerana otaknya terganggu dengan idea yang rumit, pelik, dan tidak diterima akal(nya).
Keempat; pastikan kau terus provok dia dengan idea yang pelik bagi bacaan non-fiksyen. Bagi bacaan fiksyen, kau provok dia dengan jalan cerita atau plot yang menarik.
Kelima; jangan suruh dia berhenti baca bacaan mainstream. Tetapi kau perlu cakap padanya teruskan bacaan yang kau baca itu. Kalau kau suruh dia totally berhenti, mungkin dia tak akan baca dah sampai bila-bila bacaan mainstream. Pastikan kau jangan terlampau obses dengan bacaan kau sendiri sampaikan kau kutuk bacaannya. Puji dirinya kerana dapat mengimbangi antara bacaan mainstream dan bacaan indie. Maka dengan itu, dia akan rasa dirinya lebih berguna di mata kau sebab dia multi genre reading (ada ke istilah ni?). membaca pelbagai sisi sebenarnya membuatkan kau lebih berguna kerana kau mempunyai idea pro dan kontra bagi sesuatu isu.
Oh lupa. Istilah ‘indie’ dan ‘mainstream’ ini hanyalah contoh sahaja. Aku dalam circle ini maka aku berikan contoh ini sebagai contoh mudah. Topik ini boleh sahaja yang aplikasikan pada hampir semua keadaan yang ‘kau dengan aku berbeza’.
Comments
Post a Comment
komen dan kritikan amat digalakkan