Menulis bukanlah mudah. Tambah-tambah lagi menulis karya kreatif yang memerlukan imaginasi yang tinggi. Jadi, ini beberapa tips untuk aku berkongsi dengan kalian. Tips ini hanya yang bermain dalam fikiran aku sahaja, bukan dari tips yang mesti kita patuh. Cuma, mungkin tips ini membantu kalian untuk menulis.
1. Rangka naratif dan plot cerita anda.
Kemungkinan plot ini akab berubah dari masa ke semasa. Itu tidak penting, itu perkara biasa dalam mana-mana penulisan. Yang penting plot A akan bercantum dengan plot B. Jika ia berubah, pastikan naratif yang terdahulu dapat dibaca ‘sekali’ dengan naratif yang baru anda fikirkan.
2. Tulis.
Tulislah apa-apa idea sekalipun di atas kertas atau pada laptop anda. Selepas ia ditulis, ia boleh disunting. Ingat, hanya karya yang telah ditulis boleh disunting kembali. Jika anda tidak menulis, bagaimana untuk anda sunting?
3. Brain storm
Brain storm bukanlah teknik untuk peniruan atau plagiat hasil kerja orang lain. Tetapi ia adalah teknik untuk perkembangan idea anda. Jika anda sedang dalam fasa writer block, beberapa perkara boleh dilakukan;
i. Bincang bersama kawan,
ii. Membaca buku lain, atau buku yang lebih kurang genre dengan tulisan anda,
iii. Berbincang bersama editor (jika ada).
4. Cringe
Selepas anda menulis, simpan tulisan itu untuk beberapa hari atau minggu. Bila anda baca balik, baca karya itu sebagai seorang pembaca, bukan seorang penulis. Jika anda rasa tulisan tersebut ‘bodoh’ atau cringe, sunting balik. Selalunya ia terjadi bukan kepada adegan, tetapi kepada susunan ayat. Ayat yang penulis gunakan kadang-kadang huru-hara juga dan mengakibatkan cringe. Baca kembali dan sunting kembali sehingga anda rasa ok terhadap karya anda sendiri.
5. Sunting
Jangan biasakan diri untuk memberi karya yang comot kepada editor. Karya anda, anda adalah orang yang terbaik untuk edit. Kadang-kadang penulis ada sebab menggunakan satu-satu adegan atau frasa dan hanya penulis (dan tuhan) sahaja yang tahu apa yang penulis nak. Jika karya tersebut sampai ke tangan editor, dan editor menyuntingnya, ada kemungkinan untuk editor edit beberapa perkara yang dia fikir dia tidak suka tapi anda suka. Untuk saya, editor yang baik dan penulis yang baik ialah mereka ini saling berhubung antara satu sama lain untuk mendapatkan kesan yang optimum dalam penulisan.
Ok itu sahaja, aku nak sambung tulis novel. Saja je tambah entry baru di blog ini dah lama tak update.
Comments
Post a Comment
komen dan kritikan amat digalakkan