Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (selepas ini PBAKL) kali ini aku menjadi sukarelawan sebagai Duta Buku. Ramai yang tanya aku apakah peranan Duta Buku ini. Sebenarnya sukarelawan Duta Buku ini berkhidmat sebagai pembantu kepada pengunjung PBAKL yang sesat atau ingin mendapatkan informasi berkaitan reruai dan event yang sedang berlangsung sepanjang PBAKL. Ramai juga yang tanya bagaimana aku boleh terjebah dalam kancah ini; sebenarnya aku hanya mengisi borang yang terdapat dalam Facebook rasmi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Idea ini timbul selepas sekian lama aku mengunjungi PBAKL, kalau tak salah sudah 4 tahun berturut-turut; aku melihat sekumpulan remaja yang menyapa aku apabila aku melihat peta dan pelan lantai PBAKL. Dan mereka inilah yang menunjukkan reruai. Dari itu aku mendapat satu idea bahawa aku ingin sangat menjadi seperti mereka ini.
PBAKL tahun ini aku berkesempatan mengunjunginya sepanjang PBAKL berlangsung. Ye la, aku bertugas di situ, memang la sepanjang masa aku di situ. Aku sangat bersyukur dan berpuas hati PBAKL kali ini dipindahkan kembali ke PWTC. Di MAEPS tahun lepas, ada pro dan kontranya juga. Tetapi bagi diri sendiri, aku lebih prefer di PWTC.
10 hari aku bertugas di sana, pelbagai perkara yang aku boleh luahkan dalam media sosial ini. Perkara utama pada PBAKL kali ini ialah program Himpunan 1000 Penulis yang sangat gilang-gemilang. Para penulis dan peminat sama ada dari side indie ataupun mainstream duduk dalam satu dewan dan berforum. Turut menghadiri majlis SN Dato’ Zurinah Hassan. Dari forum tersebut, aku dapat menilaikan bahawa perbalahan antara ‘kaum muda’ vs ‘kaum tua’ ini sangat mencabar. Pada petangnya pula, ada sesi meet and great di dewan Tun Razak 1 tersebut. Maka semua penulis dan peminat berkumpul dan bebas berjumpa satu sama lain.
Fattah Amin yang memenangi Anugerah Buku Negara 2017 kategori Buku Paling Popular. Aku tak nafikan bahawa buku tersebut ramai dibeli orang. tetapi netizen salah anggap dan mengecam Fattah kerana buku tersebut sampah dan tidak layak memenangi anugerah tersebut. Sebenarnya buku tersebut layak, kerana MPH sahkan buku tersebut habis dijual di kedai mereka dan buku tersebut paling laris. Jadi anugerah buku ‘popular’ wajar diberikan kepada buku tersebut. Buku yang tidak bagus, sampah itu, layak menang sebab jualannya, bukan sebab pengisiannya. Tetapi kalau kau hanya mengecam dan kau bodoh, kau tak ada perasan buku Ini Sekolah Kita terbitan Thukul Cetak memenangi kategori Novel Kemanusiaan. Dan Siti Rosmizah memenangi Novel Best Seller. Jadi, buku popular bukanlah semestinya buku terbaik. Anugerah itu pun banyak kategori, kau tengok habis ke tak kategori tersebut?
Aku agak terkilan dengan artis yang diberi kredit berbanding si penulis buku asal. Ada beberapa penerbitan yang menjemput pelakon ke PBAKL2017 ini semata-mata atas buku yang telah diadaptasi ke layar perak. Dan pelakon itu yang dapat kredit. Tapi tak terfikirkah anda siapa yang menulis buku tersebut? Di mana penulisnya? Aku lihat poster dan bunting di sesetengah reruai sibuk mempromosikan pelakon drama berbanding memberi kredit kepada penulis asal novel tersebut. bagi aku penulis tersebut perlu mendahului pelakon kerana tanpa penulis, pelakon tidak mungkin dapat memanifestikan novel tersebut. sama dengan konsep filem; perlu beri kredit kepada pengarah, penulis skrip, cinematographer, dan lain-lain lagi. Pelakon mungkin hanya penambah nilai cerita tersebut supaya tidak menjadi kayu.
10 hari di sana membuatkan aku susah menulis entry PBAKL tahun ini. Ketimbang tahun lepas, aku mengunjungi MAEPS selama dua hari, tetapi aku dapat menulis dengan ghairah. Mungkin sebab 10 hari ini aku bukan membeli belah semata-mata tetapi aku ke PBAKL untuk bertugas sebagai sukarelawan Duta Buku.
