Buku yang membuatkan bumi Mesir bergegar satu masa dahulu dan penulis dicabut 'Syeikh'nya dan diberhentikan dari mengajar di al-Azhar.
Tidak puas baca buku yang nipis ini. Ali Abdul Raziq cuba untuk memisahkan antara politik dan agama dan isunya pada permulaan khalifah - Abu Bakar yang mana beliau secara kritis memberi dalil bahawasanya pemerintahan Abu Bakar tersebut bukannya khalifah dari segi agama, tetapi dari segi pentadbiran negara.
Ada sekurang-kurangnya dua buah buku yang mengkritik Ali Abdul Raziq ini iaitu Polemik Islam dan Dasar Pemerintahan Ali Abdul Raziq oleh Muhammad Imarah, juga terbitan IKD; dan Islam dan Khalifah: Kritik Terhadap Buku Khalifah dan Pemerintahan Dalam Islam, Ali Abdul Raziq oleh Dr. Dhiya’ ad-Din ar-Rais diterbitkan oleh Pustaka (Indonesia)
Buku ini dah out of stock di Kafilah Buku. Di ILHAM Books masih ada. Untuk buku polemik Imarah, di Ilham dan Kafilah masih ada kedua-duanya. Untuk kritik Dr. Dhiayuddin, cuba tanya Mohd Rashidi dia dah lock aku sutir tu, tak tahu la ada lagi ke tak lebihnya.
Comments
Post a Comment
komen dan kritikan amat digalakkan