INI BUKAN STATUS POLITIK, SILA BACA
Bila budak-budak main Facebook lepas tu update pasal cinta, tak ada siapa nak tegur cakap “Kamu tu budak lagi, tak layak bercinta.”
TAPI, bilamana ‘budak-budak’ yang update status mengenai pentadbiran negara (POLITIK), automatik kene tegur oleh sesetengah puak. Mereka cakap “Kamu tu tak layak mengundi, tak boleh berpolitik”. Pelik. Pentadbiran negara kita sendiri kita tak boleh tahu ke? Mana perginya DEMOKRASI yang selama ini dikata-katakankan oleh pemimpin negara? Di mana hitam putih yang mengatakan bahawa budak-budak tak boleh berpolitik?
Bila aku post pasal politik, semua orang melenting. Aku dah puas kena bash, kena sound, tapi aku tenang. Jangan jawab guna emosi. Selama aku berpolitik dalam maya ni, yang bash aku, kebanyakkan comment tak ada point. Main bantai je. Lepas tu tiba-tiba nak salahkan aku.
Kalau ada point pun, point tu sebarnya berulang dan sengaja buat panjang-panjang dan putar belit cerita.
Tapi bila nampak ada budak post status pasal cinta, makin puji ade la kan. Sedangkan budak tu tak cukup umur untuk kawin lagi. Baligh pun tak lagi. Tapi tak ada sesiapa tegur.
Dalam kem PLKN, aku cuba diam dalam tu. Tapi ada 2-3 orang jurulatih yang berborak pasal politik dengan aku. Aku join je. Walaupun dalam peraturan PLKN cakap, tak boleh berpolitik. Kenapa dilarang pulak ek? Negara sendiri kowt.
So, kalau nak bash aku sebab post pasal politik, bash dulu budak-budak yang post pasal cinta tu.