Di sini aku ingin menulis mengenai reruai yang terdapat di PBAKL2017 yang lepas;
1. THUKUL CETAK
Tahniah kerana memenangi Anugerah Reruai Kecil Terbaik. Dan tahniah kerana buku Ini Sekolah Kita memenangi Anugerah Novel Kemanusiaan 2017. Aku sangat terkejut dengan 50 buah buku baru masuk ke PBAKL2017 secara serentak yang dibuat oleh Thukul Cetak ini. Aku sabar je tengok buku-buku yang diterbitkan dengan banyak tu. Ada la 3-4 buah je aku beli. Yang lain insya-Allah aku beli nanti.
2. KARANGKRAF
Aku tak tahu kenapa Karangkraf sanggup duduk dalam sebuah dewan. Ketimbang dengan tahun-tahun lepas, aku rasa Karangkraf berkongski dewan dengan reruai lain. Jadi bila masuk ke dewan Karangkraf, agak hambar sebenarnya. Tetapi Karangkraf merangkul Anugerah Reruai Besar Terbaik tahun ini. Tahniah! Dan aku masih tak berpuas hati dengan buku trilogi Tombiruo dari Ramlee Awang Murshid dicetak dengan konsep deluxe yang berharga RM399. *menangis dalam hati*.
3. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)
Bermula tahun lepas konflik DBP berakhir. Dan tahun lepas lagi kita dapat lihat DBP giat menerbitkan karya-karya lama dengan banyak. Entry ini sama dengan entry lepas.
4. BUKU WARISAN / KAWAH BUKU
Agak terkejut Kawah Buku/ Buku Warisan/ Bistro Buku dapat membeli lot di PBAKL. Sangat menarik. Aku terkejut dengan kehadiran mereka yang membawa naskhah lama terbitan DBP terutama terjemahan Anna Karenina. Dan dijual juga buku langka yang sangat nadir. Takziah diucapkan salah sebuah buku Ramlee Awang Murshid yang kini dijual RM300 (kalau tak salah) telah dicuri orang. Buku Kopi dari Fixi turut dijual, fizikalnya baik lagi, RM275. Buku tersebut ku kira agak murah kalau nak dibandingkan dengan pasaran gelap lain yang menjual sehingga RM360.
5. PTS
Tahun ini PTS menjual buku RM3 dengan jumlah yang banyak. Kebanyakannya buku novel kanak-kanak. Ada juga buku yang bagus yang lain turut dijual dengan RM3. Di petang hari ke 10, buku RM3 tersebut menjadi RM2. Aku sebenarnya agak tak puas hati dengan PTS juga kerana pesta buku sebesar ini juga masih diberikan 15% potongan harga kepada buku-buku biasa. Dan hari akhir diberikan 20% sahaja. Ya ada juga sehingga 50%, tetapi untuk buku-buku bukan popular. Tetapi aku kan bijak, pada malam hari akhir, aku minta harga staff. Jadi dapat kurang 40%. Bijak tak? Tips aku, kalau nak berbelanja di PTS, belilah pada hari akhir, ataupun di mana tak ada orang berada di kaunter, dan minta harga staff atau harga agen. (baca entry aku tahun lepas). Di PTS aku menjumpai buku RM3 yang ditulis oleh Pak Samad yang versi remaja tu. Hanya ada sebuah tajuk. Dan aku lihatnya banyak. Aku pun fikir, nanti-nantilah beli, banyak lagi tu. Tetapi bila datang keesokkan harinya, buku tu dah habis. Tetapi nasib baik aku selongkar bakul tu, ada sebuah buku tu. Tuan-tuan, ingatlah, kalau buku tu anda rasa ada value, grab terus. Jangan tangguh.
6. JELAJAH LEJEN FIXI.
Tahun ini buku Asrama terbitan Fixi menjadi pilihan peminat untuk di-hardcover-kan dan dijual hanya 200 unit sahaja dengan harga asal, RM19. Berebut-rebut mahu mendapatkan naskhah limited edition tersebut untuk dijadikan koleksi. Dan aku perasan hari ke 5 macam tu lah, buku Urban terbitan limited edition yang lama itu juga masih dijual. Fixi dan Lejen Press menjual buku-buku lamanya dengan harga RM50 untuk 5 buah buku. Dan pada hari akhir aku tengok rak tu memang dah hilang separuh buku. Lejen Press dengan lejennya menjemput Tere Liye datang ke PBAKL dan melancarkan buku Bulan Bintang dan Matahari versi Bahasa Malaysia di pentas utama yang gila panjang beratur. Di samping itu juga buku YB Budi yang dilancarkan oleh YB KJ juga mendapat sambutan yang hangat.
