Bukan nak jadi penulis

gambar dari https://notionpress.com/
gambar dari https://notionpress.com/

Lama dah tak kemas kini blog ni. Agak sibuk dengan kelas online. Blog ni aku tinggal lama sebab aku perlu ada KPI di kampus untuk memenuhi pemarkahan ijazah sarjana muda aku. Banyak benda aku simpan untuk beberapa portal dan laman berita. Ada juga yang aku hantar ke portal berita, tetapi kena reject. Dan juga perkara paling ‘sakit’ apabila jurnal kena reject. ‘Sakit’ bukan berdendam, tapi hanya sakit; baru kenal erti kena reject oleh jurnal. 

Editorial.

Baru-baru ini, aku sertai webinar bedah buku Busa Hati dari Faisal Tehrani. Ada satu frasa yang aku rasa memberi impak besar dalam hidup aku sekarang. Aku rasa ayat itulah yang membuatkan aku tahu hala tuju aku. 
“Seorang editor yang baik perlu mendalami dan mengikuti pembelajaran sama seperti seorang penulis.”

Bila FT cakap macam tu, barulah aku sedar apa aku nak capai. Kalau ikutkan, dulu aku memang nak jadi penulis, nak menulis. Tetapi aku rasa (buat masa ini) aku tak ada roh dan semangat untuk menulis terutama puisi dan karya kreatif. Forte aku ke arah esei. 

Ada beberapa sahabat yang meminta aku memeriksa karya kreatif mereka. Aku semak tanpa bayaran pun. Itu bukan isunya. Isunya apabila aku semak, aku rasalah, aku mampu untuk betulkan yang mana silap di dalam karya kreatif tu. Dengan perasaan itu, mula bertapak di dalam hati ini untuk aku berazam bukan untuk jadi penulis, tapi untuk jadi editor. 

Masa aku semak karya-karya mereka, aku rasa mereka ada potensi untuk digilap mengikut dapatan aku. Dan aku akan letak benchmark di manakah tahap penulisan mereka dan aku akan bandingkan dengan apa yang aku pernah baca. 

Berbalik kepada mutiara kata oleh FT tadi; sekarang aku ceburi bidang penulisan dan dari sebelum belajar secara formal lagi minat aku ke arah kritikan – atau boleh dikatakan sebagai seorang ‘komentator’. Aku ni kalau nak komen karya orang memang sukalah. Tapi nak tulis karya sendiri tu aku jujurnya malas juga kecuali kalau ada benda yang triggered. Hahaha. 

Agak ramai aku kenal editor. Kalau ikutkan mereka ini tidak banyak karyanya. Dan bila ada karya editor, aku sebolehnya akan baca. Sebabnya “sedap sangat kritik karya orang kan, aku nak baca tulisan kau bagus atau tak.” 

Editor itu tugasnya edit dan memberi saran kepada penulis – sebagai partner sparring. Penulis dan editor saling berhubung untuk memantapkan karya. Aku banyak baca novel, dan bila ada masalah pada novel tersebut, aku akan cari dua orang manusia utama; editor dan penulis tu sendiri. Jika ada kesalahan tatabahasa dan ejaan, aku akan ‘cari’ pembaca pruf. 

Masa aku semak tulisan sahabat-sahabat, aku rasa tulisan tu dapat diperbaiki. Dan apabila aku bagi saranan, sebenarnya terdetik juga di hati, “kenapa bukan aku sendiri yang menulis guna idea yang aku beri kepada kawan aku ni?” Entah. Aku masih tak dapat jawapan. Tapi aku sendiri rasa puas dapat ‘betulkan’ penulisan seseorang. 

Arena Wati ft. Anwar Ridhwan.

