Apakah Pandangan (secara serius) dalam PRU14 ini?

cool kan? Di HQ DAP.


Ketika penamaan calon sehinggalah hari pengundian, aku tak dapat nak tulis panjang lebar dan secara serius apa pandangan aku terhadap politik negara ni. Selepas PRU14 pun, aku hanya banyak sarkastik di Facebook dan jarang-jarang berkicau di Twitter. Ayat aku makan dalam dan memang deep gila. Ana tahu, ayat-ayat sarkastik tersebut bukan level enta. 

Ramai juga minta pandangan aku mengenai politik PRU14 ini. Aku tak ada banyak pandangan, tetapi atas desakan kawan-kawan, aku hanya mampu menulis dengan bentuk soal jawab sahaja. Soalan-soalan ini dikumpulkan mengikut pertanyaan rakan-rakan real live, facebook, atau Whatsapp, tapi aku tak jawab secara serius. Ni aku nak jawab dengan serius la ni. 

Soalan pertama: Apa yang saudara Naim nak dalam PRU 14 ini? 


Terima kasih yang bertanya soalan. Aku nak 1 benda saja; kerajaan bertukar. Sama ada PAS, atau Pakatan Harapan. Dan Kelantan, aku nak negeri ini duduk di bawah pemerintahan BN. Sebab Kelantan ni tak cool gila. Jangan sembang ‘apa lagi yang tak cukup di Kelantan’ dengan aku. Orang yang cakap macam ni, sama ada dia fanatik PAS, atau dia tak pernah duduk lama di luar Kelantan. Tapi jujurnya, kalau Kelantan dapat pada PAS lagi pun, its okey. Yang penting pemerintahan di peringat parlimen berubah. 

Soalan kedua: Kenapa saudara Naim sering kali mengsarkastikkan PAS? Sedangkan BN lebih best untuk dibahan? 


Bagus soalan ni. Sebab aku lama dengan PAS. Dari aku sekolah, otak aku di brain wash oleh ceramah dan fatwa dari pimpinan PAS. Jadinya dulu memang aku sama je dengan walaun-walaun PAS yang lain. Tapi era tu dah berubah, aku dah makin tua, makin banyak timba ilmu dan pengalaman. Jadi apa yang aku rasa dulu, aku tak nak orang yang aku kenal jadi bebal macam aku dulu. Untuk BN, mereka dah lama bebal. Titik. 

Soalan ketiga: Saudara lebih cenderung dengan DAP. Kenapa DAP? Walhal pembangkang ada PKR. Saudara pun bekas dari PAS, kenapa tak join Amanah? 


Bagus. Soalan ni aku tunggu. Jawapan jujur aku; aku lebih dekat dengan Parti Tindakan Demokratik. Sebab calon mereka, pimpinan mereka, gaya mereka, perjuangan mereka, lebih dekat di hati aku. AMANAH masih baru establish dalam arena ni. Jadinya aku tak kenal sangat pimpinan AMANAH yang dekat dengan aku. PKR just ok. Cumanya PKR ni terlalu mainstream. Anak muda macam aku ni, kena cool, jadi kenalah pilih parti yang cool. Hahaha. Tak lah. DAP ni ramai aku kenal orang dalam dia. Dan aku join program diorang pun banyak benda aku dapat. ADUN dia pun aku kenal. Kempen diorang pun aku pernah ikut, walaupun tak lama. Jadinya, DAP lebih dekat di hati. Sehingga sekarang, aku masih solat 5 waktu, walaupun aku berkawan dengan DAP. Bukan nak jilat DAP, tapi diorang pandai lobi aku. Tu la PAS tak nak lobi aku dengan cool. Oh ya, siapa nak tahu program yang DAP anjurkan tu, boleh PM aku. 

Soalan keempat: saya nampak saudara tak begitu aktif dalam memuji Tun Mahathir. Kenapa? 


Hmm. Jawapan ni mungkin ada pihak yang tak senang dan akan label aku sebagai pengkhianat. Tapi aku akan jawab dengan sopan. Jawapan ni adalah mengikut teori, dan pandangan peribadi aku. Untuk Tun M, hati aku bukan padanya. Walaupun aku memuji dia sebagai lagenda, tetapi Tun M mestilah meminta maaf atas apa yang beliau lakukan kepada rakyat. Aku lahir 1995, aku tak sempat era pemerintahan Tun M untuk aku kaji. Hanya footage video dan artikel yang aku baca. Di era Reformasi, Tun M sangat garang. Aku ada sedikit tidak berkenan pada corak pemerintahan beliau. PM ke-7 patutnya berikan (calonkan) kepada orang lain. Dan Anwar Ibrahim (DSAI) adalah sosok yang aku nak lihat dia jadi PM. Tun M janji bahawa DSAI akan jadi PM. Sebab dah menang. Kalau jawapan aku pada soalan ni sebelum PRU14, aku akan beri pandangan; bahawa PH melantik Tun M sebagai calon kerana dia adalah Tun Mahathir. Kesan hirisan luka yang masih berbekas, contohnya DSAI sendiri, Mat Sabu, diketepikan dahulu. Hishamuddin Rais (Tukar Tiub), itu pun yang pernah kutuk kaw-kaw Mahathir, kini menjulang bendera yang sama dengan Mahathir. Isham Rais cool dulu dengan makian terhadap Tun M. Dan lagi, sepatutnya, Wan Azizah adalah manusia yang paling sedih dan patutnya dia orang yang pertama ketuk kepala Mahathir sebab DSAI yang dipenjarakan dulu disebabkan jasa Tun M. tetapi jawapan Wan Azizah dengan tenang ‘demi negara’ membuatkan aku sendiri mengetepikan semua tohmahan kepada Tun M. Mahathir tak suci macam tu saja, ada benda lagi tak settle. Kita settle tepi. 

