Ok. Sekarang aku nak bagi tahu pasal boleh tak tidur dalam dewan exam.
Sebenarnya boleh la. Tapi aku tak tahu la kenapa cikgu marah kalau kita tidur masa peperiksaan. Bagi aku, lantak kau la, kau,punya periksa, bukan cikgu. Yang jawab exam kau, yang cikgu nak sakit kenapa? And then aku tak suka bila ada cikgu yang keluar ayat mcm ni “awak tu sekolah rancangan khas, mana boleh tidur”.
Ni aku nak cakap, dlm SPM, PMR, UPSR, dan yang sewaktu dengannya, pengawas peperiksaan tak boleh sentuh budak ! tolong la faham. Itu dh termaktub dlm lembaga. Dan pelajar, dibenarkan tidur sebab dalam buku syarat & peraturan peperiksaan, tak ada yg menyatakan tak boleh tidur. Bila ada yg cakap kat aku “kami buat exam dalam hall sebab nak bagi awak sesuaikan diri dgn exam SPM nanti”.. dah tu, dh kalau cakap macam tu, so, jangan la marah bila calon tidur. Padahal dia yang ckp, “sila ikut peraturan sebenar SPM”
Pembatalan Keputusan dan Penyingkiran Calon
12.1 Calon diberi amaran oleh Majlis Peperiksaan Malaysia supaya:
(a) Jangan membawa atau menerima daripada sesiapa sahaja, apa-apa buku, nota, kertas dokumen, gambar, atau apa-apa peranti lain, kecuali apa yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas peperiksaan;
(b) Jangan berhubung dengan mana-mana calon lain atau mana-mana orang semasa peperiksaan berlangsung, walau dengan apa cara sekalipun, kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas;
(c) Jangan melanggar atau tidak mematuhi apa-apa arahan Majlis Peperiksaan Malaysia, Ketua Pengawas, atau Pengawas;
(d) Jangan mengganggu ketenteraman atau melakukan kekacauan di dalam atau di sekitar dewan/bilik peperiksaan;
(e) Jangan bersubahat dengan seorang lain dengan tujuan untuk menipu;
(f) Jangan mewakilkan orang lain menduduki peperiksaan ini untuk diri calon;
(g) Jangan menipu atau cuba menipu, atau berkelakuan dengan cara yang boleh dianggap sebagai menipu, atau cuba menipu untuk tujuan peperiksaan ini.