Sebenarnya ada kisah editorial paling epik pernah aku dengar. Dan rasanya ramai di kalangan karyawan tahu hal ini. Editor novel Arena Wati ialah Anwar Ridhwan. Saudara Anwar pernah buang satu bab atau rasanya satu watak dalam novel Arena Wati. Jika anda kenal pak Arena, beliau orang yang garang dan orang takut kepadanya dan bukan calang-calang orang yang dapat menjadi editor untuk karyanya. Apabila Anwar membuang bab/watak tersebut, pak Arena tidak marah kepadanya bahkan memujinya. 

Aku sebenarnya kagum dengan kisah ini. Bagaimana seorang penulis yang dah dikenali di seantero Malaysia, dapat mengikut apa kata editor? Berkisah dari ini jugalah aku memasang niat untuk menjadi editor yang baik. FT sendiri pun cakap novel 1515 dia tu diedit sebanyak 3 kali dan kalau baca draf pertama, memang lain terus dengan novel. 

Berfokus kepada karya esei.

Kini di kampus aku masih belajar – online. Di rumah ini masih banyak buku-buku agama yang aku nak habiskan baca. Tapi bila teringat balik Muziru Idham cakap haritu perlu berfokus; aku rasa aku perlu slow down untuk menekuni buku agama dan fokus kepada esei dan kritikan sastera. Dan dengan itu aku dah habis dalam RM100 untuk membeli buku-buku lama DBP dalam bidang kritikan sastera. Rupanya pensyarah aku A. Rahim Abdullah pernah ada bukunya tebal bapak kau 700 muka surat – kumpulan tulisan-tulisan beliau dari Dewan Sastera

Tahun 2020 ini paling tidak aku ada 7-8 tulisan bukan kreatif yang tersiar di merata tempat secara maya. Karya kreatif? Haram tak tersiar. Ada hantar pun satu saja, itu pun aku memang rasa tak layak siar. Carilah jika rajin. Google saja nama aku. insya-Allah jumpa. Dari itulah aku rasa ada catalyst untuk semakin mendalami esei dan kritikan.

Masih menulis.

Adakah aku benci menulis? Tidak. Aku masih menulis. Ada benda yang aku rasa nak komen, aku komen, panjang atau pendek, terbit atau tidak. Dan yang paling utamanya, aku perlu menulis untuk tugasan-tugasan subjek di kampus. Sebenarnya kelebihan kepada aku kerana ada benda yang triggered untuk aku menulis – walaupun sekadar tugasan bagi subjek tertentu. Dan benda itu aku perlu buat seikhlas hati supaya tulisan aku dinilai untuk orang luar sebagai bukan sekadar karya tugasan. Sebab setakat ini, apa-apa tugasan aku, aku buat dengan fokus yang tinggi dan memang pasang niat untuk disiarkan. Yang kena reject oleh jurnal tu, pun karya tugasan. (Kemungkinan aku akan fight untuk jurnal tu lagi dengan karya yang sama tetapi ada sedikit perubahan). 

Cuma nak memenuhkan blog sahaja. Tiada apa yang penting sangat aku nak sampaikan di atas. Projek aku sekarang yang paling aku tekuni ialah karya aku mendapat respon yang baik oleh jurnal sastera/ budaya, dan sidang editor meminta aku membaiki dan menambah baik tulisan tersebut. Aku dah bersyukur bila dikatakan begitu walaupun tak sah lagi untuk diterbitkan. Sekarang kau sedang fokus untuk itu. (bukan jurnal yang kena reject tadi)

Sekian. Jaga diri masing-masing! 

Comments

  1. "Aku menulis sebab ada benda yang triggered aku menulis."

    Betul, aku setuju. Ada penulis yang jenis 'imaginasi', jadi dia tak perlu peristiwa untuk dia menulis.

    Ada penulis yang analitikal, dia perlu isu yang atau apa-apa yang driven dia untuk dia tulis dan beri komen.

    Nice, Naim.

    Jemput-jemput juga ke blog aku, sadiqsalihoddin.wordpress com

    ReplyDelete

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan