Ini yang saya dapat daripada ceramah Dr.Maszlee Malik bertajuk UNIVERSITI BUKAN KILANG. Dr.Maszlee Malik adalah salah seorang pensyarah di UIA. Wacana ini berlangsung di USIM.
Points penting dalam ceramah beliau:

  • Dalam konsep pembelajaran universiti sekarang, kita dijuzuk-juzukkan. Dihalang untuk membuat pilihan sendiri. Dilarang untuk memilih sendiri subjek yang kita nak belajar.
  • Kini kita belajar untuk enjoy. Kita bukan belajar apa yang kita nak.
  • Kita tidak dibenarkan berfikir apa yang kita nak fikir.
  • Orang yang masuk universiti, duduk dalam kelas, dan dapatkan ijazah adalah ROBOT, burung kakak tua. Pelajar universiti seharusnya belajar daripada kehidupan.
  • Konsep islamic ialah ilmu tidak dijuzuk-dijuzukkan
  • Liberal Arts Study – kursus yang boleh pilih apa saja yang anda nak belajar
  • Syed Naqib Al-Attas “Universiti bukan kilang, nak lahirkan graduan berdasarkan market nak. Universiti perlu lahirkan insan yang kamil dan mutakamil. Iaitu memahami ilmu dari segala sudut. Sekurang-kurangnya belajar foundation ilmu itu
  • Keseronokan belajar bahasa ialah datang dengan sastera
  • Kini kita belajar kerana kita dipaksa belajar, bukan kita nak belajar
  • Tak boleh paksa orang belajar apa yang dia tak nak belajar
  • Universiti sepatutnya tempat idea dipertandingkan, bukan hanya untuk pelajar, malah orang awam
  • Tugas utama pelajar universiti untuk melakukan sosial change. Bukan start waktu grad, tetapi kena start waktu sekarang.
  • Tuisyen untuk peperiksaan. Ini sebenarnya tidak membantu pemikiran mereka pergi tuisyen untuk dapat markah tinggi (exam orientated)
  • Anak warga lain, pergi tusyen untuk belajar main piano. Orientating skill. Belajar bahasa lain, bukan belajar bahasa untuk exam.
  • Parents yang menghasilkan anaknya segulung ijazah, dia tidak akan menghasilkan masyarakat yg bertamadun. Dia nak anak dia bekerja untuk bayar balik ‘hutang’ yang dia bagi kepada anaknya dahulu.
  • Orang paling buta adalah orang yang buta politik.
  • Sistem di sekolah tak melatih kita bersifat kritikal dan analitikal. Kita bukan sekadar tidak diberi peluang untuk bertanya, malah kita tidak digalakkan bertanya.