Soalan kelima: PH telah memerintah sekarang. Apa yang saudara harapkan? 


10 janji PH mesti tunaikan dalam masa 100 hari, atau kurang-kurang 4 bulan macam tu. Dan benda ni aku yakin akan terjadi. Sebab pemerintahan baru ni, tak kan berani buat palat dalam masa 5 tahun ni. Mereka sedar kuasa rakyat. Mereka pun ada yang bersama rakyat di jalanan. Mereka tahu jerit perih rakyat. Kalau mereka main-main, memang kena maki hamun dengan rakyat. Jadinya, 10 janji tu, perlu disegerakan. Barulah kaum UMNO-BN dan PAS akan memberi lebih penghormatan kepada pemerintahan baru. 

Soalan keenam: Apa komen saudara terhadap PAS dengan isu RUU355 dan ‘penerimaan Islam’ mereka? 


Isu ni lama sebelum vibe PRU14 lagi. Pertama, datangkan kepadaku bukti yang kukuh bahawa DAP menolak RUU355. Jangan beri video LKS bangun bantah RUU yang dibentangkan oleh Marang. Sebab aku dah baca hansard parlimen dan aku tahu apa yang berlaku sebelum tu. Bagi aku, siapa yang mengatakan bahawa DAP menolak Islam disebabkan kejadian Marang tu – mereka ini tidak tahu macam mana sistem parlimen dijalankan. Isu LGE buat PC mengenai peruntukan agama lain sama dengan agama Islam itu, adalah isu bullshit. Aku setuju dengan LGE, kerana tujuannya untuk memperkasakan agama di Malaysia. Jangan cakap ‘agama Islam adalah agama tertinggi’ dengan aku. Kau Islam kau boleh cakap macam tu. Berapa kerat je kawan bukan Islam kau yang mereka bagitau kau apa persoalan mereka terhadap Islam. Dan apa perbahasan mereka terhadap Islam. Aku pernah mengalami semua benda tu. Agama persekutuan adalah agama Islam, dan agama lain bebas diamalkan. Jadi, buat apa nak takut kalau mereka nak bina pusat ibadat mereka, ataupun peruntukan untuk agama mereka? Isu ini panjang, agak susah aku nak tulis. Buat masa ni, aku boleh sampaikan dengan konklusi; mereka yakin agama diletakkan paling tinggi, jadi tak timbul isu menolak agama Islam. 

Soalan ketujuh: di mana saudara belajar sarkastik yang deep? 


Ni soalan ke? Sebenarnya dulu aku pun tulis panjang lebar berkenaan politik. Tapi siapa nak baca panjang-panjang? Baik aku tulis 2-3 ayat je, tapi ada yang melenting. Bila ada yang melenting, maksudnya misi dah berjaya – ada yang terasa terasa. 

Soalan kelapan: Apakah pandangan saudara terhadap isu perkauman yang dimainkan? 


Isu perkauman ni tak pernah selesai dari dulu. Aku harap isu ni kerajaan akan bincangkan dengan serius mengenai ini. Patutnya dah lama kita wujudkan Bangsa Malaysia seperti di negara Indonesia ada Bangsa Indonesia. Isu perkauman ini aku tak tahu siapa yang mula dulu. Tetapi ketakutan kepada bangsa cina adalah tidak relevan. Nak takut apa dengan cina? Mereka ada IC, rakyat Malaysia. Mereka salah, boleh didakwa. Bangsa Melayu salah pun, boleh didakwa. Jadi, jangan buat salah je la. Kita ni terlalu andaikan bangsa Melayu sebagai supreme. Perlembagaan menjaga kita sebagai orang Melayu bukanlah satu tiket sesuka hati kita mengeji orang cina dan lain-lain bangsa. Mereka juga ada hak mereka. Kita jaga hak kita, kita beri mereka hak mereka. Kita takut dengan kuasa cina menguasai Malaysia, tapi dalam ketakutan kita itu, kita hanya bercakap di kedai kopi tanpa belajar apakah yang termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang negara. Banyak kali aku beritahu dan ada juga yang buat poster berkenaan ‘5 perkara istimewa yang hanya dapat dipinda dengan keputusan YDPA dengan majlis raja-raja’. Tetapi ada juga yang menanamkan persepsi ketakutan yang terlalu dahsyat kepada bangsa lain ini. 

Soalan kesembilan: Adakah saudara Naim tak ada sifat skeptikal terhadap ‘Cina nak pijak orang Melayu’? 


Gila punya soalan. Kau ni wartawan dari mana? Tak apa, aku jawab jugak. Jangan edit jawapan ni. Macam ni, kalau orang nak pijak kita, tak tentu dia cina lepas tu dia nak pijak kita. Orang Melayu pun pijak Melayu. Itu analogi mudah. Kedua, aku berkawan baik dengan ramai Cina dan India. Sejak dari PLKN aku tak timbul isu kebangsaan. Kami diterapkan dengan cara perpaduan kaum. Sampailah sekarang aku ada pegangan – tiada bangsa yang nak memijak bangsa lain atas dasar ‘bangsa’. Kau nak deny dia sebab dia semata-mata ‘Cina’? oh kemon! 

Soalan kesepuluh: Ada apa-apa nasihat saudara Naim kepada fans atau haters di luar sana? 


Berjuanglah tanpa prejudis kaum. Berjuanglah dengan apa yang kau percaya. Kau BN ke, kau PAS ke, PKR, DAP, MIC, MCA, berjuanglah. Kita sama-sama nak kebaikan dalam perjuangan. Kita sama-sama rakyat Malaysia! Takbirrrrr!!!

Comments