7. ROMAN X SELUT
Tahun ini buku Roman diubah cover depannya sangat gorgeous.
8. LIGA
Gadis Buku menjual buku-buku dari Indonesia dengan harga RM10. Aku terliur semua buku yang dijual, tapi buku tersebut tak ada dalam list aku. Jadi aku bersabar dan bertahan untuk tidak membeli buku tersebut. LIGA juga menjual Buku Semalam iaitu buku-buku nadir yang menarik. Aku terkilan kerana buku Sejarah Melayu dijual di situ dengan harga RM160. Sedangkan tahun lepas aku melepaskan naskhah yang sama dengan harga RM50. Menyesal tak sudah.
9. INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)
IBTM tahun ini membawa kelainan sedikit iaitu mereka membawa naskhah nadir yang sangat langka. Di ITBM, aku menyambar kesemua karya Roslan Jomel. Buku Roslan Jomel ini telah aku lihat beberapa kali di Kedai Buku 1Malaysia tetapi agak mahal mencecah RM30. Jadi di kesempatan tawaran ITBM yang sangat ghairah menurunkan harga sehingga aku dapat buku 55%, aku menyambar bukunya tanpa banyak cakap (kecuali buku terbarunya, Roden yang dipaksa beli oleh editor ITBM). Aku rasa tertarik dengan Roslan Jomel kerana namanya disebut-sebut oleh Fadil Al-Akiti dalam Dewan Sastera yang mana seingat aku Roslan Jomel ini menulis muda yang bagus setanding dengan Wan Nor Azriq. No wonder la salah sebuah bukunya, Selamat Datang Ke Malaywood mengungguli Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 kategori Kumpulan Cerpen.
Sewaktu aku berlegar-legar di reruai ITBM, aku mendengar editornya bercakap kepada Yusof Gajah "Yusof nak minum dulu? Boleh minum di belakang". Aku tertarik. Aku ke belakang kaunter. Rupa-rupanya mereka menyediakan sedikit kudapan kepada penulis ITBM. ITBM memang nampak meraikan penulisnya.
9. INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)
IBTM tahun ini membawa kelainan sedikit iaitu mereka membawa naskhah nadir yang sangat langka. Di ITBM, aku menyambar kesemua karya Roslan Jomel. Buku Roslan Jomel ini telah aku lihat beberapa kali di Kedai Buku 1Malaysia tetapi agak mahal mencecah RM30. Jadi di kesempatan tawaran ITBM yang sangat ghairah menurunkan harga sehingga aku dapat buku 55%, aku menyambar bukunya tanpa banyak cakap (kecuali buku terbarunya, Roden yang dipaksa beli oleh editor ITBM). Aku rasa tertarik dengan Roslan Jomel kerana namanya disebut-sebut oleh Fadil Al-Akiti dalam Dewan Sastera yang mana seingat aku Roslan Jomel ini menulis muda yang bagus setanding dengan Wan Nor Azriq. No wonder la salah sebuah bukunya, Selamat Datang Ke Malaywood mengungguli Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 kategori Kumpulan Cerpen.
Sewaktu aku berlegar-legar di reruai ITBM, aku mendengar editornya bercakap kepada Yusof Gajah "Yusof nak minum dulu? Boleh minum di belakang". Aku tertarik. Aku ke belakang kaunter. Rupa-rupanya mereka menyediakan sedikit kudapan kepada penulis ITBM. ITBM memang nampak meraikan penulisnya.
Hasil tangkapan 10 hari |
Tak banyak aku tulis tahun ini, kerana aku di situ bertugas dan tak sempat membuat catatan apa-apa mengenai PBAKL2017 ketika bertugas. Insya-Allah PBAKL2018 kita jumpa lagi. Yang lain-lain, aku mengulangi apa yang aku dah cakap pada entry yang lepas, boleh baca di:
dan
Comments
Post a Comment
komen dan kritikan amat digalakkan